Isnin, 17 Mei 2010

Nanthan


"Cikgu!!!  cikgu!!!!"
Sy terdengar seorang pelajar memanggil sy dr belakang.....sy menoleh ke arah suara itu. Nanthan al Munusamy menuju ke arah sy.
"Kenapa Nanthan????"
Nanthan menghampiri sy...."Selamat hari guru,cikgu" Katanya plahan smbil menghulur sebuah kotak kecil yg di balut dgn surat khabar tamil. Sy menerima bungkusan itu. "Untuk ckg????" Tanya sy pura-pura tak tahu. Dah memang Nanthan menghulurkannya pd sy, dah tentulah sy punya. Nanthan mengangguk smbil tersenyum. Berbunga2 di hatinya apabila sy mnerima bungkusan itu dgn senyuman yg jg berbunga.
"Boleh cikgu buka skarang????" Tnya sya mduga.
"Jangan cikgu.....cikgu buka di rumah sahaja...."Pintanya. Sy akur sbg tanda mghormati permintaannya. Niat hati nak buka di hadapannya agar dia rasa sy sgt mghargai pemberiaannya tp sangkaan sy meleset.
"Oklah, nanti sy buka di rumah ya....." Kata sy. Nanthan berlalu pergi.....Sy rasa sebak. Mcm ada sesuatu di hati Nanthan. Sukar untuk sy mduga...Sy melihat sekeping kad kecil buatan sendiri terletak di atas bungkusan. Sy membuka dan membaca..."Terima kasih,cikgu kerana ajar saya shingga boleh membaca....selamat hari guru"

Sy tersenyum sendirian. Sekarang Nantha berada di Tingkatan dua. Sy mengenalinya smasa dia tingkatan peralihan. Pada ketika itu, dia langsung tidak tahu membaca dan tidak semua huruf yg dia kenal. Sy mempelawanya datang ke rumah sy (Sy tinggal di quarters guru pada masa itu). Sy phatiakan Nanthan memang ada ksungguhan untuk belajar, jd sy mengajaknya datang ke rumah dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.. tengahari. ketika itu sy mengajar di sesi petang.

Smpai di rumah, dalam byk2 hadiah yg sy terima, sy membuka hadiah drp Nanthan. Terkejut sy apabila menerima 5 biji patung kecil (Mungkin patung berkaitan dgn agamanya) berada di dalam kotak tersebut. Sy menutupnya kembali kerana takut pula hendak menjadikan patung2 itu sebagai hiasan di dalam rumah. Bukan tidak mghargai tapi takut melangkar hukum serta aqidah.

Esoknya, Nanthan datang berjumpa sy lagi. Sy memanggilnya....."Tkasih, Nanthan. Ckg suka dgn patung tu. Cute sgt "
"Ckg suka?????? betul ckg suka?" Tnyanya dngan gembira.
"Ya....dari mana kamu dapat?"
Nanthan tidak mjawab dgn segera. Mungkin mencari apa jawapan yg paling sesuai untuk diberiknya kpd sy.
"Dari mana kamu beli hadiah tu??? Ckg suka" Sy mnyakinnya.
"Amma bagi ckg!!!" Jawabnya seperti ada yg disorokkannya kpd sy.
"Ok lah...ckp dgn ibu kamu, cikgu ucapkan terima kasih, ya..." Nanthan tersenyum puas dgn jawapan sy.

Esoknya, belum pun sempat sy duduk di bilik guru, sy didatangi oleh seorang ibu bersama anaknya. Pelajar berbadan kecil itu, Nanthan. Setelah mperkenalkan diri yg dia adalah ibu Nanthan, sy pun mempersilakannya duduk di hadapan sy.

"Maaf,ckg....sy mau tanya sama ckg,betulkah itu hari anak sy ada bagi ckg patung tuhan ?" Tanya wanita yg berumur dlm lingkungan 30an itu dengan laras bahasanya kurang fasih tapi boleh difahami.
" Ada...ada, patung kecil tu ke?"
"Ya,ckg....itu patung sembahyang punya...Sudah hilang ckg, bila sy tanya dia tak mengaku dia ambil ckg, tp nasib baik adik dia nampak. Bila sy tanya, baru dia mengaku,dia yg ambil. dia kata, itu patung dia kasi sama ckg....." Ceritanya panjang lebar. Sy tersenyum mdengar penjelasannya.
"Jadi, puan mau balik ke patung tu?" Tnya saya. 
"Ya, mau ckg. Itu smbhyang punya..." Jawabnya pantas. Nanthan tunduk sedih. Sy memahami perasaannya, namun sy tidak berkata apa-apa padanya. 
"Mcm ni lah, hari ni sy tak bawa patung tu, tp esok sy akan beri balik patung tu pada Nanthan. Boleh ya??"
Ujar sy. Ibu Nanthan mengangguk2 tanda setuju dgn kata-kata sy.
"Tkasih, ckg...banyak minta maaf,ckg. Ini anak, byk nakal. Suka ambil barang tanpa minta izin....tp dia ckap ckg byk baik. Dia mau kasi hadiah pada ckg, tp sy tak ada wang,ckg"
"Eh...,jgn ckp dia nakal. Nanthan ni sgt baik....Dia ambil patung tu nak beri sy hadiah, Itu bermakna dia ingat jasa cikgu. Tak palah, puan jgn marah dia. Mungkin dia tak tahu mahu kasi apa sama sy." Sy cuba memujuk ibu Nanthan. Stelah bersalaman, wanita itu pun minta diri. Sy meminta Nanthan tunggu sebentar kerana ada perkara yg ingin sy bincangkan.

"Nanthan, kamu sedih ke?" Nanthan diam tidak memandang sy. Wajahnya tunduk ke bawah.
"Kenapa Nanthan ambil patung2 yg ada kat rumah tu???" Tanya sy lagi.
"Ckg tanya ni....cuba kamu jawab." Sy memegang bahunya lembut.
"Sy syg cikgu',katanya pendek.
"Kenapa kamu syg ckg?"
"Ckg ajar sy sampai sy boleh baca.?"
"Bila tu?" Tanya sy pura2 tak ingat.
"Masa sy peralihan..."
"sekarang kamu tingkatan berapa??"
"Dua".jawabnya ringkas.
 Sy tersenyum sambil mengangkat dagunya.
"Cuba kamu pandang ckg,Nanthan. Sebenarnya kamu dah beripun ckg hadiah lebih dari apa yg kamu bagi semalam. Kamu tak perlu memberi ckg apa2 lagi. Patung2 tu,kan ibu kamu punya. ..."
"Tp, sy hendak beri ckg sesuatu supaya ckg ingat saya..." katanya lagi.
"Pristiwa ini akan mbuatkan ckg akan ingat kamu sampai bila2. Oh ya...kamu tahu apa hadiah yg dah kamu beri pd ckg???" Tanya sy. Nanthan khairanan. Perlahan2 dia bersuara,"sy tidak pernah beri ckg apa2..."
" Ada, Nanthan. Hadiah ptama, ialah ingatan kamu pada ckg. Dah 2 tahun peristiwa kamu bljr mengeja dgn ckg berlalu,tpi kamu masih ingat perkara itu. Hadiah kedua, kamu dh pandai membaca skrang. Itu mrupakan hadiah yg paling bernilai buat ckg. Jadi, kamu tak perlu beri apa-apa lagi pd ckg."
Sy menepuk2 bahunya. Air mata lelakinya bergenang di kelopak mata. Menunggu masa untuk gugur sahaja.

Peristiwa itu berlaku pada tahun 1990 dan ini bermakna sudah 20 tahun berlalu. Ketika itu umur Nanthan 15 tahun dan skarang umurnya telah pun mcapai 35 tahun. Memang benar apa yg sy katakan padanya 20 tahun lalu,di mana peristiwa ini akan mjadi ingatan buat sy smpai bila-bila. Dan, berita teraakhir sy dengar Nanthan sekarang seorang peguam di Pulau Pinang. Sy yakin, Nanthan mesti ingin berjumpa dgn sy seperti mana sy juga ingin melihat kejayaannya atas usaha gigihnya belajar mengeja dan membaca dengan saya.

(Sukarnya mencari pelajar segigih Nanthan.....Nanthan tidak akan ada 2 orang dalam dunia ini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan