Jumaat, 15 April 2011

Manusia Yang Bernama Guru

Lama sy tidak menulis di blog. Sibuk!!!! Memang setiap tahun dunia 'sibuk' ini pasti datang. Dan,ia datang bertubi-tubi hingga tertindih dengan kesibukan kerja. Bila difikirkan kembali, manusia yg bergelar 'guru' memang sibuk dalam banyak perkara. Mana hendak memikirkan teknik mengajar agar murid-murid suka dgn corak pengajaran kita,mana nak fikir masalah murid yg bermasalah(dah guru disiplin), mana nak fikir tentang aktiviti kelab,persatuan, unit uniform dan apa-apa lagi lah. Sy pulak, kalau dh minat dalam sesuatu perkara,mesti terlibat tanpa ada sesiapa yg paksa. Habis saja melatih nasyid,disusuli pula pantun.Terpaksa tolak menjadi pengadil bola jaring daerah sebab 'clash' dgn nasyid. Sekarang, sibuk pantun, 'clash' pula dgn menggubal soalan daerah.Belum habis menggubal soalan daerah, sibuk pula dgn folio2 pelajar. Sistem fail harus sentiasa dikemas kini. Fail panitia,fail penyelaras,macam-macam fail. Memang serba boleh manusia yg bernama guru. Jadi, macamana sy tak 'hangin' bila ada hamba Allah mengatakan kerja jadi cikgu ni, goyang kaki. Cukup bulan ambil gaji. Itu belum lagi sy menyentuh soal pengkeranian, di mana cikgu2 juga boleh menjadi kerani dalam sesuatu keadaan. Dalam masa yg sama, seorang guru boleh memikir bukan setakat dua perkara, malah tiga,empat perkara. Prestasi akademik harus dijaga, sahsiah murid harus diperlihara,tugas rasmi wajib dilaksana, tugas tak rasmi kena buat juga. 

Wah...bunyinya mcm nak melepaskan geram je.Tak kisahlah....sekurang2nya, sy melepaskan tekanan perasaan ini dengan cara yang positif....Menulis dalam blog peribadi.Manalah tahu, ada hamba Allah yang merasakan tugas guru ini mudah, diharapkan mereka insaf dengan sangkaan yg tidak berasas itu apabila mereka tersinggah dan terbaca entri ini. Skarang baru bulan April, dah rasa tercungap-cungap dengan bebanan kerja dan perasaan. Jadi, sebagai manusia, marilah kita sama2 menghormati kerjaya orang lain. Semua manusia ada tugas dan tanggungjawab sendiri, jadi tidak perlulah kita sibuk dengan profesion orang lain.

 Harap2 selepas ini, sy tidak mendengar lagi fakta yang mengatakan : 'Alah Limah, kerja guru ni senang.....banyak cuti!!!!! Dah mengajar setengah hari. Ilmu sekarang ni, dah boleh dapat di hujung jari,budak2 pun bukan bergantung sangat dengan guru2 ni. Cikgu sekarang, boleh goyang kaki je. Arah je murid2 cari maklumat sendiri. Hujung bulan, diorang terima gaji je.'

p/s : Sabar je la,cikgu.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...