Isnin, 20 Disember 2010

Fesyen Bertudung Hari Ini

Assalamualaikum buat sahabat2 sy............
Lama sy tidak menulis di ruang ini...sibuk kerana terlibat dgn ' Urusan Seri Paduka Baginda'. Sekarang urusan tu dah selesai, maka dengan senang hati sy boleh menjenguk blog ni kembali.
Sy cuma ingin berkongsi tentang sesuatu yg sy rasa ada segelintir drp rakan2 sy tidak tahu, atau mungkin terlupa. Sebagai manusia biasa,sifat tidak tahu dan terlupa adalah perkara biasa. Kalau nak diimbas kembali, sy lagi byk 'tak tahu' drp yg 'tahu', apatah lagi pkara2 yg ada kaitan dgn agama suci kita. Faktor umur bukan mjadi kayu pngukur utk dinilai ttg byknya ilmu, krn sy sering ditegur oleh anak lelaki sendiri lebih2 lagi bkaitan dgn agama.Mungkin sy akui, org yg lbh tua, tentu kaya pngalamannya drp yg muda tetapi mbicarakan soal ilmu, bukan terletak kepada sbrang faktor lahiriah. Kadang2, sy bernasib baik krn sy mpunyai sahabat2 yg sentiasa mengingati sy jika ada sesuatu khilaf yg telah sy  lakukan. Alhamdulillah.......
Ilmu memang untuk dikongsi. Jangan ada antara kita terasa dicabar atau tercabar bila ada org lain cuba menegur atau mbetulkan sesuatu yg kita lakukan. Seperti yg sy katakan tadi, ada kalanya kita mmg tak tahu dan ada ketikanya kita terlupa.
Maaf....panjang lebar sy menulis mukadimah entri sy kali ni. 
Sebenarnya, sy hanya ingin bkongsi tentang fesyen bertudung wanita hari ini. Tidak byk pun yg ingin sy kongsikan kerana sy bukan org yg layak mngupas tentang pkara ini. Cuma, apabila sy perhatikan, terlalu ramai rakan2 sy memakai tudung  yg menampakkan sanggulnya yg agak ketara. Sesungguhnya, apa yg sy tahu perkara ini sangat ditegah dalam Islam. Maaf, seandainya perkongsian ilmu kali ni, menyinggung hati dan perasaan sahabat2 sy tetapi, sbagai seorang Islam, kita tidak dpt menolak perkara2 seperti ini lebih2 lg apabila ada alibi. Seperkara lagi, tentang fesyen tudung yang dipinkan pd bahagian tengkuk hingga menampakkan bentuk leher si pemakainya. Hal ini juga wajar dikongsikan bersama kerana fesyen ini salah dari segi agama. Sy pernah mendengar sahabat2 sy mjadikan isu ini sbagai satu polimik. Ada yg mberi pelbagai alasan. Selain daripada alasan 'tak tahu' (alasan sy juga), ada juga yg memberi alasan 'sy tak kisah pun orang nak kata, sebab sy tak niat pun....bla, bla, bla...'.
Sbenarnya, dalam Islam ada perkara yg kita tidak boleh jadikan alasan 'tak niat pun' untuk kita melakukan   dalam  smua perkara. Sbagai contoh, bab cerai dan murtad. Hal2 sperti ini, jgn sesekali dibuat main. Untuk keselamatan, lebih baik jangan dibuat. Itu lebih selamat jika kita dinasihatkan supaya 'jangan buat' pd perkara yg salah dari segi agama oleh orang2 yg pakar dlm bidang ini.

Maaf,sekali lagi, kalau bicara ini mengguris hati. Demi Allah,sy tiada niat tersembunyi dlm mbicarakan soal ini krn sy juga pernah dinasihatkan oleh seseorang apabila sy teringin memakai tudung seperti itu.
Apa pun, sy ingin memohon maaf juga jika ada rakan2 sy terbaca entri ini.
Sy sendiri pun, tidaklah memakai tudung labuh seperti yg disyariatkan. Dan, itu juga berdosa. Tetapi, apa yg  ingin sy fokuskan pd entri kali ini adalah, sesuatu yg dilakukan bukan hanya berdosa, malah ada kaitannya  dgn agama lain. 

Sabda Rasulullah saw:
Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum,maka ia termasuk dari golongan mereka.
(Riwayat Abu Daud,disahihkan oleh Ibn Hibban)

Sabda Rasulullah saw:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
(Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan