Sabtu, 26 Jun 2010

Selamat Hari Lahir Buat Insan yg Bernama Aku


Setiap 25 Jun, umur sy semakin meningkat. Bererti semakin dekatlah sy dengan pemisah dunia iaitu kematian. Bila sebut saja soal kematian, tiba2 terasa ngeri sangat. Terasa spanjang hidup ini, tak bnyak yg sy lakukan sbagai hamba Allah. Tidak byk yg sy lakukan sbagai tanda sy mengakui sy adalah hambaNya jika dibandingkan kenikmatan yg Allah pinjamkan kepada sy. Subhanallah...
Demi masa! 
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)
Memang rugi sebenarnya hidup ini jika tidak diisi dengan pkara2 yg memberi manfaat. Tapi, apakan daya manusia termasuk sy memang selalu leka. Leka dgn keseronokkan dunia. Ketawa gembira shingga lupa pada saat kematian yg hampir tiba. Sedangkan sy tahu, banyak ketawa itu boleh mematikan hati.
25 Jun mengingatkan sy supaya bertambahan usia menuntut sy memperbanyakkan amalan yg boleh dibawa ke sana. Seawal pagi lebih kurang 12.10 pagi, sms tidak henti2 sy terima. Pada awal pagi ini, org ptama yg wish kat sy tentulah suami dan anak2. Ucapan yg sgt bermakna dan kata2 biasa yg sy terima drp mereka mendoakan sy agar panjang umur. Sy terus mencelah, agar doakan sy mendapat keberkatan dlm hidup selagi hayat di kandung badan. Keberkatan dalam mgharungi khidupan lbh penting kerana sepanjang mana pun usia jika sentiasa melakukan dosa, apalah ertinya.
Kalau ada peluang agar masa diundur semula, sy ingin membetulkan kesilapan lampau. Sebagai anak, tentu sy tidak lari dari melakukan ksilapan pada kdua orang tua Sbagai isteri ,tentu sy juga ada kerterlampauan bicara dan meninggikan suara, sebagai ibu tentu sy terlepas tanggunjawab sekali-sekala, sebagai kawan, tentu sy pernah mengguriskan perasaan mereka dan sbg guru tentu sy pernah menyebabkan anak didik sy terluka. Maafkan sy....Maafkan sy wahai mak,abah,abang,anak2 kawan2 dan anak2 didik sy...

25 Jun menyedarkan sy usia smakin hampir ke penghujungnya. Dan dalam usia seperti ini, sy mengharapkan yg baik2 shj. Sy inginkan ketenangan dlm khidupan. Sy ingin kberkatan dlm khidupan dan unt itu sy harus berpada2 dlm apa yg dilakukan akan beroleh keberkatan. Perlu bersendirian tetapi tidak kesunyian. Ada masa unt muhasabah diri agar sedar kesilapan yg terlalu byk dilakukan. Ada masa bsama keluarga dan melayan karenah anak2 pelbagai ragam serta kerenah anak didik yg pelbagai rupa. Konsisten keluar mcari rezeki dengan niat ke jalan Allah. Dan berdoa agar mendapat rezeki yg halal unt keluarga dan boleh diberi kepada orang lain yg memerlukan.

Satu artikal yg pernah sy baca  menjadi kekuatan jiwa saya:
Bergembiralah membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Jauhilah dari riya’, sum’ah dan ujub. Sedikit amalan, dengan ikhlas lebih baik daripada banyak tetapi dicelahi oleh rasa sombong. Bila berjaya melakukan kebaikan, jangan memperkecilkan orang lain. Justeru, masih ada manusia yang tidak dikenali di bumi tetapi sangat tersohor di langit sana. Kebaikan jangan dianggap jasa, tetapi anggap sahaja penebus dosa.
Aku ingin segala-galanya indah, ceria dan tenang… namun siapalah aku? Kau, aku dan kita cuma seorang hamba. Pada kita ada tadbir. Tetapi pada Allah segala Takdir. Lalu usaha kita hanyalah… menserasikan tadbir mengikut Takdir! 

Selamat Hari Lahir buat sy sendiri....
 
Ini permata hati mama yg juga merupakan hadiah yg paling berharga buat mama....
so, jgn buat sesuatu yg melukakan hati mama 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan