Ahad, 14 November 2010

Lebih Baik Diam


Drama bersiri  CINTA siaran TV3 setiap pukul 6.30 petang baru sj  berakhir. Secara jujurnya, sy tidak mengikuti cerita itu  kerana kurang  bminat dgn  beberapa adegan dlm drama tsebut. Sy rasa malu melihat beberapa adegan di atas ranjang yg tidak sewajarnya dilakonkan oleh pelakon2 tidak kira sama ada pelakon itu muda atau tua. Mungkin sy agak ketinggalan sedikit dari aspek keterbukaan minda walaupun mengikut pelakon Ady Putra, itu (adegan ranjang) adalah  kebenaran dan beliau berani melakonkan watak itu kerana ingin menunjukkan kebenaran kepada masyarakat". 

Sebenarnya sy sangat takut bermain dgn hukum yg melibatkan agama suci kita. Samalah juga apabila sy mendengar seorang ibu sgt marah apabila kawan sy (seorang guru) menasihatkan anaknya supaya memakai tudung. Dengan lantang si ibu ini pun bersuara : " Apa, cikgu ingat semua org yg pakai tudung tu baik sangat ke??? Berapa ramai dah org yg bertudung buntingkan  anak luar nikah?" Terkedu kawan sy seketika . Agaknya kawan sy khilangan kata2. Memang sukar bhadapan dgn org2 seperti ini krn org2 ini, begitu  kukuh dgn alasan mereka sendiri apabila satu kemungkaran itu cuba dinasihati oleh org2 yg sewajarnya menegur. Menurut Islam,org2 beginilah dikategorikan org2 yg sombong krn menolak kebenaran.

Begitu juga melibatkan isu pemilihan pemimpin. Ada yg bgitu taksub dgn UMNO, begitu juga dengan PAS, dan PKR. Masing2 ada hujah sendiri apabila menyebut tentang tokoh pemimpin yg mereka suka. Apa yg melucukan sy, rata2 hujah yg mereka utarakan mengikut sesedap rasa lidah berbicara dan mengikut  logik akal mereka tanpa memikirkankan tokoh pemimpin yg bagaimana harus kita pilih mengikut ajaran Islam yg sebenar. 

Di dalam perlembagaan, memang dibenarkan induvidu itu bebas bersuara. Itu mengikut prinsip demokrasi. Tapi, ramai  antara kita terpaksa membisu seribu bahasa apabila berkaitan dgn isu politik. Takut!!! Lebih baik diam drp memasukkan pasir ke periuk nasi sendiri. Manusia yg lemah,  walaupun tahu rezeki itu datangnya drp Allah, namun disebabkan iman yg begitu tipis takut juga kalau ugutan2 yg diberi melibatkan rezeki dan periuk nasi.

Sy??? Sy pun tgolong daripada org2 yg 'diam' juga sbb iman sy belum smpai ke satu tahap yg boleh redha dlm smua keadaan. Sy pun belum cukup kuat untuk berbicara dlm soal2 ini. Dan, belum cukup bijak untuk bercakap soal politik. Cuma, sy hanya pegang pd satu prinsip, antara tokoh A dan tokoh B, walaupun kedua-duanya sebangsa dan seagama, tetapi sy akan memilih tokoh yg lebih kukuh dlm  pegangan agamanya. Tentu ada yg bertanya :"Mana engkau tahu pegangan agamanya lebih baik drp si ******. Kdg2, nampak je dia mcm org alim tapi sebenarnya teruk jg".

Sy memang tidak tahu nak mjawab bila ada org tanya soalan2 sperti ini cuma, sy ingin mengingatkan kpd org yg btanya, kes sperti ini samalah juga saranan Islam kpd seorang lelaki yg ingin memilih calon isteri. 
"Memilih isteri mengikut Islam ada 4 pkara, kekayaannya, keturunannya,kecantikkannya dan agamanya.Maka utamakanlah wanita yg kuat pegangan agamanya." Maka, si lelaki pun akan menilai bakal calon isterinya mengikut penilaiannya, namun seandainya calon isterinya hanya berpura2,  itu adalah kelemahan manusia biasa dlm membuat penilaian sesama manusia. Sesungguhnya, penilaian yg tepat adalah penilaian drpNya juga. Memandangkan sy tergolong dlm manusia yg masih lemah imannya tetapi tidak berani melanggar hukum Allah, maka sy akan mgunakan kuasa yg ada sbagai rakyat biasa. Sy hanya ada hak mengundi, jadi sy akan gunakan hak itu sebaik mungkin. Lebih baik juga kita memilih bakal pemimpin drp tidak memilih langsung.Bahaya juga bg mereka yg tidak suka isu2 politik, mengambil pendekatan tidak mengundi.

Walau apapun alasan yg kita ada, namun ia harus selari dgn kehendak agama. Perbuatan tidak menghalalkan cara. Bolehkah kita tidak memakai tudung dgn alasan cuaca sgt panas. Tidak sembahyang kerana tidak ada masa. Tidak berpuasa kerana terlalu letih dan sebagainya. Jadi, fikirkanlah perkara ini supaya kita tidak terlebih berkata2 kerana ditakuti juga akan merosakkan akidah kita. Nabi juga ada berpesan:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (RiwayatBukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)




HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan