Selasa, 28 Disember 2010

Berdoalah Untuk Anak-Anak

Tersentuh hati sy apabila melihat gambar yg menjadi 'profile picture' di face book student2 sy yg begitu tegar dan berani  menyerlahkan aurat yg agak keterlaluan. Sy akui, memang sy tidak semoden ibu2 mereka. Dan , sy tidak kisah kalau ada student sy berkata, "cikgu bukan ibu sy...Ibu sy pun tak kisah...." atau ada ibu-ibu pula yg bersuara, "Cikgu jaga anak cikgu, dan sy jaga anak sy." Apa pun, sy mengaku mungkin sy tidak layak untuk merasakan apa-apa kerana mereka bukan anak2 sy namun, sebagai saudara seagama, sy berhak atas perasaan itu.

Ada yg berani memakai baju siglet yg menampakkan bahagian dada yg sgt ketara. Ada juga yg berani memakai seluar pendek yg menampakkan bahagian paha walhal semasa di sekolah, mereka memakai tudung. Mengapa begitu hipokrit sekali anak2 didik sy? Adakah mereka merasakan, memakai tudung di sekolah itu hanya merupakah sebahagian drp uniform sekolah? Ada juga yg seolah-olah mencabar pihak2 tertentu dgn mengambil gambar bersama pasangan masing2 dgn keadaan yg tidak senonoh. Mereka smua tahu, gambar mereka akan dilihat oleh sesiapa saja. Mereka sebenarnya mcabar siapa? Bukankah mereka mcabar kesucian agama????

Yg menariknya, setiap gambar seksi yg dipaparkan, pasti  ramai pula yg memberi komen2  membina  bagi empunya gambar. Rata2 akan memuji akan kcantikan aurat yg diserlahkan oleh kawan2 mereka. Mcm manalah empunya diri tak merasa bangga? Bohonglah bagi mereka yg suka mendedahkan aurat, tak suka dipuji. Memang mereka ingin dipuji, sebab itu mereka sanggup mnyerlahkan anggota2 yg tak sewajarnya didedahkan kpd umum, ditayang dgn sesuka hati. Memang manusia suka dipuji hingga mereka lupa, jika Tuhan ambil semula kecantikan yg ada, dengan sekelip mata ia hilang drp pandangan mata.

Luluhnya hati sy, apabila melihat ada antara pelajar sy yg semakin 'daring', merupakan pelajar yg sgt berhemah sbelum ni. Malah, dia jugalah yg mjadi informer sy terhadap salah laku sosial rakan2 sebayanya suatu ketika dahulu. Menurutnya,tujuan dia mberitahu sy supaya sy boleh menasihati kawan2nya agar tidak melakukan 'perkara' itu berkali2.Tapi sekarang, pelajar yg mjadi informer sy ini  pula yg terang-terang berani bergambar dgn memakai seluar pendek hingga ke aras paha. Entahlah, manusia memang boleh berubah. Satu pengajaran yg sy dapat: 'kita hendaklah jujur apabila bercakap pasal org lain. Kalau kita bercerita dgn niat nak mengata atau mengaibkan org , pasti kita sendiri yg akan melakukan perkara yg sama. Tuhan akan balikkan semula pada kita. Jadi, kalau nak  bercerita pasal org lain, niatlah dgn sejujur2nya bahawa kita ingin membantu orang itu ke arah yg lebih baik supaya Allah swt akan melindungi kita.'

Seperkara lagi, sy sangat hairan apabila ada ibu bapa yg tak kisah anak2 mereka berpakaian sperti itu. Dan, adakah ibu bapa sekarang tidak mengawal anak2 mereka yg bersosial di laman2 web? Tidak ada masakah ibu2 atau bapa2 sekarang menjenguk sekali-sekala face book anak2 mereka? Paling tidak pun, beri amaran kepada mereka supaya tidak meletakkan gambar2 seksi untuk menjadi tontonan umum. Jika mereka engkar, haramkan saja anak2 terlibat dgn laman sosial seperti FB, twitter dan seumpamanya. Mengapa kita benarkan anak2 melakukan dosa dgn mudah? Atau, adakah kita lupa bahawa kita juga akan terheret sama ke lembah neraka? 

Entahlah.....
Tiba-tiba sj ketakutan mnyerang sy. Sy juga ada anak2 yg perlu dijenguk selalu. Jgn smpai sy sedih melihat anak2 orang, anak2 sendiri terlepas pandang. Sy juga mbenarkan anak sy ber'face book' tetapi penuh dgn syarat2 yg wajib anak sy patuhi. Antaranya, sy tahu password mereka supaya sy juga boleh buka FB mereka bila2 masa. Sy juga sntiasa ada disisi mereka spanjang mereka melayari laman sosial tersebut. Sy tahu anak2 sy mungkin sedikit tertekan, tetapi sy pcaya mereka sgt memahami peranan sy sbg seorg ibu. Sy selalu mengingatkan mereka, perasaan yg sy alami hari ini, akan turut dirasai oleh mereka suatu hari nanti apabila mereka juga memegang 'title' ibu dan ayah. Biar mjadi ibu bapa yg tidak moden dlm hubungan sosial anak2,  asalkan anak2 tahu menjaga maruah diri.

Apapun sbg ibu dan bapa, berusahalah  untuk mgawal anak2 drp berterusan melakukan pkara2 yg melibatkan maruah. Doa untuk anak2 supaya cemerlang di dunia dan di akhirat jgn pernah diabaikan setiap kali selesai solat lima waktu.Selebihnya, serahkan sahaja kpd Yang Maha Kuasa, kerana Dialah maha perancang yg bijaksana.

Berdoalah dan terus berdoa............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan