Jumaat, 31 Disember 2010

Semakin Hampir....


2010 baru sahaja berlabuh....maka 2011 membuka tirai baharu.
Apabila tirai 2011 dibuka, bererti umur juga semakin bertambah. Apabila sy menoleh ke belakang, memang byk yg tertinggal. Byk peluang sy tinggalkan begitu sahaja. Terlalu taksub dengan pencapaian dunia hingga terlupa tempat yg abadi di sana. Bertanya sendiri dlm diri : apa yg akan sy bawa ke sana nanti?????

Umur semakin hampir ke garisan pemisah antara dunia dan di sana. Ke mana kita akan di tempatkan nanti? Banyak manakah amalan yg telah kita lakukan dgn sejujur2nya kepada Dia. Adakah tangan kiri tidak mengetahui stiap pemberian drp tangan kanan? Mampukah kita menyembunyikan setiap kebaikan yg telah dilakukan?

Mengimbas kembali perkara2 yg dilakukan sbg modal untuk ke sana, amat sedikit jika dibandingkan dgn anugerah yg diberikan olehNya kepada sy. Sy ingin mencapai redhaNya cuma adakalanya kesibukan harian, sy gagal mcari ruang untuk masuk ke jalanNya. Sy tahu, masa bukan penghalang utama kerana Dia telah menetapkan masa secukupnya untuk sy, cuma sy yg tidak pandai membahagikan masa. Benarlah apa yg tertulis dalam kitab suci al-Qur'an surah Al-'Asr (Demi Masa): 

Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Walaupun sy tahu manusia tidak sehebat mana dalam mencaturkan kehidupan, tetapi sbg manusia biasa, sy juga punya keinginan. Alangkah baiknya jika sy berada dlm keluarga yg mempunyai pegangan agama yg baik agar sy tidak tersasar daripada awal. Namun, sy akur dan pcaya, setiap yg telah ditetapkan tentu ada sesuatu  di sebaliknya. Tuhan memberi sy akal dan fikiran utk berfikir dan bertindak, dan tidak ada sebab sy menyesali  kisah silam sy. 

Sy harus mencari ilmu Allah ini kerana sy cukup dewasa untuk mencari sesuatu yg diredhaiNya. Kelemahan yg berlaku dlm proses mendewasakan sy, tidak  harus  diulangi lagi ketika membesarkan anak2 sy kini. Sebagai ibu yg bertanggungjawab membesarkan anak2, sy berjanji tidak akan berlaku lagi kesilapan silam semasa kedua2 ibu bapa sy. Sy akur, kelemahan kedua2 org tua sy dahulu akibat kejahilan generasi pada masa itu. Sy berjanji, anak2 sy akan dididik berlandaskan agama suci ini dengan segala kudrat yg Allah berikan pada sy. Dan, selebihnya sy serahkan pada Allah swt. 

            Sesungguhnya, setiap tahun Hijrah dan tahun Masihi berganti, bermakna kita         semakin hampir menemuiNya. Seringlah kita renungkan, sejauh mana kita telah mencari dan memperolehi keredhaanNya dalam meneruskan kehidupan yg entah bila akan berakhirnya. Ajal tidak mengenal sesiapa....dan yg pasti kita semakin hampir kepadaNya.

Doa sy, semoga tahun ini sy lebih baik dari tahun2 yg sebelumnya. Baik dlm erti kata sgala2nya terutama apabila berurusan dengan hati. 
Begitu juga dgn anak2 sy...
Semoga mereka juga sentiasa berazam mahu memperbaiki diri dari masa ke masa kerana mereka harus tahu bahawa mereka adalah harta yg akan sy tinggalkan untuk terus mendoakan sy dan suami apabila kami sudah tiada lagi di dunia ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan