Cinta yang suci itu,
Akan jadi jijik atas perbuatan kita sendiri
Hargailah anugerah perasaan yang telah Allah berikan itu
Jangan sesekali mencemari erti kata 'cinta' itu
Kerana....
Apabila kesucian cinta itu dicemari
Kita tidak akan rasa nikmat cinta
yang benar-benar suci
Buat kali kedua
Kerana,
Dosa lalu sering memburu
Walau ke mana kita lari
Cinta yang suci,
Ibarat cinta Rasulullah kepada Khadijah
Bagai cinta Syaidina Ali kepada Fatimah
Bukan seperti cinta Laila dan Majnun
Tidak seperti cinta Romeo dan Juliet
Yang sering kita jadikan contoh
Menganggungkan cinta mereka
Hingga kita terlupa
Cinta pada insan atas dasar cinta pada Allah
Kerana,cinta itu adalah milik Allah
Dan atas ehsanNya...kita peroleh anugerah itu
Lihatlah cinta,
Dari mata hati,
Kerana mata hati lebih jujur menilai cinta
Tidak berlandaskan nafsu semata
Walaupun tidak tampan wajah pria
Tidak seayu gadis idaman
Lihatlah cinta dari ketulusan budi
Bagaimana pasangan mengabdi diri
Kepada Allah Rabul Izzati
Berkatalah pada diri
Berjanjilah pada hati
Aku menyintainya kerana dia menyintaMu.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan