Rabu, 2 Jun 2010

Tewas Jua Akhirnya

Sy rasa,sy tidak berdaya lagi membantu pelajar sy ni....
Puas sy merasionalkannya.... hari ini dia terima,tapi esok dia mengulang lagi perbuatan yg sama. Sy gagal menariknya ke pangkal jalan....dan sy juga mngakui bahawa sy benar2 kalah dlm pjuangan ini...
Sy ingin bkongsi dgn beberapa orang rakan tp jawapan yg sy terima sgt menghampakan. Rata2 akan mjawab : "Kita jangan fikirlah masalah orang,masalah kita pun bertimbun. Buat sakit kepala je..." (cuma versi mereka sj yg berbeza)

Terkedu seketika.....inikah jawapan yg harus seorang guru berikan apabila mengetahui anak didiknya jauh melangkah ke jalan yang tidak sepatutnya dilalui. Tiba2 saja sy rasa bersendirian. Sy tidak dpt mengambil contoh drp Rasulullah saw betapa gigihnya baginda berjuang ke jalan Allah. Bukan sedikit perjuangan Rasulullah dan bukan senang hendak menarik umatnya ke jalan yg benar. Sy baru nak menarik seorang pelajar....dah brasa putus asa  lebih2 tidak mdapat sokongan drp kawan2. Mngapa mereka bfikiran seperti itu? Tegarkah mereka buat tidak tahu tentang apa yg mereka tahu berkaitan dgn  anak didik mereka sendiri??? Dan...lbih menyedihkan anak didik itu sbangsa dgn kita?

Bagi sy,pelajar2 adalah anak didik sy. Apabila dh disebut anak didik,wajarlah sy serta kawan2 sy mdidik mereka. Mendidik berbeza dngan pktaan mengajar. Mengajar, memang mudah....ikut je sukatan. Yang susahnya mendidik...ia berkaitan dgn hati, permainan emosi, dan psikologi demi membimbing mereka ke jalan yang lebih baik.Tapi.....kenapa kali ni sy rasa sy gagal??? Sy tidak dapat mnyelamatkan pljar ini dari meneruskan tabiat yang sudah menjadi satu kemestian baginya....Plajar sy sudah ketagih melakukannya. Itu pengakuan jujur daripadanya. Dan sy????? terus terkedu khilangan kata-kata. Apa lagi yg harus sy katakan untuk menarik pelajar ini supaya bhenti daripada melakukannya....

Akhirnya....sy akur juga....sy mengangkat kedua2 tangan sy sbagai tanda saya tewas dlm pjuangan ini. Bukan sy tidak ambil peduli tetapi sy khilangan semangat dan kehilangan kata2 azimat...
Dalam tidak sngaja,sy juga sama dgn cikgu A,B,C,D dan.......................("kita jgn fikir masalah orang,masalah kita pun bertimbun. Buat sakit kepala"). 
Teringat akan kata-kata itu,maka sy pun mengesat air mata dan mengambil cermin mata gelap lalu memakainya seolah-olah sy tidak nampak apa yg berlaku di hadapan mata.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan