Isnin, 28 Jun 2010

Erti Sahabat

Erti Sahabat
Terima kasih buat sahabat2 yg sy sayangi.
Benarlah kata orang, sahabat umpama sebutir mutiara di tengah pasir. Pasir pula ibarat teman2 di sekeliling kita. Sekilas pandang, sahabat dan teman sama sahaja rupanya cuma yg membezakan antara pasir dan mutiara,ialah harganya.

Sy sgt bersyukur ke hadrat Allah swt kerana menemukan sy dgn sahabat yg dekat bersama sy ketika ini. Scara jujurnya, sy mengiktiraf insan ini sbg sahabat kerana terlalu byk ujian dan keperitan yg kami lalui bersama dan berkongsi bersama. Ramai yg boleh mengaku dirinya seorang 'sahabat' tetapi tidak ramai yg sanggup memikul peranan sbg seorg sahabat.
Bagi sy, seorang sahabat bukan sekadar 'mengiyakan' sahaja perbuatan kita, malah seorg sahabat juga harus jujur menegur sahabatnya jika sahabatnya melakukan sesuatu yg sumbang dipandang mata.

Peranan Sahabat
Bercerita tentang sahabat, adakalanya pengertiannya jauh melebihi kluarga sendiri. Bukan niat unt memperkecilkan keluarga sendiri, namun knyataan sy mengandungi bukti. Pernah satu ketika sy rebah tersungkur ke bumi,angkara kesilapan sendiri. Ketika itu, suami sukar mengerti apa yg tkandung di dlm hati. Anak2 yg masih kecil,tentu tidak mengerti tentang godaan dunia yg sy alami. Ketika itu, pegangan sy mjadi rapuh. Keimanan sy goncang...malah sy gagal menggenggam amanah Tuhan. Dalam teraba-raba mcari kebenaran, sahabat inilah yg mghulur tangan. Sy ditarbiyahkan secukupnya hingga sy merasakan betapa kerdilnya sy di bumi Allah ini. Ketika itu, baru sy sedar di mana kaki sy berpijak....

Nasihat yg sungguh bermakna
Boleh dikatakan saban hari sahabat sy ini akan akan memberi kata2 untuk menghidupkan jiwa sy dah hampir mati. Saban hari juga sahabat sy ini akn meluangkan masa untuk memberi sy kekuatan jiwa. Menyokong hujahnya dgn blandaskan baris2 ayat al-Qur'an dan potongan hadis sabda junjungan.

Firman Allah SWT :

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya : “(Iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra’du ayat 28 )

Sekadar Pesanan
Buat saudara seagama, carilah insan yg benar2 dapat meluruskan jalan kalian. Tidak ramai teman2 di sekeliling kita mampu membawa kita menuju ke jalan yg diredhaiNya. Tidak ramai yg sabar mencari erti kbahagian yg hakiki itu dgn menunggunya hingga mngambil masa yg lama. Semuanya ingin diperolehi dgn sekelip mata.
Jangan memperkecilkan peranan sahabat kerana kbykan daripada kita apabila telah bgelar isteri dan ibu, maka sahabat sudah berada di tempat kedua dalam hidup mereka. Sekadar berkongsi rasa dan pengalaman, percayalah adakalanya sahabat mampu memberi kita kekuatan. 

Bagi Saya.....
Walaupun sy mempunyai keluarga yg bahagia, namun sy tidak pernah sama sekali melupakan peranan sahabat. Dia yg bergelar sahabat sy, berada begitu kukuh dalam hati sy di suatu sudutnya yg tersendiri. Ada ketikanya, sahabat mampu menyapu air mata di saat2 sy bersedih. Ada kalanya, segala yg berat itu menjadi ringan. Ada masanya yang pahit juga mjadi manis. Demikian hebatnya peranan sahabat bg sy. Walau apa pun, sy tetap bersyukur kpdNya kerana  Dia telah menemukan sy dgn sahabat seperti 'dia'. Sy redha dgn apa yg berlaku tentang kisah silam sy krn Allah telah menggantikannya dengan sahabat yg sy temui ketika ini.

 Ciri-ciri Sahabat Yang Baik
Untuk mencari sahabat yg baik,hendaklah bersahabat dengan orang yang berakhlak mulia kerana sahabat yang berakhlak mulia akan menyelamatkan diri kita sebagaimana pesanan Alqamah kepada anaknya: "Jika engkau ingin bersahabat, carilah sahabat yang boleh membantu di waktu kesusahan, yang boleh menyembunyikan keaiban dan kesalahan yang dilakukan, yang menolong di waktu kesempitan, yang akan membalas kebaikanmu dengan kebaikan juga, yang membenarkan katamu selagi engkau berkata benar dan yang akan menyebelahimu apabila berlaku perbalahan".(mafhum riwayah)

Dan kerana itu jugalah Jaafar As Siddiq r.a berkata : "Janganlah engkau bersahabat dengan lima golongan ini iaitu orang yang banyak berdusta, orang yang kurang akal, orang yang kedekut, orang yang penakut serta orang yang fasik. (mafhum riwayah)

Sesungguhnya sahabat dalam perjalanan kehidupan ini bagaikan garam dalam masakan. Tanpanya hidup akan terasa hambar. Tanpa cinta dan persahabatn ini, hidup tentu tidak ada dinamik dan akan terasa gersang.

3 ulasan:

  1. maaf lah ya kerana akak tidak berjaya menjadi sahabat nora yang sejati tetapi akak tetap akan menjadi akak nora yang baik jika nora masih dan terus sudi kerana masa telah mengubah segalanya tetapi kau & famili tetap di hati buat selama-lamanya kerana belum ada tukar gantinya sehingga kini...

    BalasPadam
  2. salam.....
    buat akak ,
    bukan skadar mgisi kekosongan sbg seorang kakak,
    malah adakalanya ia bfungsi sbgai apa sahaja...sesuai dgn waktu dan ketikanya...
    bukan skadar nora shaja,malah anak3 juga mnumpang kasih syg drp makciknya,
    yg tak ada pada org lain

    BalasPadam
  3. syahdu...syahdu...3 mlm tanpa bintanggggggggg.....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...