Pang!!!!!!!!!!!!!!!!!
Singgah juga tangan sy ke pipi pelajar ni. Memang sy marah sangat. Memang kerap sangat pelajar ni menipu kerana tidak mahu masuk ke kelas. Bukan sekali malah berkali2 sejak tingkatan 3 lg. (skrg pljr ini brada dlm ting.5) Sy tidak peduli apa tanggapan cikgu2 lain pada sy...yang penting, sy ingin menyedarkan pelajar ini bahawa apa yang dia lakukan adalah salah sama sekali. Sy pernah memujuknya sebelum ini, tp kata2 sy ibarat mencurahkan air di daun keladi. Sedikit pun tidak berbekas di hatinya.....Hari ini,sy sudah hilang sabar. Sudahlah tak masuk ke kelas,dia berbohong pula dengan memberitahu sy dia sedang mengambil peperiksaan kertas geografi. Bila sy pergi ke kelasnya,nyata dan pasti dia sedang berbual2 dgn pelajar yg tidak ambil mata pelajaran pendidikan seni. Pelajar lain dah hampir 80 % siap folio pendidikan seni sedangkan pelajar ini hanya siap 15 % sahaja....mahu tak saya mengamuk????
Kalau melibatkan aktiviti ko kurikulum,dialah yg ke hadapan. Tapi,yang bkaitan dgn pelajaran,pelajar ini benar2 bermasalah.....tiada satu subjek pun dia berminat. Sy dah 'survey' dgn guru2 yg mengajar kelas ini, rata-rata memberi maklumat yg sama. Sy tertanya sendiri....apa yg guru2 lain buat ke atas pelajar ini??? Mengapa mereka tak se'tention' saya????Boleh biarkan sahajakah pelajar tidak mbuat nota,latihan dan sebagainya? Atau sy yang menyibuk sgt thadap pelajar yg tidak membuat kerja2 yg telah sy beri?? Mengapa tidak sy biarkan sahaja???
Sy biarkan sahaja pelajar ini menangis. Biar dia rasa btapa sakit nya hati dan perasaan saya. Memang seolah2 sy bgitu emosional. Tak kisahlah,lbh baik emo dlm hal ini drp sy membutakan mata dgn apa yg terjadi dan melibatkan anak bangsa sy sendiri.Kenapa sy pula yg risaukan akan hal ini,sedangkan dia yg akan menduduki SPM. Folio seni,wajib dibereskan,kalau tidak sia2 saja dia mengambil subjek elektif ini. Stelah dia reda,sy bertanya tentang masalah yg dihadapi. Kenapa dia tidak berminat masuk ke kelas. Tiada jawapan kukuh drpnya yg boleh sy terima,melainkan madah berhelah yg diberikan pada saya.
Di ruang ini,sy ingin mjawab sgala psoalan ini.
Pelajar seperti ini, tidak akan nampak apa yg saya nampak berkaitan dgn masa hadapannya, Kalau sy biarkan dia terleka pada hari ini, sudah tentu dia akan menerima akibatnya pada masa akan datang.
Dia tidak merasakan apa yg saya rasa kerana remaja seperti dia hanya menuntut keseronokan pd usia mudanya tanpa memikirnya apa yg terjadi padanya ketika usia remaja berganjak pergi. Sy perlu mnyedarkan dia sekarang dgn satu tamparan.....biar pun cara sy tidak betul,tp niat sy benar2 untuk menyedarkannya...
Bagaimana sy ingin melakukan semua ini tanpa sokongan rakan2 seperjuangan? Ada guru yg tidak ambil peduli di mana pelajar mereka semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tidakkah dapat mereka bayangkan yang ponteng itu adalah anak mereka sendiri? Bukankah anak2 mereka akan terlepas peluang untuk menimba ilmu pd usia seperti ini?
Samalah kesnya dgn anak2 kecil yg tidak disuruh mengaji. Adakah anak kecil itu sedar kepentingan mengaji atau tuntutan Islam supaya belajar mengaji jika tidak disuruh atau dipaksa oleh ibu bapa? Anak yg kecil tentu leka dgn dunia kanak2nya. Jadi, sbg ibu bapa, kitalah yg memandu pjalanan hidupnya pada masa akan dtg.
Sy memujuk pelajar itu kembali...
Sy cuba merasionalkannya kenapa sy begitu marah dia tidak masuk ke kelas sy pada hari itu. Alhamdulillah...nampaknya dia terima alasan sy tetapi sejauh mana dia menerimanya,sy tidak pasti.
Sy juga berharap,jika semua rakan2 seperjuangan sy ambil tahu dan mngenakan tindakan terhadap pelajar yg 'terleka' ini, sudah tentu anak bangsa kita tidak hanyut sampai bila2....Sy tidak meminta mereka ikut cara sy, tp byk pendekatan yg boleh dilakukan utk mnyedarkan pelajar sperti ini. Selebihnya, kita serahkan saja pada dirinya sendiri daripada kita tidak berbuat apa-apa. Cuba kita lihat di luar sana, bukankah anak2 melayu yg merempat,menganggur,rosak akhlaknya,terlibat dgn dadah dan sebagainya? Bukankah semua ini terjadi kerana kita gagal mnyekatnya dari awal lagi??? Sesungguhnya, sama ada suka atau tidak, kita juga turut mnyumbang kepada fenomena ini....
Ya...sy juga antara yg turut terlibat mnyumbang kpada masalah ini kerana adakalanya sy juga terlepas pandang, dan kadang kala rasa bosan,benci dan sebagainya dgn anak bangsa sendiri yang tidak sedar2 diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan