Rabu, 9 Jun 2010

Bicara saya suatu ketika dahulu.....

Saya pernah  berbicara kepada anak2 sy dan mengharapkan bicara ini diingati sampai bila2:
"Semua ibu bapa kat dunia ni, sayangkan anak2nya....tp cara menunjukkan sayang itu berbeza2. Masing2 dengan cara mereka sendiri. Ada ibu bapa,menunjukkan rasa sayang itu dgn memberi kemewahan kepada anak2, ada pula yang memanjakan anak2, ada juga yg sentiasa mengucapkan ungkapan sayang dan pelbagai cara lagilah mengikut cara masing2"

"Habis, bagaimana mama tunjukkan rasa sayang mama pada anak2?"
Tanya anak sulung saya yg ketika itu berusia 11 tahun. Anak sulung sy memang bijak. Setiap penerangan sy, tentu saja ada soalan yg dikemukan di akhir bicara. Apa yg saya banggakan, setiap kata2 sy, akan diingat hingga dewasa. (Terima kasih,amal...kerana sgt menghargai nasihat mama dan selalu mengaplikasikannya dlm pelbagai situasi.)

" Sayang mama kepada anak2, mama lahirkan dlm bentuk didikan. Mama akan cuba mendidik anak2 mama supaya tahu menghargai khidupan. Mungkin ada ketikanya, mama sgt garang, tp itulah nilai sayang mama. Mungkin skarang amal tak nampak, tp suatu hari nanti, amal akan tahu betapa sayang mama pada amal dan yg lainnya tidak ada batasan dan tidak bertepi"
Sy tidak pasti sjauh mana kanak2 berusia 11 tahun memahami kata2 saya ketika itu. Tp, apa yg pasti anak sulung sy mengingati sbahagian drpd ungkapan tsebut "....... Semua ibu bapa kat dunia ni, sayangkan anak2nya....tp cara menunjukkan sayang itu berbeza2".

Hari ini, anak gadis sy ,  cuba menguji kasih syg saya dgn persoalan yg  pernah sy jawab 8 tahun yang lalu. Dia mbandingkan sy dengan ibu rakan2nya. Antara ayat2nya yg mempertikaikan kasih sayang sy:
1.Kawan Nana semua ada handphone. Nana sorang je yg tak ada. Semua kawan Nana tahu, Nana berkongsi hp dengan mama.
2.Mama, Nana jeles dgn *&%$#@. Dia boleh keluarkan duit simpanannya untuk membeli apa sy kemahuannya. Hari tu, dia keluarkan duit nak beli baju...best betul la jadi dia. Duit simpanannya dia pegang sendiri tapi duit simpanan Nana, mama yg pegang.
3.Kawan2 Nana bawa duit ke sekolah,punyalah banyak. Kalau Nana tengok dompet diorang, byk gila. Nana rasa, Nana je belanja paling sikit.(Sy memberi anak sy belanja RM 2.00 sehari)
4. Emak2 kawan Nana, tak kisah kalau anak2 diorang keluar dengan kawan2. Nana je yang tak boleh keluar sesuka hati. 

Wah...betapa byk la dalil2 yg anak gadis sy beri bagi membuktikan kasih sayang ibu2 kawannya berbanding dengan sy. Tergamam sy seketika. Diam seribu bahasa. Gagal memberi respon semerta. Rupa2nya anak gadis sy tidak dapat menilai erti kasih syg yg sebenar.Apa yg harus sy jawab apabila terlalu byk perbandingan yg dikemukakan antara sy dgn ibu2 yg lain? Sy tidak boleh memaksa anak sy  spy menerima rasional sy  mengapa sy tidak memberinya hp ketika masih di alam persekolahan ,tidak membenarkan dia mengeluarkan duit simpanannya sekarang,tidak memberinya duit belanja yg berlebihan dan tidak membenarkan dia keluar sewenang2nya dengan kawan2. Cuma pada hari ini sy menjawab persoalannya dengan satu baris ayat:
"Nana, cuba Nana cari ibu2 kawan Nana yg Nana rasa suka cara dia mendidik anak.Nanti, bila Nana jadi ibu, didiklah anak Nana sperti mereka mendidik kawan Nana sekarang"

Anak gadis sy terdiam. Sy biarkan saja dia berfikir. Sy tidak boleh memaksa dia berfikir sama sperti anak sulung sy berfikir. Sy percaya, suatu hari nanti dia sendiri dapat menjawab stiap persoalan yg bersarang di kepalanya dan sy juga yakin, bahawa suatu hari nanti dia akan tahu erti kasih sayang saya terhadapnya. 
Seperkara, sy sangat menggenggam erat sepotong  hadis :
Dari Abu Hurairah  Rasulullah S.A.W bersabda,
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi,”  
  
Dan, melentur buluh, biarlah dari rebungnya...


(Ya Allah...sesungguhnya sy bukan drp golongan orang yang banyak ilmu agamanya tetapi sy amat takut anak2 sy terjerumus ke dunia yg membawa mereka ke neraka. Lindungi mereka dan berikanlah kami semua hidayahMu, ya Allah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan