Khamis, 26 Ogos 2010

Perginya seorang Guru yang benar2 bergelar Pendidik



Rasa nak mati
Tarikh : 25 ogos 2010
"Nora, I tumpang you balik", suara cikgu Pandiraj berada dicorong hp sy. Dan  memang sy tak hairan pun, kalau dia yg call, tentu ayat inilah yg biasanya keluar daripada mulutnya.
"Okey...okey," pendek saja jawapan sy.

Jam 1.15 petang sy melihat cikgu Raj sudah berada di pondok jaga . Berkali2 sy memohon maaf kerana kelewatan sy pada hari itu. Biasanya, tepat saja 12.45 ptg, sy  adalah antara org pertama yg start enjin kereta.Tapi pada hari itu, sy agak lewat sdikit kerana berbual dengan ustazah Aminah di bilik sahsiah.

Sepanjang perjalanan pulang, cikgu Raj lebih byk bercakap drp sy. Perbicaraan dia kali ni berkisar tentang kematian. Sy memang layan aje  topik yg dia bawa setiap kali dia menumpang kereta sy. Tapi,pada hari itu , dia byk membicarakan soal mati.

"Nora, I rasa I mcm nak mati lah..." Itu ayat pertama yg keluar drp mulutnya. Sy ingatkan ksihatannya tidak baik pd hari itu lantas sy mengesyorkannya pergi ke klinik dan mengambil glukos sbg tambahan tenaga. Berkali2 kali sy meng'offer diri untuk menghantarnya ke klinik jika benar2 kesihatannya terganggu pd hari itu. Pelawaan sy, ditolak olehnya dan dia meminta sy supaya jgn risau kerana dia tahu tuhan memberikannya peluang untuk hidup lebih lama cuma dia sahaja yg rasa hendak mati. Sy pun memberi respon tentang isu yg dibawa. Sy katakan padanya bahawa menghadapi kematian ,sangat menyakitkan dlm Islam dan diikuti rasa sakit ketika melahirkan anak. Dia membalas kata2 saya dgn mengatakan rasa sakit di saat kematian tidak dinyatakan dalam agama hindu. Sy cuba menyakin dia, bahawa kematian itu menyakitkan agar dia takut untuk bercakap perkara yg sama berkali-kali. Dan strategi sy berjaya kerana dia beralih pula ke topik lain.

Sangat Rajin
Dia nampak happy benar hari itu. Topik kami beralih pula kepada pelakuan student kini yg tidak berminat hendak belajar. Dia rasa kesal kerana pljar skrang tidak mementingkan pendidikan. Secara peribadi, sy memang respect kepada ckg Raj ni kerana dia memang seorang guru yg rajin. Sy sendiri tidak mampu menjadi spertinya. Masuk ke kelas, tepat pd masanya. Kerap mengadakan kelas tambahan hingga student pulak yg merungut2 malas nak mengikuti kelas tusyen tersebut. Dia memang seorg guru yang rajin. Sangat rajin.....

Cerita Asal
Tidak semena-mena, dia  mengajukan lagi soalan berkaitan kematian  kepada sy. Ini dah balik semula ke cerita yg asal. Bisik hati sy.
"What you think tentang mati, nora? Kita perlu mati ke??"
Sy ketawa mdengar soalan drp mulut dia. Soalan yg tak logik bagi sy. Kalau kanak2 yg tanya, memang wajar sy menjawabnya.
"Isy...apa pulak soalan you ni, Raj. Memanglah kita semua kena mati. Hendak atau tidak, kita kena mati juga," jawab sy mudah.
"Kenapa kita mesti mati?" Cikgu Raj masih tidak puas hati dengan jawapan 'simple' sy. Sy terdian seketika mengambil masa untuk mencari jawapan yg paling mudah untuk diterima olehnya.

"Ada dua sebab kita kena mati. Yg pertama,kalau manusia tidak mati, cuba you bayangkan dunia ni dipenuhi manusia. Eeee.....sesaklah. Yg kedua, kalau kita ni tak mati2 smpai ke tua, dah tentu kita menyusahkan anak2 kita, Raj. Nanti diorang pun rasa susah nak menjaga kita sedangkan masa tu diorang pun ada komitmen sendiri. Betul tak Raj?" Kata-kata sy mnyebabkan dia ketawa besar seolah2 menyokong pendapat spontan sy. Kali ni dia seperti berpuas hati dgn jawapan sy. Dan yg paling lucu sekali, dia bertepuk tangan seolah-olah kelakar mendengar jawapan sy.

Sedang kami asyik bercerita, tiba-tiba hpnya berbunyi. Dia mjawab panggilan itu. Wpun sy tidak memahami bahasa pertuturannya, namun sy dapat menduga dia mjawab panggilan drp isterinya kerana setiap kali dia bercakap dengan isterinya, begitulah  nadanya. Selesai sj dia bcakap, sy terus meminta pengesahan drpnya betulkah org yg menelefonnya itu ialah isterinya. Tekaan sy tepat sekali.
"Isteri you berada kat rumah kakaknya ke?" Tanya sy. Ckg Raj hanya mengangguk.
" You tengok,Nora. Betul tak apa yg I pernah cakap dgn you. Setiap kali I balik, isteri I tak pernah ada kat rumah.". Nadanya agak tinggi sedikit. Sy tahu, dia sbenarnya sangat sunyi kerana topik s'unyi 'ni, kerap sgt keluar drp mulutnya. Dia selalu bcerita dgn sy, isterinya saban hari berada di rumah kakaknya dan dia akan bersendirian stiap kali pulang ke rumah. Sy tidak  mengulas tentang apa yg dia rasa, kerana ini adalah berkaitan masalah rumah tangganya. Dan, jauh disudut hati sy, tentu ada sebab juga kenapa isterinya bersikap sedemikian rupa.

Akhirnya, kereta sy smpai di hadapan rumahnya. Sempat sy berpesan supaya dia byk berehat memandangkan kesihatannya tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini. Dia membalas ayat sy:
"Ya, Nora...I akan rehat cukup2."
Itu ayat terakhir drp mulutnya.

Tidak keruan
Ketika menunggu waktu berbuka puasa, sy mdapat sms drp seorang sahabat yg mengatakan ckg Pandiraj meninggal dunia. Tercampak hp sy drp tangan ketika itu. Terkejut bukan kepalang.Menurut kawan sy, ckg Raj meninggal pad jam 5.00 ptg.Ini bermakna dlm tempoh lebih kurang 3 jam dia meninggal dunia kerana sy smpai di rumahnya hampir pukul 2.00 ptg. Dalam fikiran sy, dia meninggal kerana serangan jantung. Ketika itu juga terlintas di fikiran sy perbualan kami di siang tadi. Sy mjadi tidak keruan hingga tidak menjamah sesuap nasi pun. Sy benar2 'shock'. 20 minit selepas itu, sy diberitahu oleh cikgu Ellavarasi, ckg Raj meninggal kerana menggantung diri. Bukan lagi terkejut, malah hampir nak gugur jantung sy. Barulah sy tahu, kata2 ckg Raj di siang hari itu sbenarnya dia ingin memberitahu sy yang dia memang hendak mati pada hari itu. Ya, dia memang dah merancang semua ini. Sy yakin, dia sebenarnya ingin memberitahu sy scara tidak langsung tp sy yg begitu 'bodoh' untuk memahami apa yg tersirat di sebalik cerita dan pertanyaannya. Dan, yg paling malang lagi, kenapa sy org terakhir bersamanya................................

Sy mula mengingat kembali smua yg pernah diceritakannya pada sy suatu ketika dahulu. Sy kesal, kerana tidak mampu meringankan beban yg ditanggung memandangkan batas2 yg perlu sy pelihara. Dan mungkin  baginya, cara untuk menyelesaikan masalah, dengan menamatkan hidup ini dengan cara yang  dipilih dan telah pun dilaksanakan. Segala-galanya dalam pengetahuan Allah jua.

3 ulasan:

  1. Tak sangka akak nak bercerita di sini. Maka tak perlu saya nak bertanya lagi...

    BalasPadam
  2. Tentu ada hikmah disebaliknya...Akak terfikir jugak..Allah maha tahu segala-galanya..Nora terpilih menjadi org terakhir mendengar keluh kesahnya...berkongsi suka dukanya...mungkin kepetahan Nora dpt menghiburkn hatinya...tapi yakinlah kita..segalanya telah tersurat...Akak sangat2 memahami kedukaan Nora.Sabar ya dik...tp ambillah ikhtibar d sebaliknya...betapa istimewa insan ini...sifatnya,sikapnya,peribadinya..sgt2 disenangi insan2 lain,x kira bangsanya maupun agamanya...kalau x mana mungkin menjadi tempat meluah perasaan,berkongsi suka duka hidup...

    BalasPadam
  3. Tkasih,kak....satu2 ayat2 dia menggambarkan yg dia akan melakukan perkara itu. cuma nora je yg tak faham pada masa tu

    BalasPadam