Masing2 di sekolah bercakap tentang program 'Mentor'. Sy pun sering juga mngikuti program ini. Bukan apa...seronok juga tengok betapa gigihnya orang2 kita nak mempelajari 'ilmu'. Sanggup datang ke Kuala Lumpur sebab nak berguru mencari 'ilmu'..
Dalam bersembang2, masing2 memilih protege yg mereka suka. Sy hanya mendengar sahaja kerana tidak berminat untk mberi pendapat atau pandangan. Tapi, dlm byk2 isu yg dibincangkan, sy tertarik pula dgn pendapat seorg ustazah ni....Katanya bagus cara Mas Idayu mengajar protegenya, gunakan rotan ketika mengajar Black. Cara yg sama juga digunakan untuk mengajar Shak cuma kali ni dia pakai tali pinggang. Tp tetap tujuannya sama mendidik dgn ada unsur ketegasan. Sama dgn cara nabi junjungan kita....memberi keizinan kpd kita mendidik dgn menggunakan rotan.
Sy terkedu seketika. Terkejut, ayat ini datangnya drp seorng ustazah. Nak juga mcelah tp biasalah, memandangkan sy selemah-lemah iman, sy hanya menyatakan rasa tidak setuju itu dlam hati shj. Adakah wajar, cara Mas Idayu itu disamakan dgn nabi Muhammad SAW????? Samakah ilmu yg diberi oleh nabi junjungan kita dengan ilmu yg diberi oleh Mas Idayu???
Pendapat ustazah ini disokong oleh beberapa kawan sy yg lain, Ada juga yang diam saja tanpa sebarang komen.
Entahlah....wajarkah sy nak mencantas pendapat kawan sy bergelar ustazah ini??? Secara jujurnya sy tidak setuju kerana Rasulullah SAW memberikan arahan tentang keharusan memukul anak ini dalam usaha menyuruh anak2 bersembahyang.
(.......menyuruh anak solat pada usia 7 tahun, dan pukullah bila tidak solat pada usia 10 tahun. Rasulullah SAW membolehkan memukul anak di usia 10 tahun kalau dia tidak melakukan solat dari pertama kali disuruh di usia 7 tahun. Ini ertinya ada masa 3 tahun, orang tua untuk mendidik anak-anaknya untuk solat.)
-petikan yg sy ambil drp artikel "Mendidik anak cara nabi Ibrahim" oleh Ummu Uswah-
Adakah sama merotan atau memukul anak yg enggan sembahyang boleh disamakan dengan mengajar ilmu menyanyi malah kepada bukan muhrim lg????
Sy menolak sama sekali pendapat kawan sy ini tp sy akur itu pendapat dia. Apa hak sy untuk memintanya jgn memberi sebaran pendapat. Namun, yg pasti sy sgt tidak setuju kerana cara Rasulullah itu di samakan dgn cara Mas Idayu. Seperkara lagi, sy tidak tahu di mana silapnya, budaya protege mencium tangan mentor boleh diterima umum sedangkan semua masyarakat Islam khasnya mengetahui batas2 mengenai bukan muhrim. Walau apa sekalipun anggapan mentor pada protegenya (tak kira lah, sama ada mereka anggap anak , adik, abang dn sbgnya) namun hakikatnya mereka tetap bukan muhrim dan hukumnya tetap haram bersentuhan apalagi menciun tangan. Perkara2 seperti ini bolehkah di samakan dengan istilah mendidik cara Rasulullah SAW?????
wallah hualam...
kesian ustazah akhir zaman bercakap ya.ikut sedap mulut je..
BalasPadam