Rabu, 2 Jun 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan......... buat saya sendiri.

Apa hadiah istmewa di hari ulang tahun pkahwinan saya????
Biarlah itu mjadi rahsia peribadi saya....yang pasti pd 29 Mei ini,genap 20 tahun usia pkahwinan saya.
Spanjang 20 tahun mlayari alam rumah tangga,terlalu banyak suka,duka,dugaan dan pelbagai rintangan yg dihadapi. Lautan mana tak bergelora???Kalau tak drp sikap sy sendiri,mungkin juga dtg drp suami....atau kadang2 drp anak2...atau drp keluarga sy mahupun keluarga mentua. Apa yg pasti semua yg dtg harus ditempuhi dengan hati yg terbuka.

Seronok juga bila stiap masalah yg dihadapi  kita dapat hadapi dgn tabah....kita akan dpt rasa kenikmatan dlm menempuh khidupan. Betapa indahnya bila kita mampu bangun daripada kekecewaan,dan betapa tabahnya bila kita lebih redha mhadapi dugaan drp  Tuhan. Paling mengembirakan,apabila melihat  rumah tangga yg dibina,masih kukuh tersergam dgn dihiasai bunga2 kemesraan dan kasih sayang. Baja yg ditabur,menampakkan hasil yg mbahagiakan.....ya, hadirnya anak2 pengikat kasih sayang.
Tapi....berapa ramai pasangan suami isteri di dunia ini benar2 bahagia mlayari bahtera mereka???

Opss...soalan ini tidak dapat sy jawab dgn tepat kerana tidak ada kajian terperinci mengenainya...
Yang ada,peratus penceraian sahaja. Soal bahagia atau tidak tidak pulak diwara-warakan di mana2 media.
Sy melihat pemasalahan ini dlm kalangan rakan2 di sekeliling sy. Boleh dikatakan ramai yg tidak bahagia tetapi tidak mahu mjadikan isu ini sbg masalah dlm hidup mereka lebih2 lg apabila anak2 meningkat dewasa. Bagi mereka isu kebahagian ini bukan satu isu yg perlu diketengahkan dan kebanyakannya terpaksa hipokrit unt mengaburi mata awam. Lihat sahajalah pasangan suami isteri drp kalangan artis. Kita nampak hari ini mereka mesra,tapi esok dah tersiar di dada akhbar mereka bercerai. Golongan artis ke,sama saja dgn manusia2 di luar sana cuma liputan akan diberikan pd artis kerana cerita mereka boleh dijual.
Yang lebih mjadi mangsa,ialah kaum isteri....kerana mereka lebih pandai mnyorokkan situasi sbenar yg melanda diri mereka dan yg untungnya,pasti para suami. Semua di tangan mereka...dan masyarakat di luar pun biasanya akan memenangkan kaum Adam bila berlaku sbarang tragedi dlm hubungan suami isteri.

Penceraian berlaku....akan tersenarailah ksalahan si isteri. Antaranya:
1. Isteri tak pandai menghias diri                   2. Isteri pemalas,tak tahu berkemas
3. Isteri tak pandai masak                              4. Isteri kuat membebel
5. Bla...bla....bla.....

Memang tak tersenarailah betapa banyaknya kekurangan si isteri hingga suami dapat mencukupkan kuotanya yg dibenarkan dlm Islam. Susah hendak mendengar daripada mulut si isteri tentang keburukan suami mereka. Ramai yg berdiam diri daripada menceritakan keaiban suami masing2. Kenapa dan mengapa???? Kerana mereka tahu dalam islam,aib suami harus disimpan dan tidak boleh didedahkan. Maka,ramailah isteri mendiamkan diri daripada bercerita krn silap2,cerita itu akan mjerat diri mereka.

Wahai para suami,sepatutnya,kalian juga harus buat semakan diri...tanya pada diri tentang tanggunjawab yang harus diberikan pada anak2 dan isteri. Kalau si suami dah memegang title ketua keluarga,bukankah berat tanggung jawab yg digalas? Bg sy,kelemahan isteri adalah kegagalan suami membentuk mereka. Ahhh...malas nak ulas tentang perkara ini. Sebab,isu seperti ini harus dibincang dlm satu meja bulat antara para suami dan para isteri yg terlibat. Perbincangan harus telus dan tulus, baru kita dapat mengetahui kenapa isteri2 atau suami2 tidak berpuas hati dengan pasangan masing2.

Kalau nak disenaraikan kelemahan suami juga,bukannya sikit. Tp,isteri2 takut nak menyenaraikannya kerana talak di tangan lelaki. Last2....ramailah isteri2 makan hati. Entahlah....bukan mudah isu seperti ini ingin dibicarakan....so,berbaliklah kita pada ajaran Islam yg serba lengkap dalam hal2 peradapan manusia. Rujuk2 lah selalu tafsiran al-Quran dan hadith kerana ada perkara yg kita tidak boleh menggunakan logik akal semata. Atau,berjumpalah pada yg pakar untuk menyelesaikan segala masalah berkaitan ketidakpuasan hati dalam hubungan suami isteri.

Apa pun, sy bersyukur kerana tidak berkahwin dengan lelaki yang hampir2 mjadi suami saya satu ketika dahulu...dan yang pasti sy bahagia bersama suami sekarang dan bertambah bahagia dikurniakan  2 orang putera dan seorang puteri kesayangan......TERIMA KASIH , ABANG dan Sujud Syukur kepadaNYA.



Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

selebihnya bacalah : 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan