Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru






Hari ni 16 Mei semua warga pendidik syok sendiri mnyambut Hari Guru.....
Tak ada yg menariknya pd hari ini melainkan terima ucapan dr students dan x-students. Seawal pagi pukul 4.30,sy menerima SMS daripd x-student 4S. Sterusnya SMS kedua sy terima pukul 6.15 pg drp xstudent SMK Seri Tanjung. SMS ktiga drp student SMKRMM (sekolah skarng) drp seorng pljr ting 5....
(sehingga sy mnulis blog ini, ucapan 'slmt hari guru ' tak putus2 sy terima)

Drp berpuluh-puluh sy menerima ucapan ini (tak kira la melalui SMS atau email), 90% datangnya daripada student sy yang kurang cerdik dan kelas pertengahan (masa sekolah dulu, kira kelas hujung2 la). Selebihnya barulah datangnya drp pelajar yg cerdik,bijak yakni dari kelas hadapan. Hmmmm....termenung sejenak memikirkan fenomena ini..."Kenapa jadi begini???" Siapa nak jawab ni???

Perkara seumpama ini, bukan berlaku pada saya seorg. Kawan2 sy juga berbicara soal yg sama. Mereka  hairan di mana pljr2 daripada kelas2 bijak pandai ni??? Masing2 menjawab persoalan tersebut dlm pelbagai versi. Ada yg kata,pljr pandai ni sombong,mudah lupa diri. Ada yg kata pljr pandai ni, tak rasa pun kepandaian mereka adalah hasil drp didikan guru, ada yg kata, pljr yg pandai ni memang tak mghargai jasa guru, dan mcm2 andaian lagi.

Mereka tanya pndapat sy..
Sy memang tak ada pndapat khusus tp sy ada pendapat peribadi. Sy tak dpt nafikan, bdasarkan berbelas tahun sy menjdi pendidik, itulah realitinya. Student drp kelas hujung dan ptengahan, lebih mengingati jasa guru jika dibandingkan dengan pljr drp kelas hadapan. Mungkin ada benarnya pndapat kawan2 sy tadi cuma sy tak berani mengiyakannya krn belum pernah lg kita buat kaji selidik mengenai topik ini. Bagi sy, biarlah pelajar2 yg pernah kita ajar itu, dgn dunianya sendiri......kita tak rugi apa-apa pun jika kita tidak diingati lagi. Apa yang nak dihairankan, kerana itulah bezanya manusia dgn tuhan. Manusia memang mudah lupa.....

Bukankah dah lumrah alam,perbezaan dua darjat antara si kaya dgn si miskin, si cantik dgn si hodoh? Bgitu jugalah dgn si pandai dan juga si bodoh. Yang penting, sbagai pndidik  pjuangan kita masih panjang....teruskanlah mendidik anak bangsa tanpa minta dikenang jasa kita. Cukup dan sangat cukup jika Allah menghargai apa yang kita beri kepada anak didik dgn seikhlas hati.

Sbg guru dan merangkap juga sbg ibu,  sy akan  membeli beberapa hadiah (tidaklah mahal) unt anak2 sy memberi kepada sbahagian drp guru2 yg mereka suka (nak beli semua guru,tak ada budget). Sy didik mereka dari tahun 1 hinggalah tingkatan 5...dan anak sy yg tlah pun mjejakkan kaki ke Universiti, ucapan harus dikirim sbg tanda ingatan tak akan padam. Sy sentiasa bpesan kpd mereka, siapalah mereka jika tidak ada guru. Walau bijak mana sekalipun, bimbingan guru sangat penting...Jika tidak masakan Allah juga menyuruh kita berguru dalam menimba ilmu.

Entahlah...smakin dunia kita maju, smakin hilang budaya2 murni ini. Sy mengalami satu perbezaan budaya antara student yg sy ajar pada tahun 1990an dgn skarang. Jika tahun 1990an, pljr2 sdaya upaya ingin memberi sesuatu kpada guru yg mereka syg. Sy pernah mdapat hadiah yg paling mahal iaitu seutas rantai emas drp seorang pljr berbangsa cina dan sy juga pernah dapat dua biji mempelam telur drp seorang pelajar india smpena hari guru. Walaupun  hadiah itu sgt berbeza dari segi harga, tapi hati sy tetap berbunga2 menerimanya kerana sy tahu sy dihargai oleh mereka. Tapi skarang, jangankan skeping kad, ucapan lisan pun sukar kedengaran. Bila sy fikir kan, bukankah ini juga bkaitan dari hasil didikan ibu bapa? Anak yg tidak mengenang dan mghargai jasa, spatutnya diingatkan oleh mereka. Tapi.....ahhhhhh, apalah nak dihairankan, sdang ada di antara anak2 yg boleh melupakan jasa ibu bapa, membuang ibu bapa, melawan ibu bapa....inikan pula diminta untuk mengenang jasa guru-guru mereka. Kelakar tu!!!!!

Malas nak ulas panjang perkara ni....sebab soal mengenang dan mengingati jasa ni kurang penting bagi sy. Apa yg penting, sy harus mendidik anak2 sendiri dalam soal mengenang jasa  kpd orang yg berjasa kpd mereka. Tak kiralah siapa....Bagi sy, org yg tak mengenang jasa ni, bukan pkara yg perlu sy 'tention'kan sbab Allah itu ada. Pahala daripadaNya lbih bermakna drd ingatan mereka kpada saya, Sesungguhnya, ilmu yg kita beri ini juga merupakan jariah untuk bekalan di sana nanti.

  • Selamat Hari Guru kepada pengalaman lalu kerana pengalaman lalu merupakan "guru" yang paling baik untuk kita menjadi yg lebih baik pada hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan