Hari ini rezeki saya murah......
Syukur alhamdulillah....beli buah pelam 5 kilo sepuluh ringgit tapi peniaga nak habiskan semua so, sy dapat lebih kurang 9 kilo dengan harga RM12.00....Nampaknya hari2 boleh buat jus pelam. Fresh lagi....
Singgah ke gerai menjual jagung kukus....saya beli 3 cawan jagung kukus dgn harga RM6.00. Setelah membayarnya, si peniaga memberi saya dua bungkus kuih. Sebungkus kuih apam (lebih kurang 20 biji) dan sebungkus lagi saya tak tahu nama kuihnya..tapi lebih kurang ada 8 biji. Timbul pula masalah bagi pihak saya. Siapa nak makan kuih sebanyak itu????So, sy minta izin dengan sipenderma tadi untuk saya panjangkan sedekahnya dengan memberi pula kepada jiran saya. Semoga Allah memberkati sedekah peniaga ini...
Inilah namanya rezeki...dan kita tak sangka dengan tiba-tiba Allah memberinya pada kita. Jadi,jika kita tak dapat sesuatu yang kita hajatkan, janganlah rasa sedih kerana anggaplah itu bukan rezeki kita. Seperkara lagi,jika kita menolong seseorang, jangan pula kita mengharapkan orang yang kita tolong itu akan menolong kita kerana Allah akan memberi pertolongan itu dgn pelbagai cara dan tidak semestinya daripada orang yg kita tolong. Jadi, bantulah orang yg memerlukan bantuan itu dengan seikhlas hati.
Hari ini merupakan hari rezeki bagi saya....dari pagi hingga tengahari saya makan di kantin, satu sen pun saya tidak membayarnya kerana telah dibayar oleh kawan saya. Terima kasih! Dan....terima kasih kepada Allah SWT kerana memberi sayarezeki yang tidak disangka2 pada hari ini.Semoga mereka yang suka menghulur itu, mendapat keredhaan dan keberkatan sepanjang hidup....Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan