Rabu, 1 Jun 2011

Doa pada 29 Mei

29 Mei, tarikh yg menyatukan sy dan suami,dan menghalalkan ikatan kami sbagai suami isteri yg sah. Spanjang melayari bahtera kehidupan, begitu byk ranjau yg terpaksa sy tempuh. Dengan anugerah daripadaNya, alhamdulillah ikatan perkahwinan kami akhirnya berusia 21 tahun. Terima kasih, ya Allah kerana mengurniakan apa yg sy miliki pada hari ini. Sesungguhnya, Engkau Maha di atas segalanya.

Tidak berniat untuk bercerita sepanjang laluan yg ditempuhi kerana semuanya itu adalah asam garam,pahit manis, suka duka dalam berumah tangga. Kali ini, sy hanya ingin memohon padaMu ya Allah agar di usia perkahwinan kami ini, kabulkanlah sesuatu yg mjadi harapan sy, suami dan anak2. Malam 29 Mei, kami meraikannya dalam satu suasana yg sederhana. Maka, sy meminta anak sulung sy membacakan doa untuk kami. Tanpa banyak bicara, permintaan sy dituruti. Kami semua menadah tangan untuk mengaminkan  doa yang dibaca olehnya. Doa2 yang dibaca tentu merupakan harapan anak sy dan sepotong doa dan harapan itu, telah menyentuh hati dan perasaan sy...

........" Ya Allah, Kau satukanlah kami di alam sana......."

Terima kasih, anakku Amal  kerana antara bait2 doa ini, sy mula memikirkan sesuatu, mcari sesuatu  dan berusaha untuk menggapainya agar 'kita' dpt bersama ke satu dunia lain. Terima kasih juga buat anak gadisku Liyana dan anak bongsuku Didi yang mengaminkan doa2 tersebut. 
(Tiada ayat yg boleh ditemui dan dicipta oleh pujangga dan penyair hebat sekalipun  bagi menggantikan rasa ini terhadapa kalian bertiga...hanya Allah sahaja yg tahu akan rasa ini)

"Ya Allah, bawalah kami ke satu destinasi yg mendekatkan diri kami kepadaMu."


2 ulasan:

  1. cikgu, saya pun tersentuh...
    moga cikgu sekeluarga sentiasa di bawah rahmat-Nya..ameen.

    BalasPadam
  2. terima lasih,liyana....smoga liyana juga menemui kbahagiaan yg abadi

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...