Ahad, 9 Mei 2010

Konklusi situasi di restoran mamak

( Di restoran mamak, saya dan anak-anak saya menikmati teh tarik dan roti canai...................
Waktu petang kira-kira puku 4.35 ptg.)

Saya cukup tidak dapat menerima apaila ada org melayu bekerja di restoran mamak. Aduh...tention gila!!!(bahasa budak2 sekarang). Sy rasa cukup tidak bermaruah orang melayu macam ni. Sepatutnya mereka boleh buat duit di negeri sendiri tapi lain pulak jadinya. Kita benarkan orang luar pula yang mengambil kesempatan mencari kekayaan di bumi kita. Aduahai....mengapa perkara seperti ini boleh terjadi???

Malas!!!! Itulah segala punca berlakunya fenomena ini. Cuba lihat betapa gigihnya orang-orang seberang (Mat2 dan Minah2 Indon) mengaut kekayaan dengan bekerja sebagai buruh kontrak di sana sini. Minah2 Indon pula ada yg menjadi 'bibik' di rumah orang2 yang memerlukan perkhidmatan mereka. Orang2 Melayu kita di mana?? Manja.....tak mahu mengambil peluang ini. Kerja berat,tak sesuai dengan jiwa mereka. Menjadi orang gaji, malu pula menguasai diri.  Tak sesuai ,tak grand dan macam2 la alasan yg boleh kita dengar. Orang2 melayu kita lebih suka ambil jalan pintas nak kaya. Yang ok sikit kewangannya , mereka main skim cepat kaya,sanggup keluar duit simpanan dan jual tanah lagi. Maklumlah, pulangannya bukan sikit. 2,3 kali ganda....silap2 bila tak kaya2, mereka jadi gila. Mana tak nya,dah melabur ribu2 ringgit, satu sen pun tak dapat keuntungan. Itu belum lagi kesilapan yang telah kita lakukan dgn kawan2. Kitalah yg paling hebat mengempen dulu.....

Yang cikai dan lagi teruk, mereka rompak je rumah orang,meragut beg tangan perempuan dan mengebas apa saja yg boleh dikebas. Lagi sepat dpt keuntungan. Segera dan lumayan!!!!Tulah cara org Melayu nak cepat kaya (Jgn sensitif...bukan semua org melayu macam tu. Yang baik,tak perlu dipuji sbb mereka tidak memberi masalah malah merekalah penebus maruah bangsa).

Mengapa orang2 melayu seperti ini tidak mahu mengambil contoh mamak2 yang ada kat Malaysia ni atau orang2 Indon dan bagla yang gigih bekerja mencari duit sehingga simpanan mereka lebih banyak daripada orang2 melayu 'keparat' yg suka buat perkara2 yg tidak senonoh tu?????

Hai anak2 melayu.....cuba dihitung, bangsa manakah yang paling byk di Pusat Serenti??? Bangsa mana juga yang byk menjadi penghuni penjara? Bangsa mana juga yg byk telibat dgn kes buang anak,rogol , merempit??
Semua bangsa kita,kan???

Cuba hitung pula, berapa ramai pula doktor2 kat Malaysia ni dari bangsa kita??? Adakah kita lihat di luar sana bangsa cina terutamanya bekerja dgn bangsa kita? Di manalah maruah kita??
Terlalu banyak persoalan berlegar di kepala ekoran daripada saya melihat seorang remaja melayu  yang bekerja di sebuah restoran mamak di Kuala Selangor. Sy kenal remaja itu krn berkesempatan mengajarnya di sek @#$%^&*. Remaja ni, bukan tak pandai tp di sekolah dulu terlalu byk masalah berkaitan dengan boyfriend.Bukan satu,dua boyfriend dia......... Nak kata terlalu cantik, tidaklah tp biasalah remaja skrang, baik lelaki mahupun perempuan. Ukuran 'cantik' rupa paras dan tingkah laku bukan menjadi faktor utama bagi merreka. Yang penting, mereka suka pada pasangan  yang berani buat apa saja sebelum kahwin. Bagi apa saja kalau diminta dan boleh dipegang di mana2 sahaja anggota mereka. Itu yang mereka cari sekarang.  (teringat jg kisah sy...bgaiaman hubungan sy putus dengan boyfriend ptama kerana dia kata sy ni kaku. Nak pegang tangan pun tak bagi. Di sebabkan dia bosan dgn sikap sy yg  menjaga maruah diri, hubungan kami putus di tengah jalan

Mata saya mengekori sahaja gerak laku remaja melayu ini... 
Gaya pakaiannya, jangan nak cakap la... Takut sungguh saya melihat cara dia berpakaian yang menampakkan seluar dalamnya kepada orang ramai. Untung para lelaki yg boleh melihat perkara2 sulit tanpa membayar lima sen pun.  Paling kelakar sekali, dia memakai bulu mata palsu ala2 dramatis Eja. Manalah sesuai dgn gaya seperti itu bekerja di restoran mamak melainkan ada niat2 tertentu. Bab2 gaya ni, orang2 melayu memang tak kalah.....

Sebelum sy beredar dari restoran mamak tu, sempat jg sy berbisik ke kepada anak2 sy...
"Kalau dah tak mahu belajar, ni lah jadinya....waktu belajar cari pasangan...skarang, bila dah terlepas waktu yg sepatutnya belajar, kan ke rugi. Masa bukan boleh diulang kembali...akhirnya kemana kita????".

Anak2 sy diam sahaja. Mungkin boring kot sebab selalu sgt mereka mendengar mamanya mengulas sesuatu keadaan yang berlaku di sekeliling. Biarlah mereka boring, kerana bagi sy apabila mereka dewasa kelak atau apabila sy sudah tidak ada lagi di muka bumi ini, mereka tentu akan teringat semula nasihat2 sy kepada mereka, seperti mana sy mengingati semula nasihat ibu kepada sy. Cuma...ibu2 dulu tdak ada diplomasi dan psikologi. Apa pun, ayat mereka cukup bererti dan boleh dipegang sampai ke mati.


Maaf, wahai bangsaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan