Ahad, 13 Mac 2011

Robot Kehabisan Bateri


Dari tadi sy hanya memerhatikan anak jiran sy ,Iwan yg berumur 3 tahun bermain robot  yg menggunakan kuasa bateri. Robot  kecil berwarna silver itu, seolah-olah begitu bijak. Apabila terlanggar sesuatu di hadapannya, dgn pantas robot itu akan berpusing ke arah lain lalu meneruskan perjalanan. Kusyuk sy melihat telatah Iwan bersama robotnya yang tidak penat-penat berjalan ke sana dan ke mari. Tiba-tiba, sy terdengar rengekkan manja Iwan apabila robotnya mula lemah longlai spt tidak bermaya. Akhirnya, si robot terus terhenti kaku dan tidak bergerak-gerak lagi. Itu tandanya kuasa bateri sudah habis. Iwan yang tidak tahu kenapa robotnya tidak lagi bergerak, terus meraung memanggil ibunya. Sy tergelak juga melihat kerenah Iwan. Bertambah geli hati, apabila Iwan menangis sambil bersuara,"ibu, robot Iwan dah mati".

Itu cerita anak jiran sy. Dalam gelihati melihat kerenah manja si anak kecil, hati sy terdetik seketika. Ya,  begitu jugalah riwayat seorang manusia. Boleh bergerak ke sana sini, boleh ketawa dan menangis, boleh berfikir waras atau sebaliknya,boleh melakukan apa saja dan boleh itu, boleh ini......selagi ada nyawa. Andainya nyawa telah ditarik olehNya, manusia juga akan menjadi seperti robot yang kehabisan bateri.

Apabila Allah mengambil nyawa manusia, maka jasad yang tinggal akan kaku serta merta. Tidak lagi gagah melakukan apa-apa seperti sebelum ini. Ya Allah!!!! Apalah ertinya jasad kita pada saat itu. Ketika itu, manusia berada atau miskin, berpangkat atau tidak, cantik atau buruk,disegani atau dihina adalah sama. Jasad tetap terbujur kaku tanpa boleh melakukan apa2..

Fikiran sy mula melayang2.....
Mengapa ada manusia yg sombong di muka bumi ini? Mengapa ada manusia yg gila kuasa di muka bumi ini? Mengapa ada manusia yg tamak di muka bumi ini? Bukankah semua manusia di muka bumi ini akan menjadi kaku apabila tiba masanya nanti? Ke mana rasa sombong,gila kuasa dan tamak itu ingin dibawa oleh manusia2 sperti ini? Ya Allah...smoga sy tidak lupa akan cerita Iwan dgn robotnya yang kehabisan bateri spy sy sentiasa sedar bahawa hidup ini hanya sementara. Entah bila kita akan dijemputNya.

Seketika bulu roma sy meremang mengingatkan kematian yg boleh terjadi bila2 masa. Kosong!!!! Begitu kosong sy rasakan ketika ini...tatkala sy menulis entri ini.

كلو نفسين ذائقة الموت  : ertinya setiap makhluk akan merasakan mati, sementara kematian tersebut akan menjemput siapa saja dan di mana saja.
p/s: Astagfirullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan