Isnin, 7 Mac 2011

Hakikat Sebuah Perkahwinan

Baru sebentar tadi, sy terlihat seseorang yg sy kenali. Laju shaja jalannya tanpa menoleh kiri dan kanan.Di belakangnya, seorang perempuan muda yg sedang mdukung seorang baby. Di bahunya pula menggalas sebuah beg keperluan baby dan tangan kirinya pula memimpin seorang anak kecil. Ya...perempuan itu ialah isteri kedua kpd lelaki yg sy kenali itu. Perempuan yg dinikahinya 4 atau 5 tahun yg lalu. Sy tidak begitu kenal dgn isteri kedua lelaki yg sy kenali itu tetapi sgt mengenali isteri pertamanya. Lelaki itu seorang ustaz, malah sering memberi ceramah di mana2.

Sy tidak tahu mengulas tentang ustaz ini, kerana mungkin apa yg sy dengar tidak tepat unt diceritakan di sini tetapi apa yg pasti, dia telah menzalimi batin isteri pertamanya. Itu sy pasti, kerana byk insiden berlaku di hadapan mata sy. Kesian sungguh sy melihat isteri pertamanya yang benar2 menderita. Isteri pertamanya memang tidak dpt pembelaan langsung. Siapa sj yg mendekati dan menjadi pendengar kepada masalah isteri pertamanya, pasti orang itu akan diserang oleh ustaz ini. Apa kan daya, org melayu memang dididik 'jgn suka menjaga tepi kain orang'......jadi ramai yg pejam mata drp mencari jalan utk menyelesaikan masalah rumah tangga orang. Dan, yg paling digeruni, lelaki ini bukan calang2 orang....statusnya sebagai seorang ustaz dan penceramah bebas memang disegani dan digeruni. Confirm kalah punya kalau berdebat bab2 yg bkaitan dgn isu agama.

Apa yg menarik phatian sy, isteri keduanya yg begitu muda remaja kini benar2 dh jd 'isteri mithali'.Walaupun isteri keduanya terlalu muda, tapi disebabkan bkahwin dgn seorang 'ustaz', maka ia benar2 mjadi isteri yg bertanggungjawab. Manakan tidak, si suami berlenggang sahaja berjalan tanpa mbawa sebarang beban dan meninggalkan isteri yg hampir 2 meter jauhnya ke belakang dgn sarat muatan di tangan kiri dan kanan.Mdukung anak kecil,memimpin tangan anak yg berusia 2/3 tahun, menggalas beg keperluan baby dan menjinjit beg plastik yg dipenuhi dgn barang2 yg baru dibeli dr tesco. Aduh...kasihan sekali. Berbeza sekali semasa ustaz ini bercinta dengan isteri keduanya sebelum dinikahi. 'Caring'nya ustaz ini tak boleh nak dikata hingga bjaya memikat hati bakal ibu mentua dan akhirnya membenarkan anak daranya dinikahi walaupun mengetahui status ustaz ni ialah suami dan bapa kepada 6 orang anak2 yg masih kecil. 

Akhirnya, sy berbisik pada diri sendiri....." itulah hakikat sebuah perkahwinan".
Tidak semestinya hubungan mesra dan  sikap 'caring'  itu sama  spt sebelum dan sesudah kahwin. Teringat pula sy dgn bait2 lagu Kopratasa: Permata(untuk isteriku)........."Ku ingin kau jadi wanita mulia,yang tahu harga budi dan hati,seorang lelaki bernama suami...
Kerana engkau isteri,ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini,tak semudah yang kita janjikan,yang kita janjikan,
kerana kau isteriku.............."

p/s: Sesungguhnya, Allah mengetahui segala-galanya. 

2 ulasan:

  1. cikguuu..sy minat betul lagu tu!
    sarat dgn mesej.

    memang melayu sering kali 'dipesan', jgn sibuk jaga tepi kain org..sampaikan kain org 'koyak'(atau memang tak cukup kain) pun kita dah terbiasa dgn hidup 'engkau engkau, aku aku'(ckg pernah cakap dalam kelas).

    terima kasih perkongsian ckg ttg 'hakikat sebuah perkahwinan'. :)

    BalasPadam
  2. Insyallah, perkahwinan yg didasari dgn kasih syg yg tdak membelakangkan hukum agama, dan bukan nafsu semata akan bahagia hingga ke akhirnya. Ckg doakan liyana adalah antara gadis2 yg terpilih itu.

    BalasPadam