Ahad, 13 Jun 2010

Sekadar renungan

Lama juga sy memerhatikan satu keluarga yg sedang menikmati makanan di pizza hut kuala selangor. Sy bersama kawan sekelas sejak sekolah rendah juga makan di situ. Sambil berbual2, mata sy mncuri2 pandang ke arah keluarga itu. Bukan ada sesuatu yg menarik shingga mnyebabkan mata sy asyik memandang ke arah keluarga itu, cuma sy terfikir alangkan bertuahnya jika ketika itu anak-anak sy turut ada dlm situasi itu lebih2 lg anak perempuan sy.

Sy teringat beberapa hari yg lalu bagaimana sy menerangkan kpd anak perempuan sy salah satu tanda sy menyanyangi mereka adalah melalui didikan.Dalam entri yg lepas pun, sy menyentuh bab yg sama. "Semua ibu bapa sayangkan anak2 mereka cuma cara menunjukkan kasih syg itu sahaja yg berbeza".

"Apa yg menarik perhatian engkau ni?? Mata asyik tertumpu pada diorang tu je. Aku perasan sejak dari tadi tau!!" Tegur kawan sy. Mungkin dia perasan dgn gerak mata sy yg suka memandang ke arah keluarga tersebut.
"A ha....aku sedang memikirkan sesuatu....family mereka tu nampak happy,kan????"
"Memang mesra sangat. Best tengok diorang....very close. Tapi, apa yg engkau fikirkan???" Kawan sy juga mengiyakan kebenaran yg sy lihat.
"Wei, apa yg engkau fikirkan?" Tanyanya kembali apabila sy tidak sebarang respon dengan pertanyaannya tadi.
"Adalah....tp malaslah nak cakap. Merosakkan pjumpaan kita je. Dah lah susah nak jumpa engkau...." Dalih sy menutup persoalannya.
"Engkau ni, sejak sekolah memang suka memerhatikan orang. Pas tu, buat cerpen. Eh, engkau masih menulis lagi ke?? Sayang tau,kalau tinggalkan je bakat tu.."
"Tak ada masa....dan kadang2 aku ktandusan idea. Dah malaslah,Ani..." jawab sy ringkas.

Apa sebenarnya yg sy tertarik dengan keluarga itu?? Sepasang suami isteri bersama 3 orang anak mereka. Yang suami memakai sluar tiga suku, si isteri memakai baju kurung biasa. Anak daranya yg sulung (lebih kurang 17 tahun) memakai seluar yg menampakkan sebahagian punggungnya,anak perempuan kedua jg dlm belasan tahun memerangkan sbhgian rambutnya dan memakai baju ketat dan jarang pula sementara adik lelakinya pula (lingkungan 9 atau 10 tahun) menyimpan ekor(rambut bhgn belakang yg dipanjangkan sedikit dan diikat). Kalau anak gadisnya mjangkau umur belasan tahun, mungkin jg ibunya lebih kurang sebaya dgn umur sy.

Sedikit sahaja persoalan yg ingin sy utarakan di sini...." Inikah cara mereka sayangkan anak-anak?"
Tiba2 sahaja sy jadi tidak ada kekuatan unt mengulas perkara ini. Cuma, seandainya anak2 sy ada ketika itu, soalan ini lebih baik sy ajukan pd mereka. Sekurang-kurangnya, sy dpat menyelam apa yg ada di dasar hati mereka tentang nilai kasih syg ibu bapa terhadap anak-anak.
Kalau persoalan ini sy tnya pada umum, mcm2 jawapan yg akan sy dengar. Bagi ibubapa yg 'sewaktu dgnnya' pasti  akan mberi jawapan yg menyelamatkan diri mereka. Contohnya : "Kalau anak2 nak jadi jahat, tidak semesti mak bapaknya mcm kami. Anak ustaz dan ustazah pun ada yg jahat. Anak pak imam pun ada yg tak senonoh". Jadi, sbagai langkah keselamatan juga, baik jgn ditanya soalan2 seperti ini. Biarlah mereka dgn cara mereka. Seperkara jgn dilupa, kita sebagai ibu bapa juga akan di tanya oleh DIA suatu ketika nanti. Masa tu, kita jawablah mengikut rasional sendiri.

Bg sy, scara praktikalnya, pendidikan pd peringkat keluarga merupakan elemen yang cukup penting dalam melahirkan individu muslim sejati. Di sini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan sebaik mungkin dalam menyediakan medium tarbiyah yang terbaik untuk anak-anak. Jika sebelum ini,sy atau suami pernah melakukan ksilapan, sepatutnya kesilapan itu tidak harus diulangi semula oleh anak2. Sy bukanlah seorg ibu yg terlalu byk ilmu dlm bidang agama, tetapi sekurang2nya,perkara yg boleh sy elakkan daripada anak2 melakukannya, sy akan cuba. Selebihnya, biarlah anak2 sy memikirkan dan membuat keputusan sendiri setelah pendidikan agama telah diberi.


Waullah hualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan