Khamis, 30 September 2010

Belajar Memaafkan Orang Lain


Sukarnya mata ini hendak lelap. Puas sy cuba,namun mata tetap sampai hati tidak mahu lena. Entah apalah otak sy buat shingga fokus utk mengosongkan fikiran gagal dilakukan walaupun pelbagai teknik dan method telah sy lakukan. Dan akhirnya sy akur dengan keputusan mata yg tidak mahu lena spanjang minggu ini. Sy pasrah.........

Pada kesempatan ini, sy cuba mengenal diri. Terlalu kerdil diri sy di muka bumi Allah SWT ini. Terlalu banyak khilaf yg telah sy lakukan walaupun adakalanya ia berlaku tanpa disengajakan.Senang saja rupanya  nak buat dosa.Terdetik di hati saja, sudah cukup membuat kita rasa bersalah di akhirnya. Bukan senang rupanya kita hendak menjaga hati. Kadang2, di mulut kita cuba berkata yg baik2 tetapi lain pula di hati. Di mulut kita sanggup memaafkan kesalahan seseorang terhadap kita, tetapi di hati lain pula bicara. Di mulut kita berkata kita redha, tetapi di hati masih berbekas. Ya Allah, sukarnya menyeiringkan kata mulut dan kata hati. Allah hu Akbar!!

Sy cuba memaafkan ksalahan org lain pada sy kerana bagi sy juga mengharapkan org lain memaafkan ksalahan sy pada mereka. Sy sedar,mana ada manusia di muka bumi ini tidak melakukan kekhilafan?

" Belajar memaafkan orang lain." 
Kata-kata ini sentiasa sy sematkan di hati. Sy tahu, bila kita dapat memaafkan seseorang dengan seikhlas-ikhlasnya, insyallah hidup ini akan tenang. Masalahnya, di mulut kita kata kita telah memaafkannya tapi di hati sebaliknya. Kita boleh bohong orang lain dengan bicara tetapi kita tidak akan boleh menipu hati. Ya.....sy sudah dapat punca mengapa sy tidak dapat melelapkan mata saban malam. Ya Allah, bersihkanlah hati ini. Buangkanlah tompok2 hitam yg tercalit di hati sy walaupun sedikit.

Sy terus mencuba unt  melupakan kisah lama. Bukan sy menjemputnya hadir pada setiap malam, tapi peristiwa itu sering datang tanpa diundang. Akibatnya, sy menjadi mangsa keadaan. Melayan kerenah jahat hati hingga mencecah di dinihari. Pergi kerja, tidak pernah segar kerana pening kepala. Sampai bila sy harus didatangi kenangan2 lama mengusik jiwa?

Pergilah...pergilah jauh2 dari hidup ini. Sy tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Yang lepas, biarlah ia berlalu pergi. Yang penting, jangan ada dendam di hati. Sy tahu sy diuji. Dan sy harus redha dengan ujian ini. Biarlah selari antara mulut dan hati. Wahai hati, redhakan juga  musibah ini. Biarlah hidup sy tenang setenang air di kali.

Ya, sy harus belajar memaafkan orang lain.
Bisikkanlah pada diri:
" Aku juga ada melakukan ksilapan pada orang lain. Jadi, jika ada org lain melakukan pkara yg sama kepada kita, anggaplah itu memang kelemahan manusia. Mengapa harus ambil kira ksalahan org lain pada kita saja? itu tidak adil namanya. Hidup di muka bumi ini, bukan lama. Lupakan sahaja perkara2 yg boleh melukakan hati dan merosakkan jiwa. Serahkan saja pada Allah kerana Dia sebaik2 dan seadil2 hakim di sana....Maafkan dia!!!!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan