Khamis, 17 Mac 2011

Runtuh

Lama juga sy duduk berbual2 dgn Ustazah Aminah (Kak Min). Memang perkara biasa, kami sering berbincang pelbagai isu. Bertukar2 pendapat dan cuba mencari penyelesaian tentang sesuatu masalah yg berlaku terutama melibatkan murid sekolah..Maklumlah,kami sama2 terlibat dgn disiplin. Seronok juga berganding idea dgn Kak Min. Pendapat seorang ustazah, biasanya tidak dipengaruhi emosi. Kak Min memang tempat rujukan sy lebih2 lagi berkaitan dgn hal agama.

Masalah yg kami bincangkan kali ni, menyebabkan kami berdua tidak beridea. Manakan tidak, ia melibatkan keruntuhan akhlak satu keluarga. Baik bapa, ibu, anak lelaki dan kini si anak perempuannya pula.Hai...memang tidak terkata apabila si ibu bapa tidak merasa satu kesalahan besar jika anak lelakinya merosakkan beberapa pelajar perempuan di sekolah yg sama, dan anak perempuannya pula boleh digendong ke sana ke mari dgn tidak mengira masa. Bila pandangan sy dan ustazah tidak sama dgn pandangan si ibu bapa, dah tentu masalah yg timbul tidak dpt diselesaikan. 

3 tahun yg lalu, kami pernah memanggil si ibu bapa dgn tujuan memberitahu si anak lelakinya telah merosakkan maruah seorang pelajar perempuan. Dan perbuatan terkutuk itu berlaku di siang hari di rumah si lelaki. Penat mulut menceritakan situasi itu dgn harapan ada kerjasama yg baik drp si ibu bapa....tapi akhirnya kami kecewa bila cerita kami tidak langsung menimbulkan riak terkejut atau kesal di wajah mereka. Atau, mungkin kami yg salah tafsir...mungkin di wajah tidak terkesan, tapi mungkin di hati  si ibu bapa ada juga rasa kecewa. Ah....itu cerita lama. Cerita baru , melibatkan si anak perempuannya pula. Pergi diambil, balik dihantar oleh seorang pelajar tingkatan 6 di sekolah yg sama. Siap cium tangan lagi!!! 

Seperti biasa, tugas kami memberitahu si ibu bapa ttg perlakuan si anak gadis mereka. Seperti biasa, harapan kami, si ibu bapa dpt memberi kerjasama. Sekurang-kurangnya dpt membantu si anak gadis mengurangkan aktiviti tidak bermoral ini. Namun, sperti 3 tahun yg lalu, maka si ibu pun berkata: " Sy tahu anak sy pergi sekolah naik motor dgn si *******. Budak lelaki tu, ambil anak sy kat rumah. Mereka bukan buat apa pun...." 
Huhhhhhh...rasa nak menjerit. Kadang2 nak hentak kepala sendiri kat dinding. Bodohnya..... (Siapa yg bodoh??? Saya ke????) 
Surah al-Kahfi: 46

Maksudnya: Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.


Apa lagi, hati jahat sy mula berbisik : "Agaknya si ibu bapa mcm ni, memang tak senonoh juga masa muda2. Sebab tu, tak kisah pun kalau anak2 mereka melakukan perkara yg sama. Nak tegur perlakuan anak2, mcm meludah ke langit, terpercik ke batang hidung sendiri".
A'uzubillah.....celuparnya kata hati sy. 
Astagfirullahalazim.....maaf keterlanjuran kata

p/s: Sedih melihat satu keruntuhan  institusi sebuah keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan