Khamis, 3 Jun 2010

Nilai Sayang Seorang Ibu

Hari ni,sibuk sy mcari Klinik Putra di Sg Buluh.....
Entah berapa kali sy berpusing2 di kawasan itu dan akhirnya syukur alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Sy terus je booking untuk mgkhatankan anak pd cuti sekolah ni, dan sy memilih hari Isnin 7.6.2010. Kenapa smpai jauh2 bgini nak mnkhatankan anak??Bukan tak ada klinik yg menyediakan perkhidmatan yg sama di Kuala Selangor?

Teringat peristiwa beberapa tahun lalu,bagaimana anak sulung sy bkhatan di salah sbuah klinik di K.Selangor. Sy memilih kaedah biasa unt mgkhatankan anak pd ktika itu. Selesai sj bkhatan,tidak ada apa2 yg blaku tetapi setelah hampir satu jam blalu, anak sulung sy menahan ksakitan yg amat sgt apabila ubat bius hilang kuasanya. Sy pun apa lg,spuluh kali panik dari anak sy...maklumlah,anak ptama dikhatankan,serba serbi tak tahu dan kecemasan. Sy bjanji dgn diri sendiri,kali ni sy tidak mahu guna cara biasa....sy nak cuba pula cara laser. Mngikut pngalaman kawan2,cara ni tak mnyakitkan. Jadi,kerana tidak mahu melihat anak sakit,maka sy tidak teragak2 mencuba kaedah ini.....mahal pun tak apa,asalkan anak sy tidak merasa ksakitan.

Sejenak, sy terfikir sketika....begitu erti sebenar makna sayang...sanggup berbuat apa saja kerana sayang. Nabi junjungan kita juga memohon kepada Allah SWT agar memberikannya rasa sakit itu kepadanya daripada rasa sakit itu diberikan kepada umatnya ketika mghadapi sakaratul maut. Begitu besar nilai sayang yg ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW kpada kita umatnya. Tapi...berapa ramai antara  kita yg sering berselawat ke atas nabi sbg tanda kita memperingati baginda? Tidak ternilai rasa kasih itu dan tidak boleh diucap dgn bait2 ayat skalipun.

Kembali kpd cerita sy....
Kerana tidak mahu anak bongsu sy  merasa kesakitan yg sama sperti abangnya,maka sy berusaha mcari klinik yg mggunakan kaedah laser. Itulah nilai sayang sy kpd anak-anak....yg kalau boleh tidak mahu seekor semut pun menggigitnya sejak dari kecil lagi. Hebat sungguh nilai sayang ibu kepada anaknya,bukan?? Semua ibu yg benar2 dinamakan ibu pasti menyanyangi anak2nya...malah sanggup mgadai nyawa demi menyelamatkan anak2.

Sejauh mana pula kasih sayang anak2 kepada ibunya???
Dan.........sejauh mana juga nilai kasih sayang anak2 saya kepada saya? Biarlah anak2 sy mjawab soalan ini namun apa yg pasti sy tidak mahu mereka terpaksa melakukan sesuatu demi mengaburi mata saya dan mata masyarakat. Biarlah rasa kasih dan sayang itu terbit daripada  hati yg suci dan ikhlas daripada seorang anak kepada ibunya yg ketika itu tidak lagi berdaya.
 







Ya Allah...smoga anak2 saya tidak derhaka kepada sy di saat2 sy memerlukan kasih sayang daripada mereka....Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan