Rabu, 8 September 2010

Bergembiralah di Hari Raya.....


Selamat Hari Raya Aidil Fitri...........
Sebut saja Hari Raya, dah tentu semua orang bergembira. Sikit je antara kita yang akan berduka dan tidak happy ketika raya mjelang tiba. Lagu2 raya yg diputarkan di radio pun, semua mgambarkan suasana gembira. Yg berduka dah tentulah kerana ada musibah yg melanda atau khidupan yg sukar menjadi pnyebab kemeriahan hari raya mjadi hambar. Walau apa pun, hari raya tetap disambut juga dlm keadaan apa sekali pun. Setidak2nya, sbg umat Islam, kita harus  meraikan hari raya ni sbg lambang kemenangan kerana kita bjaya mlaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Selamat Hari Raya untuk semua.

Saya????
Ah...sy ingin meluahkan apa yg sy rasa pada stiap kali mjelang hari raya. Sudah 17 tahun sy tidak mrasa keseronokan berhari raya. Setiap kali mjelang hari raya, terasa hambar bg sy kerana rutin kebiasaan orang lain biasa lakukan, sy tidak dapat merasakan suasana itu. Cuma, sy malas nak layan rasa sedih pd setiap mjelang hari raya. Apa yg penting , sy akan pastikan keluarga sy happy terutama anak2 ksayangan sy. Sy pastikan mereka tidak terlibat dgn rasa sedih sy. Dan, sy tidak pernah mempamerkan rasa sedih itu dihadapan anak2. Tidak adil bg mereka berkongsi kesedihan itu kerana mereka harus bergembira ketika menjelang hari raya spt anak2 yg lain.

Kenapa saya sedih?
Maaf, sy tidak dpt bkongsi cerita. Cuma, teringin juga meluahkan rasa itu di blog peribadi sy. Sbagai manusia biasa, sy ingin bercerita juga tp akal mampu mengatasi perasaan sedih sy. So, sy cuba menukar entri ini kepada 'mood' happy agar sy tidak menangis ketika menulisnya.

Bukan sy seorang kat dunia ni yg tidak happy mjelang hari raya. Wpun tak ramai, tapi sy yakin masih ada insan2 kat luar sana yg lebih malang drp sy. So, sy harus bersyukur juga. Urusan perasaan, kita yg uruskan. So, insyallah sy akan uruskan perasaan sy dengan membykkan perkara2 yg boleh menghilangkan rasa sedih  itu. Sy berusaha menyakinkan diri, setiap yg Allah berikan itu, tidak pernah percuma. Tentu ada disebaliknya. Cuma manusia sj yg gagal menganalisa,sabar,tidak yakin, suka mengeluh dan sbagainya mjadikan setiap ujian itu merupakan musibah bagi mereka. Sy selalu memujuk diri sendiri supaya yakin dgn setiap apa yg berlaku ke atas diri sy. Dan....sy masih mencuba ke arah itu walaupun ia memakan masa yg agak lama.

Insyallah, kalau umur sy panjang, sy akan bgembira juga dgn kehadiran hari raya. Mungkin 10 tahun akan dtg atau kurang dari jangka masa itu. Sy akan gembira apabila menanti kehadiran anak2 pulang ke kampung bersama pasangan mereka dan cucu2 sy. (ha ha ha ha ha) Ketika itu, suami sy tentu sibuk membeli kelengkapan bahan2 mentah untuk sy masak makanan kegemaran anak2 sy mjelang hari raya. Mesti sy sibuk mnyiapkan duit raya untuk cucu2 sy. Dan, di pagi raya, sy dan suami akan duduk bgandingan menanti tangan kami dicium oleh anak2 dan menantu serta cucu2 kami yg comel.

Seronok juga merancang masa depan. Apapun, smuanya dalam pengetahuan Allah jua. Sbagai manusia, apa yg terdaya oleh kita hanya merancang. Tidak lebih dari itu. Apapun, sy bersyukur di atas segalanya. Biarlah apa yg berlaku dlm hidup sy,menjadi panduan kepada sy sendiri utk membina kbahagiaan pada masa akan datang. Sy ambil apa yg berlaku itu sbg teladan dan sempadan. Sy kena redha...malah wajib redha dengan ketentuanNya.

Akhir kata....."Selamat hari raya buat emak dan abah sy serta adik beradik sy di kampung. Saya sangat syg mereka sampai bila2. Kasih syg sy tetap tersimpan di satu sudut khas buat mereka walaupun sy sudah mempunyai keluarga sendiri."
Dan janganlah bersedih ketika hari raya.....wujudkan suasana gembira di hari raya kerana kgembiraan itu terletak di hati kita. Gembira hati, maka terpamerlah kegembiraan itu secara langsung. Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan