Selasa, 7 Disember 2010

Pendapat Mereka...Pendapat Saya.

Mengapa antara manusia tidak ada persamaan dan persefahaman dari aspek pemikiran? Kalau ada persefahaman tentu byk masalah dpt dibereskan dgn mudah. Sy tidak kisah jika ada pkara tertentu manusia bertelagah pendapat, sbg contoh tentang isu politik,teknik mendidik anak dn sbgnya. Masing2 tentu ada dalil dan pendapat sndiri.Tapi, sy sgt tidak dapat terima apabila ada pkara2 yg terang2 menyalahi hukum, masih ada ibu bapa yg menyokong pbuatan tersebut.

situasi 1
Seorg ustazah di sekolah sy menegur seorg pelajar yg setiap hari dihantar oleh pljar lelaki di sekolah yg sama. Pljr tsebut mberitahu bhw ibu dan ayahnya tidak kisah krn mereka mmg sedia maklum. Apabila ustazah tsebut mberitahu ibu pljr prempuan bkenaan, dengan tidak ada rasa bsalah sedikit pun, maka si ibu menyokong kata2 anaknya. Ibu jenis apa yg membenarkan anak daranya ke hulu dan ke hilir dgn lelaki yg bukan muhrim? Apa yg harus ustazah tsebut katakan lagi apabila si ibu mnyokong pbuatan anaknya yg terang2 rasa salah dari aspek agama?

Mungkin pndapat mereka: Apa salahnya anak2 skrang diberi sdikit kebebasan? Nanti kalau dikonkong lagi mereka mberontak. Lagipun, anak mereka bhubungan secara terang2an. Tak mungkin berlaku perkara2 yg sumbang.
Pndapat sy: Tidak ada hubungan yg telus blaku antara lelaki dan prempuan yg bukan muhrim. Syaitan tetap mjadi org ketiga. Depan kita, mgkin tidak blaku pkara sumbang, tetapi siapa boleh jamin apa yg blaku di belakang kita? Mereka juga ada nafsu malah sntiasa disokong oleh syaitan laknatullah. Siapa yg berani kata sy kolot dlm isu ini? Kl ada yg berani bkata bgitu, maka kolot jugalah bg mereka hukum yg telah tertera dlm al-Quran.

situasi 2
Minggu lepas, sy melihat  satu keluarga menjamu selera di sebuah restoran di Kuala Selangor.Pasangan suami isteri itu mempunyai 5 org anak yg berumur antara 2 tahun hingga 12 tahun. 4 lelaki dan seorang perempuan. Apa yg mnyebabkan mata sy tertumpu pada kluarga terssebut, smua anak2nya mewarnakan rambut dgn warna perang dan kuning. Anak yg kecil berumur 2 tahun, juga di warnakan rambutnya dgn warna kuning. Terdetik di hati sy, adakah anak sekecil itu mpunyai keinginan mewarnakan rambut kalau bukan kemahuan ibu atau bapanya? Bukankah ibu bapa juga mjadi pdorong kpd anak2 untk melakukan sesuatu yg tidak wajar dilakukan oleh seorg muslim? 

Mungkin pndapat mereka: Apa salahnya mewarnakan rambut? Bukan salah pun sebab di kotak pewarna tu, memang dah ada tanda 'halal'. Jadi apa salahnya?
Pndapat sy: Mungkin betul bahan pewarna itu halal, tp bolehkan air menembusi rambut itu kalau disalut dgn bahan pewarna. Sama juga dgn org yg suka mewarnakan kuku. Bahannya mungkin suci, tetapi air tidak boleh tembus mengenai kuku. Mcm mana mereka nak mengambil wudhu?


situasi 3
Jiran setaman sy, boleh membenarkan 'boyfriend' anak perempuannya bermalan di rumah. Bagi sy, kalau tidak rasa takut sekalipun dgn Allah, skurang2nya keluarga ini ada perasaan malu dgn jiran tetangga. Silapnya kami sbagai jiran kerana tidak ada seorang pun yg menegur pbuatan tersebut. Maka, sy juga mengaku bahawa sy juga buka saudara seIslam yg baik, kerana menutup mata apa yg sbenarnya sy lihat.

Mungkin pndapat mereka: Boyfriend anaknya itu akan mjadi suaminya juga dan skaligus akn mjadi menantu dlm keluarga itu. Apa salahnya mereka ingin berkenalan dgn lebih rapat lagi bakal menantu tsebut? Lagipun, bukan anak prempuannya tidur berdua-duaan.
 Pndapat sy: Mampukan spanjang lelaki bukan muhrim berada di rumah kita, spanjang itulah kita harus mjaga aurat? Susah bagi sy krn pengalaman sy memelihara seorg student lelaki di rumah, amat menyulitkan sekali terutama mjaga soal aurat.


Walau apapun, ssiapalah sy untuk mempersoalkan isu2 ini. Sbg manusia biasa, sy pasti sy juga banyak melakukan khilaf sesama manusia apatah lagi dgn Allah SWT. Dgn tulus dan rendah hati, sy juga memohon ada insan yg boleh menegur sy jika ada kekhilafan yg sy lakukan. Sesungguhnya,manusia dan kesilapan tidak boleh dipisahkan sama ada sengaja dilakukan atau sebaliknya. 

Wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan