Rabu, 29 Disember 2010

Jangan Sombong

 Sombong!!!!!
Ramai antara kita akan mendefinisikan pktaan sombong ialah  tidak mahu bertegur sapa, tidak suka senyum, tidak ramah dan tidak mesra. Definisi ini sgt berbeza drp perspektif Islam, di mana sombong bermaksud:  membanggakan diri sendiri, mengganggap dirinya yang lebih hebat drp org  lain hingga memandang rendah pada orang lain. Allah SWT telah melarang kita dalam QS. Al Luqman {31}:18
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri"
Mengapa sy terpanggil untuk menulis entri yg btajuk 'sombong' ini? Jawapannya mudah saja. Sy melihat apa berlaku pada diri sy dan di sekeliling sy. 

Antaranya:
1. Sy melihat sikap anak perempuan sy yg selalu rasa rendah diri apabila melihat kekurangan yg ada pd diri. Dia sgt suka membandingkan kelebihan yg ada pd kawan2nya yg tidak ada pada dirinya. Sy mengingatkan anak sy, bahawa kadang- kala kelebihan yg manusia miliki akan mnyebabkan mereka sombong dan bangga diri lebih2 lagi apabila ada yg memuji. Cuba lihat, berapa ramai manusia yg suka mempamerkan kelebihan yg ada untuk meraih puji2an drp org sekeliling? Bukankah beruntung jika tidak ada kelebihan spt yg diinginkannya tetapi redha dgn apa yg dimiliki? Jgn pula berburuk sangka kepadaNya kerana Dia mengetahui apa yg dilakukan dan ditakdirkan untuk kita. Seperkara lagi jgn dilupa, setiap manusia telah Allah sertakan dgn pelbagai kelebihan.Cuma, bgantung pd kita sama ada bersyukur thadap kelebihan yg dipinjamkan atau memanipulasikannya untuk mendapat pujian.

2. Teman anak sulung sy yg agak bijak dlm akademik. Sering sy mdengar keluhan anak sulung sy tentang segelintir rakan2nya di universiti yg suka memandang rendah pada org lain. Merasakan course yg diambil mjadi kayu pengukur kebijaksanaannya berbanding dgn rakan2 yg mengambil course 'biasa-biasa' sahaja. Bukankah sikap teman anak sy ini tgolong dlm istilah ujub atau bangga pada diri sendiri?
Sikap ini juga  mirip dengan sombong. Merasa bangga atau kagum akan diri kita sendiri padahal seharusnya dia  tahu bahwa semua nikmat yang dimiliki itu datangnya drp Allah.Bukankah lebih baik bkongsi kebijaksaan yg dimiliki dgn tujuan membantu rakan2 yg memerlukan khidmat kepakaran otak yg dipunyai.

3. Sikap teman sekerja sy yg petah bicara dlm memberi ceramah. Teman sy ini byk mpuyai 'soft copy' berkaitan pembangunan insan dan sahsiah diri. Pernah sy dan beberapa rakan yg lain ingin berkongsi bahan yg ada tetapi tanpa disangka teman sy ini secara jelasnya memberitahu sgala bahan yg ada tidak boleh dikongsi. Menurutnya, bahan itu merupakan haknya. Sy tidak menyangka jawapan yg diberi krn bagi sy, ilmu yg akan dibawa ke akhirat pun boleh kita perolehi secara percuma,inikan pula ilmu dunia. Sy tahu, teman sy ini tentu tidak mahu kehebatan yg ada pd dirinya akan disaingi oleh org lain. Mungkin takut kelebihannya akan diatasi atau seribu sebab yg bersarang di hati. Bukankah ilmu itu untuk dikongsi bersama?

Bukankah ketiga2 situasi ini memehuhi maksud sombong dalam Islam? Memandang hebat kepada diri sendiri hingga memperlekehkan orang lain? Mereka lupa, setiap kelebihan yg ada, semuanya datang drp Allah SWT. Kita sebenarnya tidak memiliki apa2 pun.Semuanya Allah pinjamkan kepada kita hanya untuk melihat sejauh mana kita memanfaatkan kelebihan yg ada.
Sewajarnya, apabila kita mendapat pujian drp org sekeliling atas kelebihan yg kita miliki, ucapkanlah 'Alhamdulillah' kerana segala puji itu selayaknya untuk Allah dan bukan hak milik peribadi kerana kelebihan yg dimiliki hanya bersifat sementara. Bila2 masa, Dia boleh menarik semula.

Sy sendiri juga takut akan sifat 'sombong' itu kerana adakalanya, sifat itu singgah juga di hati sy. Buat apa sy berbohong pada diri sendiri kerana sy pernah terbaca di mana Abi Salamah meriwayatkan bhw Abdullah bin Amr btemu dgn Ibn Umar di Marwah. Mereka berbual2 dan apabila Abdullah bin Amr berlalu, maka Ibn Umar duduk sambil menangis. Apabila ditanya mengapa beliau menangis, maka menurutnya, Abdullah bin Amr telah mendengar Rasulullah bersabda: " Barang siapa yg di dalam hatinya ada sebesar atom dari sifat sombong, maka Allah SWT akan menimpakan api neraka ke arah wajahnya". 
Dan, hadis ini mengingatkan sy bahawa sy juga memiliki sifat sombong itu walaupun tidak dizahirkan tetapi ia terselit jua di dalam hati. Jadi, sy sendiri harus berusaha membersihkan hati drp sifat sombong itu sendiri. Sy akan cuba dan terus berusaha krn pujian2 memang byk berlegar2 di sekeliling sy. Sy akur hal ini kerana:

Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rosak maka rosak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)
p/s: Sekadar ingatan bersama: 
Apabila terasa sombong menguasai diri, cepat2 lah beristigfar memohon perlindungan dan keampunan drpNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan