Selasa, 3 Mei 2011

Alahai Puan ****......................

Panggilan Hangit hari ini di Hot FM....
Sy sering tersenyum sendirian stiap kali  mendengar program ini tatkala berkumandang ke udara. Ketika dan saat itu, sy sedang memandu sendirian menuju ke destinasi sy mencari nafkah. Hari ini, sy tersenyum lagi apabila seorang ibu dikenakan oleh anak nya sendiri. Biasalah, 3 DJ utama yg mengendalikan panggilan hangit ini ,akan menyamar mjadi somebody. Dan pada pagi ini, Fara Fauzana telah menyamar menjadi warden asrama si anak.

Dialog hari ini, lebih kurang seperti ini (sy ringkaskan saja):
Fara:Hello, ni puan ****
Puan **** : Ya, saya puan ****
Fara: Puan, sy warden asrama. Anak puan didapati mencuri.....
Belum sempat Fara menerangkan keadaan, puan **** dengan gabra dan pantasnya menjawab :
Tidak,tidak, tidak....anak sy baik orangnya. Bersopan dan berhemah. Sy tidak pernah mengajar dia mencuri. Sy tak percaya, tak percaya....anak sy baik orangnya. Anak sy baik, anak sy baik....
Entah berapa kalilah si puan **** menafikan anaknya terlibat dengan kes kecurian itu, dan entah beberapa kali juga dia menyatakan dan menyakinkan bahawa anaknya baik.
Fara: Eh puan, janganlah terkejut. Cuba duduk dan bertenang. 
Puan ****:  Ya...ya...sy duduklah ni. Tapi sy tak percaya. Tak mungkin anak sy mencuri, anak sy baik....
Dan akhirnya, Fara Fauzana pun menyatakan keadaan sebenarnya, dan memberitahu bahawa Puan **** terkena panggilan hangit yang diminta oleh anaknya sendiri supaya menghangitkan ibunya.

Konklusinya: Kebanyakan ibu sekarang sangat mempercayai anak mereka tanpa menyiasat terlebih dahulu. Sikap inilah yang menyebabkan anak-anak mengambil kesempatan terhadap kebodohan ibu bapa sekarang. Tidakkah ibu bapa sekarang pernah menonton filem arahan Tan Sri P.Ramlee yg berjudul 'Anakku Sazali'? Tidakkah cerita itu memberi pengajaran yang sangat baik buat ibu-ibu dan bapa-bapa sekarang? Sesungguhnya, sama ada kita sedar atau tidak, kemusnahan hidup anak-anak kita, adalah sebahagiannya daripada sumbangan kita juga. Jangan kerana terlalu sayangkan anak, maka dengan tidak sengaja kita telah mengheret mereka kepada kehancuran mereka pada masa hadapan.

Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa, ingatlah Allah telah berpesan  :
Wahai orang-orang Yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.
Surah al-Hujurat:6

p/s: Secerdik-cerdik kita sebagai ibu bapa, kreatif lagi anak-anak kita mengatur dan menyusun strategi. So, sbagai ibu bapa,kita tidak perlu kreatif, tetapi perlu kritis.Justeru, simpan sedikit rasa tidak mempercayai sepenuhnya kata-kata anak sendiri walaupun di hadapan kita mereka terlalu baik dan berhemah tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan