Ahad, 23 Mei 2010

Kasihan Anak-anak Kita....

Situasi: Dalam kelas  Tingkatan 5  *&^%
Masa: 8.00 pagi
Hari : Isnin
Bilangan pelajar sepatutnya : 31 orang
Bilangan pelajar yang hadir : 25 orang
Bilangan pelajar tidak hadir : 6 orang
Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (7.45-9.45 pg)  dan Pendidikan Moral (7.45-10.15 pg)

Ketika sy menulis blog ini 9 orang pelajar telah pun dibuai mimpi.  Peperiksaan bermula 7.45 pagi,belum pun sampai setengah jam, 9 orang pelajar di kelas ini sedang enak dibuai mimpi2 indah (agaknyalah). Tidak ada seorang palajar pun yang tekun menjawab soalan. Jika ada peluang dan kesempatan,mereka akan pandang ke kiri dan ke kanan. Jelas, mereka tidak bersedia menjawab soalan pada hari itu. Ni baru mata pelajaran agama dan pendidikan moral, belum lagi mata pelajaran yang berat.

Bukan tidak kasihan dengan pelajar-pelajar seperti ini tapi apakan daya, sy memang tidak berdaya. Bukan tidak mencuba, rasanya sedaya upaya sy cuba hendak menjadikan mereka ni pandai. Tapi, akhirnya, sy juga angkat tangan. Semangat belajar mereka memang tiada. Kalau kurang cerdik, tapi ada kesungguhan, lain cerita. Daripada 31 orang, sy telah pun mengenal pasti,hanya 7 orang saja yg ada kemahuan tapi apakan daya, Tuhan telah menentukan setakat itu sahaja pencapaian mereka. Akhirnya sy mngambil keputusan, pelajar seperti ini, tidak perlu guru2 berasa tention untuk mengajar mereka dgn harapan boleh 'score' dalam SPM, cukuplah sekadar mereka lulus dan paling tidak mereka keluar menjadi insan yg gemilang dari aspek sahsiahnya.
Daripada cerita kawan2 yang masuk mengajar di kelas ini, bilangan pelajar tidak pernah cukup. Ada sahaja yang keluar swaktu pngajaran  dan pembelajaran berlaku. Di sebabkan mereka takut dgn saya, alhamdulillah kelas sy tidak ada seorang pelajar pun yg ponteng. Kasihan...mereka belajar dgn sy dlm ketakutan. Mereka yg merangsang supaya sy menjadi garang...so, untuk kepentingan mereka juga, sy tpaksa pura2 garang. Skurang2nya sy berjaya jg mhalang mereka drp ponteng kelas.




Pernah juga sy bertanya pd mereka..."kenapa kamu ke sekolah,kalau tak minat belajar?"
Hampir 80% pelajar yg berkenaan mjawab pertanyaan sy dgn jawapan yg sama....' Disuruh oleh ibu dan ayah'. Yang selebihnya hanya mahukan sijil tamat tingkatan 5. Menurut mereka (pelajar2 cina), jika ada sijil tamat tingkatan 5, mudah cari kerja di Singapura. 

Jam menunujukkan pukul 8.58 pagi. Dari 9 orang pelajar yang dibuai mimpi, kini bertambah ke angka 20. Masa masih panjang lg. Lama jg sy memerhatikan mereka.....sambil menulis blog, sambil sy memantau juga. Makin lama makin ramai yg tidur. Bukan tidur2 ayam,malah ada yg berdengkur. Kasihannya.....

Bagi sy, sebagai ibu bapa,mereka harus mengetahui tahap pencapaian anak2 mereka dlm bidang akademik. Kalaulah sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5,mereka tidak boleh menguasai pelajaran, buat apa dipaksa anak2 sperti ini meneruskan pelajaran? Sebagai ibu, sudah tentu sy memahami perasaan mereka. Ibu bapa mana yg tidak mahu anak mereka pandai dlm pelajaran??? Masalahnya, mereka juga kena akur apabila anak mereka tidak mampu belajar. Anak2 seperti ini,akan berasa sangat tertekan kerana pergi ke sekolah bukan atas kesedaran dan keinginan mereka dlm menimba ilmu pengetahuan. Dan anak2 inilah yang akan menimbulkan masalah di sekolah. Bukan sy benci atau tidak suka dgn pelajar2 seperti ini...tapi sy juga memahami perasaan anak2 yang tidak berminat untuk belajar lagi. Jika mereka melakukan masalah, bukan senang pihak sekolah menanganinya...lebih2 lagi ibu bapa sekarang,memang menyebelahi anak2 mereka berbanding menyokong tindakan yang pihak sekolah kenakan. So....fikir2 kan lah ya.........................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan