Sabtu, 26 Jun 2010

Kukuhnya Jiwa Dia.....

 (sambungan dari post yg lalu...."pergilah air mata...selamat hari ibu)



Hari ni sy sempat duduk semeja dengan kawan sy (kwn sy yg dibuang ibu sendiri). Membuak-buak harapan sy supaya dia membuka mulut untuk mnyambung cerita keluarganya. Cerita family yg lain dr yang lain. Kalau cerita ibu bapa yg sygkan anak...sy tak heran. Perkara biasa. Tp cerita ini, memang sy tak jumpa pun secara realitinya...Lama jg kami duduk semeja,tp kawan sy ni dok cerita pasal anak2nya. Sy harap sgt dia akan mnyentuh cerita ibu bapanya.

"Kak,semalam sy terjumpa emak dan kakak2 sy..." Lega,dia mulakan bicara. Lorong utk sy bertanya lbih lanjut terbentang luas.
" Iya ke???Mcm mana ? Mak nampak tak?"
"Tak...sy nampak dia dari jauh je...."
"Kenapa tak pegi jumpa????"
"Tak berani la,kak!!!!"
Terkejut saya bila dia memberi alasan tidak berani berjumpa ibu sendiri. Mungkin benar apa yg dia kata,orang sukar untuk memahami keadaannya.
"Kenapa sampai tak berani????" Tanya sy lagi.
"Sy malu kalau sy jumpa,mak pura2 tak mengenali sy",katanya
"Dah pernah kena ke???
"Pernah,kak. Sy pernah jumpa mak sy di One Utama. Sy tegur dan sorong tangan, tp mak sy buat tak peduli je....dia tak sambut tangan sy. Malu sy,kak. Kejadian tu berlaku depan suami dan anak-anak sy", kata kawan sy dengan nada yang sedih. Sy pun sedih juga....memahami perasaan malu yg dirasai ketika itu.
"Andi (anak bongsunya) sampai tanya sy, kenapa orang tu tak nak sambut tangan mama? Sy tak dpt jawab,kak" , ulasnya lagi
"Anak sy kata,sombongnya org tu.....mcm mana sy tak sedih,kak?"
Sy tidak menjawab pertanyaan kawan sy tu. Sy mendengar sahaja butir-butir yang keluar daripada mulutnya...serentak dgn itu, air mata kawan sy bergenang di hujung kelopak mata. Cepat2 dia kesat dengan tisu yg memang tersedia di atas  meja.
"Si Andi tak kenal ke org tu neneknya?" Tanya saya.
"Mcm mana nak kenal, kak. Kali terakhir dia jumpa neneknya ketika umurnya 7 tahun,kak."
Tersentuhnya hati sy...tak sangka di dalam dunia abad ke 21 ni ada juga manusia bgelar ibu seperti itu. Agh...mcm tidak percaya tp bila difikirkan semula, tak ada sebab kawan sy ni nak memburuk2kan ibu sendiri. Tak mungkin...tak mungkin. Dan tidak juga mungkin seorg ibu membenci anaknya sendiri?? Ni tentu ada sebab2 tersembunyi. Dgn memberanikan diri, sy terus bertanya.Skurang2nya sy dapat memahami situasi ini dgn sejelas2nya.
"Boleh ke, akak tahu, mgapa smua ini boleh berlaku???"
Lama kwn sy ni mdiamkan diri. Sy pula dh rasa tak senang hati. Takut soalan sy mguris hati atau bicara sy menyinggung sanubari.
"Maaf ya,kalau kata2 akak ni tidak mnyenangkan. Tak pa, tak pa...akak tak paksa. Kalau ia merupakan terlalu peribadi, tak perlu diceritakan", sy memegang kedua2 tangannya tanda memohon maaf.
"Tak,kak. Sbenarnya sy sedang berfikir sesuatu. Kalau sy bcerita dgn akak, adakah akak boleh memahami sy? Atau akak rasa sy skadar mereka cerita?"
"Ceritakanlah kalau ***** percaya dgn akak. Sama ada akak pcaya atau tidak, tak perlu dirisaukan. Skurang2nya,kita boleh bkongsi rasa. Itupun kalau pcaya.." Jawab sy. Dalam hati, sy terlalu ingin tahu apa sbnarnya berlaku ke atas kwn sy ini. Di sebabkan sy dh mngetahui ceritanya dari awal, tentu sy ingin tahu kesudahannya pula.
"Keluarga sy menuduh sy 'ilmu hitam'kan diorang,kak. Apa yg berlaku ni, mnyebabkan ibu bapa sy mengesahkan kata2 bomoh 'sial' tu tentang sy semasa sy dilahirkan dulu. Sy kan pernah cerita pd akak dulu??Smpai hati ibu sy menuduh sy 'ilmu' kan diorang?"
"Ha??? 'Ilmu' kan keluarga sndiri? Kenapa boleh timbulnya isu ni?"Tanya sy lagi. Semakin panas cerita ini mengetuk2 pintu hati sy untuk mengetahui cerita selanjutnya.
"Satu ketika dulu, keluarga sy sakit. Serentak,kak. Bukanlah sakit terlantar,tp sakit yg merimaskan mereka. Ayah sy, habis mulutnya pecah2. Sampai tak boleh makan. Kakak sy pun mengalami sakit yg mcm2. Ada yg matanya tak boleh dibuka,ada yg dadanya sntiasa bdebar2.Pendik kata,mcm pnyakit yg timbul ketika tu... Entahlah kak... yg tak kena, mak dan adik bongsu sy. Emak sy pun, apalagi. Tilik kat bomoh lah bila doktor gagal merawat mereka. Bomoh tu kata, semua yg blaku ni adalah pbuatan sy dan suami. A'uzubillah,kak, Sy tak buat kerja2 ni . Sumpah,kak.Sejak itu,mak dan ayah mengharamkan kaki sy memijak rumah mereka."

Terharunya sy. Tak tahu kenapa sy sgt sedih mdengar ceritanya. Ini bukan cerita rekaan. Sy pcaya cerita ini, cerita yg dialami oleh kawan sy sendiri.
"Semua ni sy tahu drp adik sy,kak. Dia dtg rumah . Dan seperkara lg yang mnyedihkan hati sy bila mak dan ayah sy siap berpesan lagi. Kata mereka, haram bg sy dan suami  menjejakkan kaki ke rumah itu lagi dan haram juga bg kami melihat jenazah mereka kalau mereka mati dan mereka juga bersumpah tidak akan menjejakkan kaki dan menjengukkan muka mereka kalau apa2 terjadi pada keluarga saya... Mcm mana sy tak sedih kak?? Bukannya  mak dan ayah beri peluang kpd sy untuk mluahkan rasa. Sekelip mata sj sy khilangan keluarga. "
" Dah lama ke peristiwa ni blaku??" Sy ingin tahu.
" Masa tu, sy baru 3 hari melahirkan anak bongsu sy, kak. Skarang anak bongsu sy dah 12 tahun. Itulah tempoh masanya sy khilangan keluarga scara rasminya."

Ya Allah, tersentuhnya hati sy bukan kepalang. Tergamam sketika mdengar nasib yg dialami oleh kwn sy sndiri yg sebelum ini sy tidak menduganya. Hebat dugaan yg melandanya. 

 "Sudahlah....akak dh faham sgt apa yg ****** rasa dan apa yg ***** alami. Maaf, dik akak khilangan kata2 untuk berbicara agar meredakan perasaan ****** ketika ini...." Itu sahaja ayat2 yg keluar drp mulut sy. Sy gagal memberinya sebarang kata2 semangat untuk mjadikannya semakin kuat. Kesedihannya dapat sy rasakan ketika itu. Kami menangis bersama2 untuk beberapa seketika. Suasana hening kerana tidak ada sesiapa yg bersuara antara kami. 
Kami bingkas bangun meninggalkan meja itu apabila melihat beberapa rakan kami datang ke arah kami untuk menjamu selera......Dan cerita yg sy dengar pada hari ini benar2 mencabar kekuatan emosi buat rakan sy yg pd zahirnya nampak seorang yg sgt happy. Sy jadi kagum dgn kekuatan dalaman rakan sy ini. Dia seorang yg berjaya sebenarnya. Berjaya tidak mempamerkan kesedihan yg melanda di mata dunia. Ksedihan yg ditelannya sendiri bertahun-tahun lamanya.

Sy hanya mampu berdoa:
"Ya Allah, kuatkanlah kawan sy ni menempuh dugaan yg dihadapi...
kukuhkanlah keimanannya agar tidak tergelincir aqidahnya,amin"

Buat kawan sy:
* Berdoa merupakan fitrah manusia.Ia merupakan satu hajat rohaniah yang daperlukan dalam kehidupan manusia itu sendiri….jadi, berdoalah!!!!

* Dr aspek psikologi, berdoa itu mempunyat pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan jiwa. Berdoa membuatkan jiwa kita kuat dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu…,jadi, berdoalah!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan