Selasa, 18 Mei 2010

Majunya Remaja Kini

Betapa budak2 sekarang terlalu advance dalam perkara2 yang tidak sepatutnya mereka tahu.....
Pelajar tingkatan 4 (16 tahun) boleh menyimpan hampir 20 video lucah dalam handphone mereka. Satu perkara yang sangat luar biasa bagi sy tetapi tidak pelik bagi sesetengah manusia di luar sana. 
Awal tahun 1990an sy mendirikan rumah tangga, serba serbi sy rasakan tidak kena. Perasaan malu dgn suami ketika itu sangat tinggi walaupun sy mengenalinya sbelum kami mengambil kputusan untuk berumahtangga. Serba serbi tidak tahu dan terlalu asing untuk tidur bersama lelaki yang baru dinikahi. Apabila diingat kembali, semuanya mjadi kenangan manis kerana hendak membuang perasaan malu itu bukan perkara mudah. Semuanya mengambil masa yg lama......

Tapi sekarang?????????????????????????
Semuanya telah dan mudah diperolehi walaupun tanpa sebarang ikatan. Mereka dah tahu serba serbi malah lebih hebat daripada orang yg telah berumah tangga. Bagi pndapat peribadi sy, sudah tidak ada kemanisan lagi dlm berumah tangga. Apatah lagi perbuatan melakukan hubungan terlarang sebelum kahwin itu seolah-olah telah diterima umum. Sedihnya saya.....sedih yg tidak dpt diluahkan dgn kata2 maka di medan ini sy berbicara. Biarlah sy meluahkan isi hati ini dengan menulis,menulis dan terus menulis....

Sy mlihat sendiri bgaimana seorang plajar tingkatan 4 yg dipanggil kdua ibu bapanya datang ke sekolah atas kesalahan membawa video lucah.Setelah dimaklumkan kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka, sy melihat betapa tenang dan bersahaja muka kedua ibu bapa ini. Tidak ada tindakan semerta yg diberikan kepada anaknya yg mengaku membawa bahan terlarang itu ke sekolah. Muka mereka juga tidak nampak sbarang kekesalan....cuma si ibu mberi alasan yg biasa sy dengar " Tu la cikgu, pengaruh kawan2."
Kalaulah sy berada situasi ini pada zaman 1990 an dulu......Huh!!!!!!!tak tahu nak cerita dan tak dapat dibayangkan apa yg terjadi. Silap2 haribulan, sy boleh mati dikerjakan oleh ibu dan ayah sendiri.

Sy teringat zaman lampau sy di mana seorang kawan lelaki memberi sy jam tangannya kepada sy kerana sy tidak ada jam tangan ketika itu. Ketika itu, sy berada dalam darjah 5. Oleh kerana sy tidak ada jam tangan, pemberiaannya merupakan sesuatu yg tidak ternilai bg sy. Sy tidak ada hubungan istimewa dgn pljr lelaki itu tp hubungan kami agak rapat krn tinggal sekampung. Punya la seronok,jgn nak kata. Tp, keseronokkan sy tidak lama kerana sampai di rumah,sy ditanya oleh ibu dari mana sy dpt jam tangan tersebut. Disebabkan budaya pembohong,penipu dan cakap berbelit2 itu tidak ada dlm budaya kami, sy mceritakan keadaan sebenar. Dgn tidak bertangguh 5 minit pun, ibu sy terus mcapai senduk kayu yg ada bhampiran dgnnya ketika itu. Sy dibelasah oleh ibu bertubi2 seolah2 sy telah membuat satu kesalahan yg sgt besar. Jiwa sy memberontak ketika itu.....tidak dpt menerima hukuman drp ibu sedemikian rupa. Dlm keadaan marah teramat sgt, sempat juga sy mdengar apa yg ibu bebelkan...
"Berani ambil pmberian jantan....tau tak jantan ni kalau bg sesuatu mesti ada yg dia nak"......
Itulah antara bebel ibu yg sempat sy dengar. Selebihnya sy tidak mberi tumpuan kerana lbh memberi fokus kepada kesakitan yg bukan kepalang.

Peristiwa itu sudah bertahun2 berlalu...dan kini sy pula mjadi ibu. Semua bebelan ibu terjawab pd hari ini. Sy berterima kasih kepada ibu yg begitu mjunjung maruah hingga sy mbesar sbg seorang gadis yg sangat pemalu dgn lelaki dan mjaga maruah diri. Cuma, cara ibu yg tidak ada psikologi dan tidak ada kompromi mnyebabkan sy sering teringat2 stiap tindakannya   hinggalah ke hari ini. Walau bagaimana pun, sy bersyukur atas sgalanya.

Kadang2, timbul rasa kesal krn sy menjadi seorg guru. Sy melihat scara 'real' keadaan yg berlaku pd remaja dan peranan ibu bapa masa kini. Mana ada kerjaya lain yg dapat mnyaksikan apa yg kami, warga pendidik lihat pada masa kini. Mereka semua tahu mslh remaja kini  mlalui bacaan yg tpampang di dada2 akhbar atau mlalui cerita lisan. Semuanya dari sumber kedua tapi kami melihatnya melalui mata kepala kami sendiri. 

(Ah.....mesti smua ini ada disebaliknya,kerana tuhan tidak meletakkan sesuatu itu tanpa ada sebabnya. Sy terpaksa terima fakta itu.)

Cukup!!!!!
Sy tidak mahu lagi mngulas pkara ini. Sy akan cuba ambil pendekatan selamat. Tidak mahu tahu dan tidak mahu ambil tahu apa yg berlaku pd remaja (plajar2)  kini. Cukup dgn mjaga anak2 sendiri dan pelajar2 tpilih yg sy sayangi. Bukan pilih kasih tetapi itulah hakikatnya untuk mngelakkan diri dari diserang 'stresssssssss'....
Kepada anak2 sy, jagalah maruah diri.....paling tidak pun, jadilah seperti mama remaja dulu yg tahu takut pada hukum Allah dan tahu mjaga maruah diri dan keluarga... 
Kepada segelintir anak2 didik yang sy sayangi, pandai2 lah menjaga nama kluarga krana skali kita terjerumus di lembah maksiat, kita akan melakukannya berulang2 kali. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan