Jumaat, 1 Oktober 2010

Terima Kasih Buat Suami



Hari ini sy terbaca bgaimana erti sayang suami kepada isterinya yg sebenar. Kusyuk jg sy membaca artikel tersebut tp sygnya sy tidak tahu siapa penulisnya kerana sy hanya membaca artikel itu di satu helaian yg telah koyak sebahagiannya. Walau bagaimanapun, sy bersyukur kerana Allah memberi ilmu itu kepada sy wpun sy hanya dpt membaca sebahagiannya sj.

Antara ayat yg masih sy ingat:
Seorang suami yg kasih dan syg akan isterinya haruslah sering mengingatkan isterinya agar mentaati suami selagi tidak bercanggah dgn ajaran Islam. Ini jelas kerana ramai wanita masuk ke neraka kerana berdosa kepada suaminya. Asiyah sendiri mentaati suaminya Firaun selagi tidak bertentangan dgn Islam.Apatah lagi para isteri2 hari ini harus lebih mentaati para suami kerana suami2 hari ini tidaklah sekejam Firaun.

Sejenak sy memikirkan diri sendiri. Adakah suami sy byk terluka dgn sikap,perbuatan dan kata2 sy? Lantas sy terus mendapatkan suami dan bertanya adakah sy byk melukakan hatinya. Jawapan suami melegakan hati namun sy masih takut apa sebenarnya yg ada di dalam hati. Sy manusia biasa yg sgt lemah. Tentu ada kalanya amarah mengatasi akal fikiran sy. Tatkala itulah sy pasti meninggikan suara. Kadang2 sy tidak sengaja melukakan hati suami. Maklumlah, penat bekerja sepanjang hari,scara tidak sengaja emosi menguasai diri.

Sy berpesan pada suami. Tegurlah sy jika sy terkasar bahasa. Ingatkan sy jika terlanjur gurau senda. Kadang2, ujian yg datang tidak sy duga. Disebabkan kurang ilmu, sy melenting terlebih dahulu. Beberapa minit berlalu, baru sy beristigfar berkali2 agar sedar diri. Ya Allah....

Terima kasih,ya Allah kerana menggerakkan hati sy untuk membaca cebisan artikel tersebut walaupun hanya sebahagian sahaja. Ilmu yg sy peroleh itu, walaupun tidak banyak tapi sudah cukup membuatkan hati sy terusik. Hakikatnya, sy sgt menyanyangi suami sy kerana sy tahu Allah telah pun menetapkan jodoh sy sejak azali lagi. Sepanjang perkongsian hidup bersamanya, sy dapat merasakan erti kasih sayang yg tidak mungkin sy peroleh dari mana2 lelaki. Dia suami yg baik buat sy....

Seorang isteri yang baik dan solehah akan sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk tidak menyusahkan dan membangkitkan kemarahan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya. Namun, sampaikan sy ke darjat itu? Insyallah............

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab." 

 "Abg pun ada juga melukakan hati nora. Jadi, biasalah adat suami isteri macam tu. Kalau abg terlalu baik,nanti nora syg sgt kat abg ".

Itu kata2 suami sy tatkala sy memohon maaf jika sy byk melukakan hatinya. Benar juga kata suami sy. Jika sy tidak pernah terluka, tentu sy akan menjadi sangat syg kepadanya hingga melebihi rasa kasih kepada Allah SWT. Begitu juga sebaliknya. Begitulah adat hidup berumahtangga. Kecewa, terluka, berkecil hati adalah perkara biasa. Bila sedar akan kesilapan diri, segeralah memohon maaf agar rasa kasih itu segar kembali.

Terima kasih kerana menjadi suami sy..........
Terima kasih kerana memahami sy...............
Terima kasih kerana sering menghiburkan sy.............
Terima kasih kerana setia mendengar luahan hati sy..........
Terima kasih atas segala-galanya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...