Sabtu, 18 September 2010

Dekat Tapi Jauh



Perbezaan Budaya
Hari Raya tahun ini berlalu begitu sahaja.
Secara tidak sedar, dah lebih seminggu berlalunya Aidil Fitri. Suasana di kampung mentua di Padang Nanas,Tganu, tidak semeriah di kampung sendiri. Terasa hambar sangat tetapi sy perlu akur dengan budaya sambutan di sini. Sejak sy berkahwin hingga sekarang, suasana berkumpul adik beradik (ipar duai sy) tidak pernah berlaku. Mungkin budaya keluarga suami sy memang begitu walaupun mereka tinggal di sekeliling rumah ibu mentua sy. Masing2 menjamu selera di pagi raya di rumah masing2. Sy tidak mampu mewujudkan suasana makan bersama adik-beradik yg lain kerana mungkin kerana mereka semua lebih selesa berada di rumah masing2. Dan suasana ini amat berbeza dgn keluarga sy. Biasanya, kami akan berkumpul adik beradik untuk menikmati juadah istimewa di pagi raya. Maaf, perbezaan budaya ini tiada kaitan dengan negeri tetapi hanya melibatkan keluarga suami sy sendiri. Mungkin, mentua sy tidak pernah mengambil berat dengan budaya berkumpul bersama-sama di pagi raya atau budaya ini tidak terlalu penting bagi mereka. Jadi, tidak hairanlah sudah bertahun2 lamanya sy tidak pernah berjumpa dengan seorang adik ipar sy masih bujang (menetap di Johor) dan seorang lagi dah berumah tangga (menetap di Kelantan) yg tidak balik berhari raya di kampung sendiri.

Dekat Tapi Jauh
Seawal pagi, sy telah menyediakan juadah nasi impit dan daging dinding. Ibu mentua sy menyediakan nasi minyak dan ayam gulai. Sy dan anak2 memang mengharapkan semua adik beradik suami  berkumpul menjamu selera di pagi raya namun hasrat kamu tidak pernah terlaksana. Kalau dulu, begitu sukar untuk sy mjawab pertanyaan demi pertanyaan drp anak2  yg masih kecil tentang ketidakseronokan mereka berhari hari raya di kmpung nenek mereka. Maklumlah, anak2 sy sering melihat budaya makan dan berkumpul bersama-sama saudara mara di kaca televisyen atau budaya berhari raya di tempat sy. Namun, apa yg dilihat tidak pernah berlaku dlm khidupan kami di sebelah suami sy walaupun adik2 suami sy tinggal di sekeliling rumah ibu mereka. Hubungan mereka dgn ibu sendiri tawar.....atau lebih tepat kalau sy kata 'dekat tapi jauh'. Mungkin juga ibu mentua sy sudah biasa dengan keadaan sperti ini. Ya...sperti yg sy kata tadi, sejak sy menjadi sebahagian drp kluarga ini, sy tidak pernah berpeluang berkumpul di pagi raya dengan semua adik2 dan kakak ipar sy. Pelik tp benar. Pada awal perkahwinan, sy terkejut juga tp lama-kelamaan, alah bisa tegal biasa. Untuk tidak menjadi suasana di pagi raya hambar, sy akan melakukan apa saja demi anak2 dan suami. Biarlah kelihatan 'syok sendiri' namun ia berbaloi juga bila melihat anak2 sy yg pd masa itu masih kecil merasa happy di pagi raya.

Memanfaatkan Masa
Kini, anak2 sy telah dewasa dan mereka sudah biasa dgn budaya saudara-mara mereka di terengganu berhari raya. Ya, mereka sudah biasa. Syukur, alhamdulillah................Dan sy yakin, anak2 sy mempelajari sesuatu drp apa yg mereka lihat pada hari ini. Anak2 sy akan lebih menghargai hubungan sesama mereka dan tahu memanfaatkan masa yg ada bersama sy dan ayah mereka serta adik-beradik yg lain. Hubungan yang wujud ini harus dipelihara kerana hidup bersama keluarga tidak lama. Suatu masa nanti, mereka juga ada keluarga sendiri dan ketika itu hubungan antara adik-beradik dan ibu bapa tidak selancar pada hari ini. Sy juga selalu berpesan pada mereka, bahawa budaya berkumpul bersama keluarga di hari raya harus diwujudkan demi menjaga hubungan sesama kita. Sesungguhnya, sy yakin tidak ada sesuatu yg Allah beri itu percuma. Tentu ada sesuatu yang harus kita analisa dan renungkan untuk kebaikan kita pd masa akan datang. Ambil sesuatu kejadian itu sebagai teladan ataupun sempadan untuk membina khidupan yg mendatang.

Mencium Tangan
Pada anak2 juga sy mengingatkan bahawa jadikan hari raya suatu hari yg mengeratkan ukhwah sesama kita. Budaya mencium tangan ibu bapa harus dikekalkan selagi hayat dikandung badan. Si adik harus mencium tangan saudara yg lebih tua. Jaga hubungan ini sampai bila-bila. Kita hidup bersama di dunia ini hanyalah sementara. Alangkah ruginya jika kita sebenarnya 'dekat tapi jauh'


Sesungguhnya, ganjaran orang-orang yang mengeratkan silaturrahim sungguh banyak. Antara lain, ALLAH SWT akan menambahkan rezeki dan memanjangkan umur kita, menghindarkan mati dengan cara tiba-tiba atau mengejut, menyucikan hati dan membersihkan jiwa. Ianya juga adalah satu jalan ke syurga dan satu cara menghapuskan dosa-dosa. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan