Ahad, 11 April 2010

Maaf....layakkah semua orang mendapat kemaafan?????





"Ustaz, berdosakah kalau kita tidak dapat maafkan orang lain" Tanya saya. Macam soalan bodoh tp yang pasti saya nak juga tahu apa yang ustaz Hakim jawab.
"Sebagai manusia biasa,kita kena maafkan orang lain. Buat apa kita menyimpan rasa dendam? Kalau kita tak buang rasa marah tu, hidup kita pun tak tenang,sebab dalam diri kita sentiasa ada perasaan marah tu," Jawab ustaz Hakim. Kemudian dia menyambung lagi. "Nabi pun boleh ampunkan umatnya,takkan kita tak boleh kot?" Jawapan ini, memang jawab sinonim dengan persoalan saya. 'Sedangkan nabi ampunkan umat'....Yah....Nabi memang maksum. Tak kan sama dengan manusia sejahil saya.

 "Saya memang tak boleh maafkan orang ini. Dia telah memutuskan hubungan saya dengan......" saya tak dapat meneruskan kata-kata. Hati saya sebak. Saya tidak mahu menangis di hadapan ustaz tersebut. Ah...murah sangat air mata ni. Baru nak mulakan cerita, dah rasa terharu Ttiba-tiba  perasaan saya jadi begitu rapuh.

"Kenapa? Orang itu memutuskan hubungan kamu dengan kekasih kamu kah?"
Saya tidak menjawab soalan ustaz itu dengan segera, saya hanya menggeleng-gelengkan kepala. Ustaz Hakim tidak bertanya apa-apa. Dia biarkan saja saya melayan perasaan saya. Jauh di sudut hati, saya rasa  kelakar juga bila ustaz Hakim boleh mengaitkan saya dengan cerita lama saya. Ah....tak mungkin saya begitu 'marah' dengan orang ini jika kesalahnnya sekadar memutuskan hubungan saya dengan seorang lelaki.

"Cakap kamu tadi tak selesai lagi? Orang yang kamu maksudkan itu telah memutuskan hubungan kamu dengan siapa?" Kali ini, ustaz Hakim pula yang tidak sabar-sabar untuk tahu cerita saya.

"Em....tak apalah ustaz. Saya rasa bukan masanya saya nak bercakap soal ini. Maafkan saya ustaz. Kebetulan, ceramah ustaz tadi berkaitan dengan persoalan saya. Jadi, saya terus je terpanggil untuk bertanyakan soalan tadi. Untuk pengetahuan ustaz, soalan saya tadi tidak ada kena mengena dengan apa yang ustaz katakan tadi" Jawab saya panjang lebar tanpa diminta. Saya tak mahu ustaz Hakim terfikir perkara yang tidak saya lakukan. Biarlah saya dengan persoalan saya. Ya....saya akan cuba memaafkan orang ini walaupun bagi saya kesalahannya begitu besar pada saya.

Saya akui, bukan saya tidak pernah melakukan dosa. Tapi,apa yang pasti dan jelas, saya tidak berdosa dengan orang ini.Malah, saya tidak kenal dia. Tidak pernah berjumpa dengannya pun. Hairan, kan??? Bila usia semakin meningkat, semakin dalam rasa marah saya pada orang ini. Saya tak tahu bila hati saya akan memberi orang ini ruang untuk dimaafi. Saya hanya memohon padaNya, supaya lembutkan hati saya. Saya harus percaya pada takdir. Setiap apa yang menimpa saya, itu adalah takdir,dan saya harus faham erti 'takdir' supaya tidak banyak mengeluh dan menyesali apa saja yang berlaku pada saya.

.....................bersambung.........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan