Ahad, 11 April 2010

Taubat sentiasa terbuka untuk kita....bertaubatlah!!!!

Baru saja berlaku kes-kes pelik di sekolah, muncul lagi cerita baru. Yang sedihnya....anak-anak melayu. Terkejut sungguh saya apabila cikgu Pandiaraj bertanya soalan itu pada saya.
"Betul ke cerita yang saya dengar, budak kita .....(dot...dot...dot)"
Oleh kerana Allah masih mengurniakan sifat malu itu pada saya, jadi saya mengelak untuk menjawab soalan cikgu Pandiaraj.

"Entahlah, saya pun masih samar-samar dengan cerita tu. Saya tak pasti..." Jawab saya ringkas. Aduh...malunya saya bukan kepalang. Serentak dengan itu, hati saya sangat luluh mengenangkan anak bangsa yang terlalu murah menjaga maruah diri. Ya Allah...tak dapatlah saya membayangkan kalau anak sendiri yang melalukan adegan itu. 
Kemana hilangnya maruah Melayu sekarang ini???? Lihat sahajalah di sekeliling kita.....orang Melayulah yang  paling berani menggadaikan maruah secara terang-terangan.Berani berpeluk di khalayak ramai malah berani melakukan adegan yang panas jika ada kesempatan.
Paling menyedihkan, sanggup melakukan 'itu dan ini' pada yang bukan selayaknya dan sanggup melakukannya di tempat yang paling hina. A'uzubillah...

Bukankah kita kuat sebenarnya kerana kita ada al-Qur'an? Mengapa kita tidak berbalik pada ajaran Qur'an dan hadis? Mengapa anak Melayu sekarang begitu rapuh memegang ajaran yang suci itu? Tidak percayakah kepada kesucian agama Islam itu sendiri?

Saya benar-benar kecewa dengan apa yang terjadi. Di mana silapnya??Sudah hilangkah perasaan malu itu pada diri anak-anak Melayu kini. Nikmat sementara yang diraih,kesannya sangat berpanjangan. Malah, dosa yang kita lakukan hari ini, akan terkena tempiasnya pada anak cucu pada masa akan datang. Layakkah kita menegur anak-anak pada masa akan datang jika kita juga melakukan kesalahan yang sama pada hari ini?

Baliklah semula ke pangkal jalan. Bertaubatlah semahunya kerana pintu taubat masih terbuka. Alangkah ruginya jika apa yang dilakukan itu tidak menimbulkan rasa berdosa pada ibu bapa lebih-lebih lagi pada Allah swt. Kita sememangnya tidak mampu melawan nafsu, jadi janganlah mendekatinya (zina). Simpanlah sedikit rasa malu agar perkara-perkara yang melibatkan maruah ini tidak berlaku lagi. Cuba bayangkan, jika Allah menghukum zina itu dengan sebatan (bagi muslim yang belum berkahwin) dan rejam (bagi yang telah berkahwin), itu bermakna dosa berzina ini sangat besar dan memberi kesan yang sangat buruk.


 Firman Allah :
 h_s23.jpg
Tafsirnya : “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat ; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benarlah kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat ; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.”
(Surah an-Nur : 2)


(Surah al-Mu’minun: 5-7)
Undang-undang Islam juga mengharamkan khalwat dengan perempuan bukan mahram. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
 h_s8.jpg
Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu.”

Zina selain salah satu dosa besar dan hukumnya juga berat, maka balasannya di akhirat pula amatlah pedih, sebagaimana riwayat hadis ini : Daripada Buraidah Radhiallahu ‘Anhu, daripada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam katanya :
 h_s16.jpg
Maksudnya : “Sesungguhnya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi bersungguh-sungguh melaknat syeikh (lelaki dewasa) yang berzina, dan sesungguhnya kemaluan orang-orang yang berzina itu akan menyakiti penduduk neraka dengan baunya yang busuk.”

"Semoga Allah melindungi saya, anak-anak saya dan anak bangsa saya.....Amin"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan