Sabtu, 21 Mei 2011

Cerita Mimpi

Pernahkah kalian bermimpi yang seronok tapi tatkala bangun rasa sedih pula yang hadir.  Jom kita kongsi pengalaman ini.
Malam tadi, sy langsung tak boleh tidur....hampir ke pukul 5.00 pagi, mata masih2 terkebil. Akhirnya sy terlelap juga. 6.15 pagi, jam loceng sy menjerit2 pula meminta kami sy family bangun untuk mengerjakan solat subuh. Memandangkan sy 'off' hari ni, tugas sy hanya mengejutkan suami dan anak2 yg masih dibuai mimpi. Sy mengambil ksempatan utk menyambung tidur semula. Hari minggu,kan..............

Episod mimpi yg indah......
Sy balik ke zaman muda remaja. (Mana pergi suami dan anak2 sy????) Sababat baik sy Miszalin datang ke rumah dan memberitahu ibu bapa sy yg kami harus pergi ke Pulau Pinang kerana ada urusan (tak ingat pulak urusan apa). Sy tahu, alasan itu hanya 'trick' Lin untuk mengajak sy keluar krn ibu bapa sy agak sukar melepaskan sy pergi ke mana-mana lebih2 lagi tempat yg agak jauh drp keluarga. Setelah diberi kebenaran, apa lagi melompatlah sy untuk bersiap ke Pulau Pinang cuma bezanya ketika itu sy mencari2 tudung yang sesuai untuk di pakai walhal pd zaman itu sy masih lagi jahil bab-bab menutup aurat ni. Pada masa tu, Lin memang tetap sama seperti dulu. Sy dapat melihat rambutnya yang sangat cantik , lurus melepasi bahu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang hiasan di atas kepala. Cutenya Lin dengan t-shirt putih dan berseluar singkat paras lutut. (opsss...jgn lupa tau, ini hanya mimpi)

Punyalah panjang mimpi......sy dan lin sempat sampai ke Pulau Pinang. Kami boleh pergi ke tempat2 yg pernah kami lalui bersama. Peliknya mimpi sy ni krn  apa yg pernah kami lakukan, boleh berulang semula. Lin boleh leka melihat motor besar yg di'parking' disepanjang bahu jalan. Kami singgah di warung kecil  untuk menikmati rojak pasembor. Astagfirullahalazim....besarnya kuasa Allah. Sy menyaksikan lakaran yg sama seperti apa yg berlaku sekitar tahun tersebut persis menonton cerita P.Ramlee yg telah diulang tayang entah berapa kali.

Sampai di Batu Feringgi, kami duduk di atas batu besar, menyaksikan desiran ombak yang agak ganas. Angin agak kuat hingga tudung yang sy pakai hampir tertanggal. Kami mencari ranting untuk melakarkan apa yg ada di dalam fikiran dalam bentuk visual di atas pasir putih yg sememangnya cantik. Kemudian, kami menyusur pantai dengan meninggalkan bekas tapak kaki yg akhirnya hilang apabila ombak hadir  di situ . Dan ketika itulah sy terbangun dari tidur. Jam menunjukkan hampir angka 10.00 pagi. Lakaran lebih 20 tahun hilang sekelip mata. Dan, realitinya sy dan lin, masing2 sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang kian dewasa. Sy tersenyum sendirian dan dalam masa yg sama, hati sy tersentuh juga. Allah telah meminjamkan semula kenangan itu pada sy. Biarpun sekadar mimpi, tetapi apa yg dilalui dlm mimpi itu sememangnya satu realiti  yg pernah kami lalui bersama. Itulah 'kami' satu ketika dahulu yg terlalu byk menghabiskan masa bersama hingga ada yg mencurigakan hubungan akrab kami. Memang gelihati apabila mengingatkannya kembali. 

Alhamdulillah, suami dah pun menyediakan sarapan pagi. Nasi lemak dan kopi O (mcm program dalam tv pulak) dan tugas sy hanya membuat sambal tumis. Nasib baik kami sekelurga lewat bersarapan pagi setiap kali hari cuti. Apalagi, sy terus ke dapur menyelesaikan tugas yang masih berbaki untuk memasak sambal tumis yg diperakui oleh suami dan anak2 bahawa sambal tumis sy memang 'best'. Jom, sarapan!!!!!

p/s:Alhamdulillah, kadang2 kita dpt juga hiburan  hati  walaupun ia hadir sekadar satu  mimpi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan