Ahad, 9 Mei 2010

Pergilah Airmata......selamat hari ibu

(Selamat Hari Ibu...Sy sayang mak walaupun ....entahlah....Sy merinduinya dan sy menyintainya. Apabila sy mempunyai anak sendiri, semakin jelas kelihatan saya melihat pengorbanan emak melahirkan sy.. ..Dari sy di dalam perut hinggalah sy dilahirkan dan dari baby hinggalah sy remaja. Memang sukar menjadi ibu untuk menghasilkan anak yg baik apabila dewasanya ...terima kasih, mak)


Sedih....
sedih bila mengenangkan cerita kawan saya tentang keluarganya...
Ada ibu tetapi seperti tiada ibu..ada ayah tetapi seperti tiada ayah. Kira yatim tapi tak piatu la....
Pelikkan bunyinya????? Puas sy memikirkan ayatnya tapi akhirnya kerana malas berfikir, lantas sy terus bertanya apa maksud di sebalik ayat itu.
Bukan senang kawan sy ni nak membuka mulut tentang ceritanya....tp oleh kerana rasa ingin tahu saya begitu tinggi,maka akhirnya kawan sy ni mengalah juga.


"Tak rindu ke dengan mereka?" Tanya saya. Soalan biasa yang mudah untuk dia jawab
Soalan sy dijawab dgn linangan air mata. Sy melihat air matanya semakin lebat mengalir. Suasana hening seketika.Hening krn kawan sy melayan perasaan sedihnya ketika itu.
"Tuhan saja yg tahu bagaimana perasaan sy terhadap mereka?" Jawabnya  setelah  beberapa minit membisu.
"Kenapa tak balik aja?" Soal saya. Memang soalan inilah yg akan diajukan oleh sesiapa pun jika jawapan tadi yg kawan sy berikan.
" Tak mungkin sy boleh balik ke rumah mak dan ayah lagi....mereka dah haramkan kaki sy jejak ke rumah mereka." Jawabnya dgn suara yg agak perlahan. Sy menjadi lebih terpanggil untuk mengetahui cerita selanjutnya..
"Kenapa??? Mengapa???" Soalan lazim seperti ini menerjah di kepala sy. Tapi sy rasa gementar pula untuk meluahkannya. Takut kawan sy tidak bersedia.
"Sy teringin nak memanggil perkataan mak dan abah. Dah 12 tahun sy tidak memanggil nama itu sedangkan mereka masih ada. Dah terlalu lama sy merindui panggilan itu dan terlalu banyak air mata sy mengalir  untuk rasa rindu itu. Sumpah....sy sangat merindui mereka.Tentu akak akan tanya sy,kenapa tak cuba balik saja..."
Kawan sy mula membuka cerita. Dia mengesat air matanya yg deras turun ke pipi.
"Sy dah berjanji dengan suami sy untuk tidak menangis lagi kerana ini. Tp hari ini, sy memungkiri janji sy dengan suami. Sy sepatutnya redha dgn ketentuan ini," ujarnya lg. Hati sy tersentuh. Tanpa di sedari, air mata sy mula bergenang di kelopak mata.
"Kalau balik juga, apa akan jadi???" Sy semakin ingin tahu.
"Tak mungkin sy boleh balik buat masa ini.Tp walau bagaimana pun, sy berharap ada ruang untuk sy balik juga menemui mereka. Sy pernah balik 12 tahun yg lalu....dan waktu itulah sy dihalau sperti anjing. Bukan stakat sy, malah suami dan 3 orang anak sy terlibat sama". Kesedihannya tidak dapat lagi diselindungkan.
Sy juga tanpa ada rasa malu turut menangis. Air mata yg bergelinang di kelopak mata, gagal sy bendung.
"Maaf,sy terlalu obses ingin tahu. Kenapa smapai begitu sekali????Apa yg menjadi punca kemarahan mereka?" Sy dah tak segan lagi bertanya. Perasaan teruja sy mengatasi segala-galanya.
" Akak baca tak harian metro hari ini???? "
Sy menggeleng2kan kepala. Kawan sy terus menghulurkan harian metro kepada sy. Tanpa banyak bicara sy melihat tajuk2 berita di muka hadapan...(yang mana satu tajuk muka depan yang ingin kawan sy ni fokuskan)
Sy terus saja membelek-belek Harian Metro pada hari itu.

"Sy sedih bila ada anak tuduh ibu yg melahirkan mereka membawa sial" Katanya smbil menunjukkan tajuk akhbar itu pada sy. Apa kaitannya pulak dengan kawan sy ni?????Sy mengerutkan dahi. Apa sebenarnya yg melanda kawan sy ni.

Tuduh Ibu Sial.

"Dia (anak) menerkam saya hingga saya terjatuh. Bagai dirasuk syaitan, dia naik atas belakang saya, pegang rambut dan menghantuk muka saya ke lantai berulang kali"  Besah

"Kak, mcm tu jugalah sy cuma bezanya ibu kandung sy menuduh sy membawa sial dlm keluarga. Ceritanya sama saja dengan cerita ibu malang ni. Angkara bomoh sial!!!!" Kata kawan sy dengan nada suara yg agak keras.
Sy terpaku dan terkedu. Tiada idea untuk bertanya dan tiada ayat untuk memberi kata2 semangat atau apa sekalipun.
"Sy tidak bersedia untuk bercerita tentang kisah sy selanjutnya, kak. Sy yakin, tiada org yg akan faham. Biasanya, org2 akan sering melihat ksalahan tu pada si anak sj. Mungkin org akan kata sy keras hati krn tidak mahu balik ke kampung menjenguk mak dan abah yg dah di mamah usia. Sy....sy..." Kata2 yg lancar tadi mula tersekat2 kerana kawan sy menangis sekali lg. Sy jadi mcm batu...hanya terpaku mendengar cerita sedih kawan sy ni.
"Sumpah kak, sy rindu kan mereka cuma sy tak berani nak balik buat masa skarang. Kata2 mak, tergiang2 di telinga sy sampai sekarang. Biarlah Allah dan saya sj yg tahu,kak. Sy terima sajalah apa org lain nak cakap tentang saya..." Sambungnya lagi.
"Kak, sy nak ucap juga depan akan bg mewakili mak sy...Selamat hari ibu,kak"
Sy tidak berkata walau spatah pun. Walaupun sy tidak suka, akhirnya sy menangis juga di hadapannya. Sy menangis semahunya.Sy benar2 sedih wlaupun cerita kawan sy ini belum tamat  hingga ke penghujungnya.Sy tidak mahu mendesaknya untuk bercerita lagi kerana kawan sy telah mengumumkan atas ketidaksediaannya untuk bercerita dgn lebih lanjut. Tangan sy terus merangkul tubuhnya dan kami sama2 menangis!!!!!!!
Sesungguhnya, sy yakin, tiada manusia dilahirkan di muka bumi ini membawa mala petaka. Dalam hati sy juga turut menyumpah ...." Ya, memang sial bomoh itu, kerana mulutnya, kawan sy terpisah daripada keluarganya sendiri".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan