Jumaat, 11 Mac 2011

Suatu Hari di Uptown,Klang

Lokasi: Uptown Setia Alam,Klang. 
Makan sate bersama suami dan anak2. Sesekali mata sy memandang aksi penyanyi karaoke di atas pentas. Ada yg menghiburkan bila suara mereka sedap di dengar  dan diiringi dgn gaya yg sederhana, tetapi adakala menganggu konsentrasi bila suara penyanyi agak sumbang dgn gaya yg keterlaluan.

Peserta karaoke sterusnya naik ke pentas. Seorang wanita berusia dlm linkungan 40an, bertudung sperti kebanyakan dan berseluar ketat jenis kain melekat ke tubuh badan. Bajunya yg singkat, menampakkan bahagian yg tidak sepatutnya didedahkan. Perempuan itu memanggil anak gadisnya naik ke pentas. Mereka menyanyi lagu dangdut 'Goyang Inul' Si ibu pun bersuara di atas pentas..."Ayuh, siapa yang ingin naik ke pentas, silakan. Anak sy bolehlah  bergoyang,ibu dah tak boleh dah" Maka, si anak gadis yg berumur  awal 20an ini pun bergelek sakan di atas pentas. Si ibu hanya goyangkan badan ala-ala kadar sj. Wah...bukan main hebat persembahan mereka ditambah pula dgn gelek panas si anak dara. Gaya yg agak melampau batas kemelayuan ini, mnyebabkan orang ramai hanya menumpukan pd aksi dua beranak ini dan bukan pd suara yg agak sumbang untuk didengari.

Seketika anak gadis sy bersuara, "sportingnya emak dia...boleh benarkan anak menari mcm tu. Malunya..."
Sy tidak memberi apa-apa respon . Namun dlm hati, sy bersyukur krn secara tidak langsung anak sy menyokong cara sy mendidiknya dgn tidak membenarkan byk perkara 'pelik-pelik' boleh dilakukan tanpa kawalan sy.Entah beberapa kalilah sy menggeleng2kan kepala. Tak mahu mengulas pjg lebar dlm pkara ini cuma, sy berdoa kehadrat Ilahi agar kekalkanlah sifat 'malu' itu pada anak2 sy terutama anak gadis sy. 

p/s: Sekali lagi sy mengaku...sy adalah manusia yg selemah-lemah iman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...