Sabtu, 4 September 2010

Rindu di Aidil Fitri..................

Rindu yang tidak pernah sesiapa memahami
Setiap kali menjelang aidil fitri
Aku pasti tercari-cari
Tangan-tangan untuk kujamahi
memohon ampun di pagi hari

Aku rindu untuk mencium tanganmu
Setelah sekian lama tangan itu tidak kusentuh
Kita terpisah jauh
Walaupun hakikatnya kalian berada hampir denganku
Betapa kejamnya situasi
Memisahkan hubungan ini
Tanpa diminta tanpa disangka
Situasi berjaya menghalang kita
Untuk bersama
Menjelang hari raya....

Bagaimana hendak kuungkapkan dengan bicara
Kerana semua di sekelilingku enggan percaya
Aku terpisah jauh dengan kalian semua
Walaupun berkali-kali aku berkata
Wahai kalian...aku tidak berdosa
Semuanya fitnah bicara manusia

Ya Tuhan
Aku sarat dengan rindu
Tapi aku tidak berdaya
Melawan ketentuan ini
Terpaksa aku pendam sendiri

Nun jauh di sudut hati
Kupohon padaMu ilahi
Cantumkan semula kasih ini
Aku setia menanti
Hingga akhir nanti

2 ulasan:

  1. cahaya mata penawar luka..
    selamat hari raya mama

    BalasPadam
  2. Kerap kali doa yang tulus ikhlas itu lebih baik dari tangan yang bersalaman tapi penuh kepuraan (kerana terpaksa mengikut adat)

    BalasPadam