Sabtu, 27 November 2010

Didi dan UPSR

Tahun ini ramai anak cikgu2 di sekolah menduduki UPSR. Dan pada 11.11 baru2 ni, keputusan UPSR diumumkan. Spt ibu2 yg lain, sy juga tidak sabar utk mengetahui kputusan anak bongsu sy, Didi. Sbg ibu, sy tahu tahap pencapaiannya dlm akademik jadi sy tidak mengharapkan keputusan yg cemerlang. Apa yg mengagumkan sy, Didi menunjukkan perubahan sikap yg mendadak pada saat2 akhir peperiksaan UPSR mjelang. Dia akan bangun pukul 3 atau  4 pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Dia sangat patuh dan bdisiplin dengan jadual belajar yg dibuatnya sendiri. Perubahan yg mendadak itu, memaksa sy bertanya sebab2 dia bgitu rajin pd saat2 akhir. Jawapan yg dia beri, mnyentuh hati sy kerana menurut anak sy, ada guru2 di sekolahnya membanding2kan dia dgn anak2 sy yg lain. Di samping itu, ada juga guru yg begitu telus memberitahunya bahawa dia tidak mungkin dpt A dlm subjek bahasa Inggeris. Ekoran drp peristiwa itulah, maka anak sy berusaha sedaya upaya untuk tidak membenarkan tekaan guru2nya mjadi nyata. 

Sy memandang situasi ini drp sudut yg positif. Sy tahu dia berasa sedih dgn kata2 gurunya namun, sy bsyukur krn ada perubahan dlm dirinya. Tidak cukup dgn itu, anak sy sering mengerjakan solat hajat bagi mengukuhkan usahanya itu. Sy bangga dgn perubahannya yg positif itu dan kagum dgn semangatnya utk mengatasi keputusan abg dan kakaknya.

"Mama kata, setelah berusaha,kita mohon pada Allah. Didi dh buat mcm tu. Tapi kenapa Didi tak dapat 5A?" Tanyanya pada sy di corong handphone setelah slip keputusan UPSR telah berada di tangannya. Anak sy hanya memperoleh 1A sahaja dlm subjek sains. Sy tercari2 jawapan yg paling baik untuk diberi agar dia dpt menerima keputusan yg diperolehi.

"Mama mesti malu dgn kputusan Didi. Didi tak pandai mcm abg Yoi dan kakak."
Belum sempat sy mjawab pertanyaannya, dia dah menambah satu lagi kenyataan. Aduh....sensitif jg anak sy.Sy tidak byk memberi respon kerana sy tidak berada di sisinya ketika itu.
"Didi tunggu mama balik, ya. Mama tak sabar nak tengok keputusan Didi," pujuk sy.

Spanjang perjalanan pulang ke rumah, sy mencari2 jawapan yg boleh meredakan perasaan sedihnya. Bgaimana sy dpt memupuk semula kepercayaannya utk memohon sesuatu drp Allah dgn mengerjakan solat hajat. Bagaimana juga sy dpt mengembalikan kyakinannya dgn cogankata 'usaha tangga kejayaan', kerana sesungguhnya dia benar2 sudah berusaha.

Drp riak wajahnya, sy nampak anak sy benar2 sedih dgn keputusan yg diperoleh. Sy memintanya mngambil slip kputusan UPSR. Sy mnunjukkan respon yg sgt gembira dgn kputusan yg diterima.
"Tahniah, Didi. Mama sgt bangga dgn kputusan Didi. Pandai anak mama. Tak sia2 selama ni Didi berusaha," ucap sy dgn senyum lebar. Anak sy tidak ada respon yg positif.
"Didi patut bsyukur krn masa exam tu, Didi demam panas,kan?" Anak sy mengangguk.
"Demam pun, Didi boleh dpt 1A. Mengapa Didi sedih?" Tanya sy.
"Didi dh berusaha, Didi dh smbhyang hajat. Mengapa tak dapat 5A?" Tanyanya. Memang sy dh jangka psoalan yg sama akan ditimbulkan smula.
"Didi, stiap apa yg berlaku mesti ada sebabnya. Kdg2, apa yg kita minta, tidak smestinya dapat. Mungkin Allah nak beri sesuatu yg lebih baik drp apa yg  Didi peroleh skrang," kata sy dgn harapan anak sy akn berasa lega.
"Didi kan minta yg baik? Mngapa Allah tak bagi?" Soalnya lagi. Mendengar soalannya, sy sedar anak sy masih belum matang dan masih tidak memahami apa yg sy katakan.Mungkin akalnya belum smpai ke tahap itu.
"Ok, mama nak cerita pd Didi satu kisah ttg mama.Didi nak dengar tak?" Anak sy mengangguk.Dan....sy mula bercerita.
"Dulu, masa mama muda2, mama tak nak kawin dgn org dari ngeri Tganu. Mama berusaha sgt tidak mahu bkenalan org2 dr sana. Mama pun berusaha mcm Didi. Kalau ada je org Tganu nak berkenalan, mama tak layan. Bukan stakat berusaha, mama selalu smbhyg hajat  agar Allah tidak memberikan mama jodoh dgn org Tganu. Mcm Didi juga, kan??? Tapi, mama kahwin juga dgn ayah wpun ayah org Tganu. Sama kan, mcm Didi juga? Dah berusaha, dah berdoa tp Allah bagi juga." Cerita sy panjang lebar.
"Mama sedih tak mcm Didi?" Tanya anak sy.
"Mama langsung tak sedih. Didi tahu kenapa?"
Anak sy menggeleng2kan kepala.
"Mama tak sedih sbb, bila mama kahwin dgn ayah, mama dapat Didi, abang Yoi, dan kakak. Kalau mama tak kahwin dgn ayah, mcm mana mama nak dpt Didi? Jadi, itulah yg Allah nak beri pada mama wpun pada masa itu mama tak tahu pun apa yg akan Allah bagi. Jadi, Didi pun kena tahu jg, mungkin ada kebaikan atas apa yg Allah berikan pada Didi wpun pada awalnya Didi berasa sedih. Jadi, Didi jgn bersedih dgn apa yg Didi dpt pd hari ini."

Anak sy tidak mjawab apa2. Mungkin dia sedang bfikir apa yg sy kata atau mungkin dia mula memahami apa yg ingin sy smpaikan.Dan sejak dari itu, sy dpt merasakan anak sy mula menerima knyataan.

p/s: Anak2ku, sesungguhnya cemerlang bagiku bukan hnya pd pelajaran. Anak yg cmerlang dlm erti kata yg sbenar apabila kalian mampu membawa mama dan ayah jalan ke syurga dan tidak mgheret kami ke neraka

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...