Jumaat, 29 April 2011

Tahniah,Liyana!!!!



Hari ini sy juga tidak dpt menahan air mata drp tumpah ke pipi apabila melihat kegembiraan seorang bapa terhadap kejayaan anak bongsunya. Terharu dan tersentuh hati sy tatkala  melihat air mata yg mengalir ke pipi uzur seorang bapa yg tidak kering-kering ketika juru acara majlis membaca biodata seorang pljr yang diangkat sbg 'anugerah pelajar cemerlang SPM' 2010. Sy memahami apa yg dirasai oleh ibu bapa pelajar itu, kerana sy pernah mengalami situasi ini 3 tahun yg lalu. Adalah mjadi kebiasaan jika seorang ibu itu mngalirkan air mata tentang apa sj yg berkaitan dengan anak mereka tetapi hal ini amat menyentuh perasaan jika air mata yg mengalir itu datangnya drp seorang bapa.

Memang unik hati seorang ibu dan bapa dan keunikan itu tidak sama dengan hati seorang kekasih, suami atau isteri. Hati ibu bapa mudah tersentuh dlm pelbagai situasi. Si suami tidak akan mengalirkan air mata ketika melihat isteri menerima pelbagai anugerah kecemerlangan. Begitu juga dengan si isteri. Mereka akan berkongsi kegembiraan tatkala situasi ini berlaku. Berbeza sekali dengan halusnya hati si ibu dan bapa. Apa sahaja yg dirasai oleh cahaya mata mereka, sama ada suka atau duka, hati ibu bapa akan terheret sama dgn situasi itu.
Sy hanya membuat konklusi mengikut pengalaman sendiri. Sy pernah menangis tatkala melihat anak sy petah berbicara dlm satu ptandingan bercerita suatu ketika dahulu. Air mata sy juga pernah tumpah ketika melihat anak sy beraksi dlm satu pertandingan drama yang disertainya. Itu belum lagi melibatkan rasa sakit yg dirasai oleh anak2. 

Ketika pengacara majlis mengumumkan nama "Norliyana binti Mujahid" dari kelas 5 sains 1 yang memperoleh straight A's, sekali lagi sy melihat ketiga-tiga beranak itu mengalirkan air mata hingga mampu meruntun hati kebanyakan guru yg ada pada ketika itu.Kegembiraan yg dialami oleh insan yg bernama Liyana,tentu berbeza dgn kegembiraan yg dirasai oleh kedua ibu bapanya. Liyana tentu gembira krn hasil usaha, penat, gigihnya telah membuah hasil. Kegembiraan yg dirasai oleh kedua ibu bapanya pula berbeza. Anak yang dikandung 9 bulan 10 hari, dibesarkan selama 18 tahun, dididik menjadi insan yg tahu menjaga maruah diri, memartabatkan ajaran Islam, menjunjung agama suci selari dengan ilmu duniawi hampir menjadi kenyataan dan kebenaran. Hati ibu bapa mana yg tidak terusik apabila menyaksikan ilmu yg anak mereka  peroleh, seimbang .....Dunia dan akhirat.

Secara peribadi, sy juga amat menyanjungi apa yg dimiliki oleh gadis yg bernama Liyana Mujahid ini. Beruntunglah ibu bapanya kerana memiliki anak secantik Liyana. Dia sangat cantik bagi sy. Sahsiah dan pekertinya menutupi segala kekurangan (stiap manusia tidak sempurna) yang ada. Dia merupakan remaja yg sgt tahu melindungi dirinya dari sebarang godaan dunia. Dia tahu menyeimbangkan diri ketika berada pada era yg sgt mencabar. Dia adalah satu antara seribu.

Sy sempat berbisik kepadanya sebelum sy meninggalkan Dewan Bestari."Liyana, jaga diri dan maruah sampai bila-bila". Dan,untuk pengetahuan Liyana, kerana sifatnya itulah menyebabkan  sy teruja dan menyanjunginya sebagai seorang gadis pada abad ke 21 ini. Sy mengaguminya kerana dia hidup pd zaman yg begitu sukar bagi seorang remaja untuk mempertahankan maruah dan kesucian diri. Kekalkanlah sifat kesederhanaan yang Liyana miliki, serta peliharalah kesucian agama Islam itu sendiri kerana kita semua adalah orang muslim. Jaga nama baik keluarga tertutama nama ibu dan bapa kerana perbuatan memalukan yg dilakukan oleh anak, tidak akan terpadam di hati ibu bapa sampai bila-bila. 

Buat Liyana, ckg tetap mendoakan agar Liyana terus memartabatkan budaya dan menjunjung agama sampai bila2. Ingatlah, setinggi mana pun kita berada, suatu hari nanti kaki kita akan berpijak di bumi yg nyata. Seperkara lagi, harus diingat juga kita tidak muda remaja sampai bila-bila. Apabila tiba masa, kita semua akan  tua dan kembali menemuiNya. Carilah yg hakiki tanpa meninggalkan duniawi. 

Terima kasih kerana menghadiahkan sebuah Novel "Bumi Cinta" yg sarat dengan falsafah dan idealogi agama kepada cikgu. Insyallah ckg akan menyimpannya sbg tanda kenangan drp Liyana. Smoga Liyana akan menjadi seperti watak2 baik yang ada dalam novel tersebut.

P/S :Semoga tag "Mengejar Jannah abadi...Innallah ma'ana'" menjadi motivasi dan pegangan buat Liyana meneruskan khidupan yg lebih mencabar pada masa hadapan. Dan cikgu doakan smoga cita-cita untuk menjadi doktor pakar sakit puan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan