Mengapa manusia begitu taksub dengan harta? Adakah harta menjadi kayu pengukur status seseorang?
Soalan ini berlegar2 di kepala saya. Bila sy ajukan persoalan ini, ramai yg setuju. Harta memang melambangkan status manusia. Sebab itu ada bidalan: Hina besi kerana karat, hina manusia kerana miskin. Jadi, kerana tidak mahu dilabelkan 'hina'. manusia terpaksa mengikut arus biasa. Secara realitinya, memang tidak ada yang menyanjung orang miskin walaupun si miskin itu kaya dengan budi bahasa.
Begitu juga dengan pangkat,kedudukan dan kelebihan yg ada. Manusia biasa, sukar untuk menyembunyikan sesuatu yg istimewa yg mereka ada. Rugi rasanya jika segala keistimewaan ini tidak dikongsi dengan orang2 di luar sana.
Bila diimbas kembali, ibu sy sendiri juga meletakkan status seseorang itu dengan kemewahan dan kekayaan harta yg dimiliki. Menurut ibu, manusia tidak akan dapat hidup dengan sempurna jika mengahwini seseorang dengan berlandaskan budi bahasa.Budi bahasa tidak boleh membuat kita kenyang dan hidup dalam kesempurnaan. Mungkin pendapat ibu sy benar kerana kebanyakan orang2 tua bila bercakap, berlandaskan pemerhatian dan pengalaman. Jadi, pilihan sy suatu ketika dahulu tidak disenangi oleh ibu sendiri. Tak mengapa, kerana sy memahami situasi ini. Setiap ibu inginkan yg terbaik untuk anak mereka. Mungkin ini pendapat peribadi ibu sy. Dan, sy menerima pandangannya walaupun mungkin tidak sependapat dengan sy.
Tipikal manusia biasa, memang suka menunjuk2 apa saja yg mereka ada. Ada di antara kita yg suka meletakkan gambar mereka menerima ijazah di ruang tamu. Mungkin juga mereka bangga kerana memperoleh segulung ijazah. Bagi mereka,bukan semua mampu melanjutkan pelajaran ke universiti? Begitu juga bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki di bumi Makkah. Title haji dan hajah mesti diletakkan di pangkal nama. Bukan semua manusia berpeluang mengerjakan haji? Jadi untuk membezakan antara manusia2 ini, harus ada perbezaan antara mereka yg telah menyempurnakan rukun ke lima ini. Yg pasti, ini bukan perintah Allah, tetapi manusia sendiri yang suka membezakan darjat seseorang. Biarkanlah, kerana sy sangat memahami manusia itu sebenarnya sangat lemah. Termasuk sy. Sebab itu mereka buat sesuatu untuk orang lain tahu. Bagi Allah, kita semua sama disisiNya. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui. Yang membezakan kita adalah amalan sahaja.
Sy bukan mengkritik, cuma rasa terpanggil untuk berkongsi isu2 remeh bagi sesetengah manusia . Disebabkan suka memerhati, sy ingin rakan2 memberi pandangan peribadi. Boleh kita berkongsi dan saling mengingati. Ingatkan diri sendiri dan rakan2 yang lain. Barulah kita dapat sesuatu yg segar dan insyallah dapat memperbaiki diri.
Saya sendiri tidak terlepas dengan isu ini. Mungkin kerana tidak berharta dan tiada kelebihan , maka tidak ada apa2 yg ingin sy pamerkan. Sy cuma ada keperluan asas.Sebuah rumah yg sederhana, kereta biasa untuk memudahkan sy pergi bekerja dan tidak ada harta2 sampingan. Jadi, mungkin tidak ada apa yg ingin sy tonjolkan. Belum tentu lagi kalau sy ni orang kaya. Mungkin satu dunia ingin sy hebahkan. Siapa tahu? Kerana manusia memang petah menuding jari jika mereka sendiri belum diuji. Waullahualam....
Namun, apa pun sy gembira dengan kehidupan sekarang. Cukup dengan apa yg ada di sekeliling sy. Ada seorang suami yg dapat membimbing sy..... dan anak2 yg pandai menjaga maruah keluarga. Sy merasa juga kemewahan kasih sayang antara kami. Cuma, sy harus mencari dan terus mencari sesuatu yg hakiki. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada sy dan keluarga.
Jangan sampai pula kita berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan apa yg ada. Kita menyalahertikan pula konsep kesederhanaan dalam kehidupan. Tidak mahu mengubah kehidupan dengan alasan tidak mahu 'menunjuk-nunjuk'. Itu salah konsep namanya. Bila kita bersikap demikian, mudah berpuas hati dengan apa yg ada. maka dah tentu peluang2 seperti yg sy nyatakan di atas, diambil alih pula oleh bangsa2 lain. Kita membenarkan kekayaan, kedudukan, pangkat dan apa sahaja pada 'orang' lain untuk mengisinya. Bukankah malu,orang luar pula yg kaya raya berbanding dengan bangsa kita. So, jangan pula ada yg salah ertikan konsep ini.
Semua orang berhak membuat kesimpulan untuk mengukur darjat atau status seseorang. Terpulanglah pada individu itu sendiri. Kita bebas menilai apa sahaja mengikut sudut pandangan kita. Bagi mereka yg memiliki pelbagai keistimewaan seperti harta, darjat, pangkat, gelaran dan apa saja keistimewaan, jangan jadikan apa yg diperoleh itu untuk diri disanjung oleh orang lain. Cukup dgn apa saja yg dimiliki itu adalah untuk diri sendiri dan diredhai Allah. Sesungguhnya, semuanya itu adalah pinjaman daripada Allah. Harta yg ada boleh hilang sekelip mata,gelaran ada boleh ditarik dengan tidak semena-mena. Dan.... belum tentu kita diterima menjadi tetamu Allah dengan sempurna jika niat sebenarnya bukan utk melaksanakan ibadah.
Sabda Nabi SAW :-
قال أَتَيْتُ النبي في ثَوْبٍ دُونٍ فقال أَلَكَ مَالٌ قال نعم قال من أَيِّ الْمَالِ قال قد آتَانِي الله من الْإِبِلِ وَالْغَنَمِ
وَالْخَيْلِ وَالرَّقِيقِ قال فإذا أتاك الله مَالًا فَلْيُرَ أَثَرُ نِعْمَةِ اللَّهِ عَلَيْكَ وَكَرَامَتِهِ
Ertinya : "Aku datang bertemu Nabi SAW dengan berbaju yang kurang elok lalu
Nabi SAW bertanya :
"Adakah engkau mempunyai harta ?"
Aku menjawab : " Ya"
Baginda bertanya lagi : "Dari mana dan apa jenis hartamu itu?"
Aku menjawab : "Allah telah memberiku harta dari ternakan unta, kambing dan kuda"
Nabi terus membalas dengan katanya :
"Jika seseorang kamu telah diberikan harta (yang halal) maka hendaklah atau haruslah ditunjukkan kesan-kesan nikmat dan kemuliaan Allah (yang diberikan) kepadanya" ( Riwayat Abu daud, no 4063, 4/51, tirimidzi, no 2006, 4/364 ; Tirmidizi & Albani : hasan sohih
Ini bermakna, manusia yg memiliki kekayaan, kesenangan,dan kelebihan harus mensyukuri nikmat yg diperoleh serta sedar kelebihan yg diperoleh bukan untuk bermegah2. Gunakanlah segala yg diperoleh itu ke jalan Allah kerana semuanya datang dariNya jua.
(Sesungguhnya, entri ini untuk mengingatkan diri sy sendiri kerana sy juga mungkin tidak terlepas daripada melakukan sesuatu yang tidak diredhai tanpa sy sengaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan