Jumaat, 2 April 2010

Sejauh Mana Kita Besyukur?







" Yesterday is history,
tomorrow is mistery,
and today is gift"
Hari esok sememangnya penuh misteri kerana tidak siapa di muka bumi ini yang dapat menjangka apa yang terjadi pada hari esok. So, sebagai muslim kita memang harus sentiasa berhati-hati dengan segala kemungkinan yang berlaku. Kalau kita dianugerahkan sesuatu yang mengembirakan, sudah tentu kita gembira tetapi jika sebaliknya??? Ah...saya sendiri ngeri nak membayangkan walaupun saya tahu setiap kejadian ini mempunyai hikmah di sebaliknya. Semuanya merupakan rahsia Allah SWT.

Betul juga kata Syed Alwi Alatas, seorang penulis tanah air yang berpendapat hidup ini umpama dua permukaan duit syiling di mana satu permukaan berupa dugaan dan satu lagi nikmat. Apabila dilambung duit syiling tersebut, kita tidak tahu apakah yang akan berlaku.Jika nikmat yang kita peroleh, sudah tentu biasanya kita tidak terfikir apa-apa tetapi jika dugaan yang melanda, pada masa itu kita berasa sedih,resah,dan mula mengingati Allah.

Adilkah jika kita bersikap sedemikian. Memperoleh kenikmatan, kita lupa seketika akan kewujudanNya jauh sekali mensyukurinya. Jika berlaku sebaliknya, pada masa itulah kita tunduk ke bumi, mencari sesuatu untuk meminta perlindungan. Ya, saya mengaku bukan semua manusia seperti ini, tapi inilah hakikatnya. Manusia kebanyakannya begini dan adakalanya saya juga salah seorang daripadanya. "Ya Allah, ampunkan aku kerana terleka mengingatiMu di saat-saat aku ketawa, gembira dan bahagia".

Mengulas kemabali tentang kenikmatan, ramai yang tidak sedar bahawa kenikmatan yang Allah beri kadang-kala juga merupakan ujian. Ramai yang tidak sedar itu. Saya tidak mahir dalam soal Firman Allah dan Hadis Nabi tapi saya akan menyimpan sesebuah firman dan hadis di dalam koleksi hati dan peribadi jika firman dan hadis itu menjadi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan.Kenapa dan Mengapa????Kerana....suatu ketika dahulu saya pernah merintih tentang kehidupan ini ,ketika saya melalui zaman kanak-kanak  dahulu. Saya tidak berminat untuk berkongsi cerita itu di sini, kerana ia telah lama saya kuburkan jauh dari sudut hati. Saya akan membongkar kenangan silam itu jika saya ingin menjadikannya contoh kepada anak-anak saya supaya mereka lebih bersyukur dalam menempuh hidup ini. Apa yang pasti, saya ingin anak-anak saya tahu konsep "bersyukur" kerana mereka mempunyai ayah dan ibu seperti saya. 

Firman Allah SWT : 
"Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmata dari Kami dia berkata,'sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui ' (az-Zumar:49)

Jadi, saya akan mendidik diri saya, kenikmatan dan keseronokan yang orang lain perolehi juga merupakan ujian. So, kenapa saya harus bersedih dan menyesali apa yang pernah berlaku pada diri saya? Apa yang saya ingin simpulkan di sini, segala-gala yang berlaku penuh dengan kerahsiaan Allah. Saya ingin mengingatkan diri saya, anak-anak saya serta orang di sekeliling kita bahawa itulah erti kejadian sebenarnya. Kita tidak mampu mentafsir segala-galanya walaupun kita tertanya-tanya kenapa itu berlaku pada kita. Ya Allah, mantapkanlah hati saya dan hati-hati orang-orang yang saya sayangi.

Ya, bukan senang untuk kita mengaplikasikan apa yang kita jadikan prinsip, tetapi sekurang-kurangnya saya mencuba ke arah itu. Perlahan-lahan saya mula menerima kekurangan yang Allah berikan pada saya ketika zaman kanak-kanak dan remaja saya. Saya cuba dan akan terus mencuba......tetapi saya  mengaku yang saya belum kuat untuk berjanji agar menerima dugaan pada masa akan datang. Saya cuba tidak mahu menjadi makhluk Allah yang suka mengeluh tentang kehidupan.Di dalam Qur'an juga, Allah ada menyentuhnya;
" Sesungguhnya manusia dicipta bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan dia amat kedekut" (al-Ma'arij: 19-21).

Tahun lalu, ketika saya menjaga anak bongsu saya yang  menghidap H1N1 di Hospital Sungai Buloh, saya dapat menyaksikan gelagat dua beranak di dalam bilik yang sama. Si anak menjerit dengan suara yang kuat mengatakan ibunya jahat setiap kali si ibu memberikannya sesudu ubat.  Saya tersenyum sendiri melihat gelagat mereka.Begitu sukar si ibu memujuk supaya si anak makan ubat yang diberi namun si anak tidak putus-putus menuduh ibunya jahat. Apa yang menyebabkan saya boleh tersenyum sendiri, bukan cerita dua beranak ini tetapi kaitan kisah ini dalam kehidupan realiti. Keadaan ini, samalah jika kita berburuk sangka kepada Allah sekiranya Dia menurunkan sesuatu musibah kepada kita. Sebagai manusia lemah, tidak ramai manusia yang boleh menadah tangan tanda bersyukur apabila ditimpa musibah....termasuk saya. Kita tidak nampak apakah rahsia disebalik setiap kejadian musibah itu....samalah seperti kanak-kanak tadi yang tidak tahu niat baik ibunya. Ha... ha...ha....saya tertawa ketika itu kerana ramai antara kita sama seperti kanak-kanak dalam situasi tersebut.

Ya Allah...saya memohon kepadaNya untuk memantapkan jiwa dan hati saya. Saya tidak pasti sejauh mana saya boleh tahan dengan ujian-ujian mendatang. Namun, buat tatapan sesiapa sahaja yang singgah di blog ini, saya sudahi catatan ini dengan kata-kata daripada Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad:
" Masalah (takdir) ini memerlukan penjelasan yang panjang dan berliku-liku yang mungkin membuat seseorang tersesat di dalamnya. Di dalamnya terdapat rahsia ketetapan Allah yang banyak membingungkan akal manusia. Sayyid Al-Mursalin melarang manusia untuk terlalu menyelami dalam membicarakan masalah ini" 
Justeru, saya tidak mahu tersesat dalam hidup ini.......







Tiada ulasan:

Catat Ulasan