Isnin, 15 November 2010

Sesungguhnya, Hidayah Itu Milik Allah


Hari ini ada seseorang ingin belajar solat dgn sy. Terkejut juga apabila 'org ini' meminta sy mngajarnya. Dalam hati, sy bertanya sendiri....'kenapa sy?" wlau bagaimanapun, jauh di sudut hati sy bsyukur krn dia boleh melafazkan ayat ini tanpa dipaksa. Soal ikhlas atau tidak, itu bukan urusan manusia.

Sebelum ini, sy mdengar juga cerita drp kawan2 yg 'org ini' tidak mengerjakan rukun yg kedua itu. Sama ada benar atau tidak, sy tidak mahu memikirkannya dan tidak mahu mengetahuinya.Takut, krn belum tentu solat sy diterima. Sbgai manusia yg byk kelemahannya, adakalanya urusan dunia mengatasi tuntutan agama. Sy jg tidak terlepas drp melakukan dosa itu. Jadi, apa hak sy ingin mempersoalkan org lain? Bg sy, apabila 'org ini' berkeinginan melakukan sesuatu yg dituntut oleh agama, itu adalah rahmat yg telah Allah berikan padanya. Dgn niat saja, sudah tentu dia memperoleh pahala.

"Knp sy, ckg?" Tanya sy.
"Sy pun tak tahu knp Asmah yg sy pilih. Tp yg pasti, sy ingin blajar solat dgn Asmah".
'Org ini' mmg memanggil sy dgn panggilan 'Asmah' sedangkan rakan2 yg lain memanggil sy 'nora'. Tak kisahlah, krn kedua2 nama itu adalah milik sy juga.

Sy menghela nafas panjang. Mcari alasan yg sesuai unt mengelak dr menunaikan pemintaannya. Bukan sy tidak mahu, tetapi sy rasa sgt tidak sesuai dipilih untuk mengajarnya solat.

"Ckg, tak manis rasanya kl sy yg mngajar. Org akn pelik  bila tngok kita selalu berdua-duaan dgn ckg. Nanti timbul fitnah", kata sy setelah mdapat idea untuk menolak pmintaannya. 

"Sy kan cuma nak belajar smbhyang? Mngapa pulak ada yg memfitnah? Ni yg sy tak suka mulut manusia. Suka bercakap mengata orang". Marah bunyinya nada 'org ini'. Mungkin dia tak faham apa yg ingin sy sampaikan. Sy pula perlu mcari kata2 yg terbaik untuk tidak menambahkan kemarahannya lagi. 'Org ini' mmg dijadikan Allah bgitu unik skali. Sukar unt memahaminya. Hanya org2 yg mngenalinya sj yg tahu sikapnya yg sentiasa berubah2. Kalau hari ini,dia boleh  ketawa,belum tentu esok dia akan ketawa juga.

Namun, jauh di sudut hati, sy bsyukur ke hadrat Ilahi. Benarlah.....hidayah itu adalah milik Allah. DIA berhak memberi hidayah kepada sesiapa sy yg dikehendakiNya. Alangkah bertuahnya seseorg itu diberi hidayah.

Manusia mmg tidak berhak dan tidak layak menghukum sesama manusia. Malah, jgn sesekali kita memandang semua org kafir itu, neraka jahanam tempatnya. Siapa tahu, penghujung hidupnya Allah berikan dia hidayah.Begitu juga apabila kita melihat kejahilan seseorang. Jgn terus menghukum mereka. Begitu juga sebaliknya. Jangan segera memuji org2 yg menyerlah kesopanan sahsiahnya, khalusan bicaranya dan kelembutan sikapnya. Para alim ulama juga sgt takut menghadapi saat2 penghujung hidupnya kerana ikhlas atau tidak mereka mempertahankan agama, hanya dpt dinilai oleh Dia. Manusia boleh ditipu tetapi tidak mungkin sama sekali Allah itu tidak mengetahui apa yg terselindung disanubari manusia.

Memang terlalu kerdil diri sy.kerana menilai seseorg melalui mata kasar.Kmudian mbuat kesimpulan sendiri. Jahil sungguh sy mbuat penilaian peribadi. Sy harus mendidik diri supaya mengubah persepsi terhadap org lain. Jgn mudah mbuat pnilaian terhadap apa yg kita lihat. Sewajarnya, adalah lebih baik kita sentiasa merasa diri sendiri byk kekurangnya agar sentiasa berhajat untuk memperbaiki diri.

Smoga bukan 'org ini' saja yg Allah berikan petunjuk. Sy juga memohon agar Allah juga memberi petunjuk dan hidayahNya kepada sy juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan