Sesungguhnya Allah benar-benar menyelamatkan saya dan cikgu Kamariah. Kalau tidak, entah apalah yang berlaku pada kami minggu lepas..(Rabu 21.4.10). Kalau tak mati, sekurang2nya patah kaki atau tangan.Segala2nya berlaku begitu pantas. Dan Tuhan juga telah menyelamatkan pengawas2 saya kerana biasanya pada waktu pagi seperti itu, pengawas saya akan berada di kiri kanan pagar bagi membantu pihak sekolah menguruskan disiplin pelajar yang tidak lengkap serba serbi apabila masuk ke kawasan sekolah.Entah kenapa, pagi itu tidak seorang pun pengawas saya berada di sebelah kiri pagar. Yang kelihatan pada pagi itu ialah cikgu Kamariah Tukiban .....sedang berdiri di bahagian depan tembok tepi pagar sedang menanti pelajar2 yang akan pergi ke Kuala Selangor untuk menyertai pertandingan anjuran Bimbingan dan Kaunseling pringkat daerah.
Melihat ckg kamariah bearada di situ, sy pun menghampirinya kerana ingin bertanyakan sesuatu tentang ptandingan tersebut. Kebetulan, ada pelajar yg mnyertai ptandingan melukis poster dan kain rentang. Sedang sy berbual dengan ckg kamariah, dengan tidak disangka-sangka, sy menyaksikan sendiri bagaimana sebuah kereta meluru ke arah tembok sekolah dengan lajunya. Spontan sy menarik tangan cikgu kamariah agar beralih sedikit dari tempat kami berdiri. Dengan situasi yg tidak terkawal, kereta tersebut melanggar tembok sekolah dan mengakibatkan tembok tersebut runtuh...betul2 runtuh ditempat kami berdiri.
Sy melihat cikgu yati brada dalam kereta trsebut. Dia tergamam ketika itu...Sy tak pasti apa yg menyebabkan dia hilang kawalan pada pagi itu. Apa yg saya saksikan, kereta yang dipandu agak laju.Walau apa pun...mungkin dia ada alasan sendiri mengapa pada pagi itu dia gagal mengawal pemanduannya.
Sy tergamam juga, kerana semua yang berlaku itu di hadapan mata. Serentk dengan itu, sy tak dapat bayangkan betapa besarnya kuasa Tuhan. Semua yang berlaku, begitu cantik susunannya. Hebat perancangan Allah. Sy terfikir sendirian, kalaulah sy tak berganjak setapak kebelakang, tentu sy dan cikgu kamariah akan cedera terkena tembok sekolah yang runtuh. Sy terfikir lagi, kalau tak ada tembok di situ, sudah tentu cikgu Yati akan melanggar kereta2 guru lain yang dah tersedia parking di perkarangan tapak perhimpunan. Dan, dalam masa yang sama tentu ada pelajar yang berada di kawasan tersebut cedera atau segala kemungkinan akan berlaku. Dan, pada pagi itu jugalah tiada seorang pun pengawas sy yang berada di sebelah kiri pagar sekolah....
Sy menarik nafas panjang. Saya terus mengerjakan sujud syukur di atas segalanya yang terjadi pada pagi itu. Terima kasih, Tuhan. Hanya saya yang tahu betapa besarnya rasa terhutang budi saya pada Allah pada hari itu. Dan....saya berdoa untuk diri sendiri, smoga Allah memberikan hidayahNya kepada sy agar sy berusaha melipat gandakan apa saja yang boleh mendekatkan diri saya denganNya. Sesungguhnya sy yakin ,ada sesuatu yang Allah hendak berikan pada sy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan