Selamat menyambut kedatangan Ramadhan.
Bulan yang penuh barokah dan sebagai muslim,kita perlu bertanya pada diri sendiri : Apakah ramadhan yg tiba kali ini dibiarkan sama seperti tahun2 yg lalu,dibiarkan tanpa diisi dengan iqra dan zikir tanpa tasbih dan takbir?
Sy sudah pun mjawab persoalan yg sy ajukan ini dan diharapkan agar ibadah kali ini lebih diberkati dan Ramadhan kali ini dapat diisi dengan sebaik yg mungkin.
Di sini, sy ingin menyampaikan apa yg sy baca dalam satu artikal yg ditulis oleh ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Katanya, bulan Ramadhan merupakan bulan 'bonus' drp Allah kepada hamba2Nya. Maklumlah, bulan ini, Allah menggandakan pahala jika kita melakukan kebaikan. Ini berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut :
"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .
Sayangnya, pahala yg berlipat ganda yang Allah berikan tidak dapat dilihat sekarang,jadi sebagai manusia yg lemah serba serbi, kita tidak mahu mengejar perkara yg tidak boleh diperolehi segera. Kita lupa, bahawa hidup ini sebenarnya sementara. Jadi, kita hanya mengejar imbuhan yg nyata dan boleh diperoleh segera. Sy tidak bercakap perkara ini untuk orang lain,sebab sy juga tergolong dalam manusia yg selemah-lemah iman. Justeru, sy berharap sangat agar ada insan yg sentiasa mengingatkan sy dalam hal2 yg berkaitan dgn agama suci ini.
Seperkara lagi,kita semua telah diberitahu oleh ustaz dan ustazah sejak di bangku sekolah lagi bahawa syaitan akan digari ketika Ramadhan menjelang.Apakah maksud syaitan digari?Sebahagian ulama.berpandangan maksud syaitan digari ini ialah syaitan tidak mampu menguasai orang2 yg berpuasa kerana kepatuhan mereka kepada suruhan Allah swt.
Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walau bagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau pada ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).
Entahlah....sy tidak bijak mengulas banyak perkara dalam hal2 yg berkaitan bulan Ramadhan ini tapi apa yg pasti sy tahu bulan ini bulan yg mulia. Dan pada kesempatan ini, sebagai muslim kita harus melakukan sebanyak amalan yg boleh kerana bulan ini juga bulan penghapus dosa. Banyakkan berdoa pada bulan ini kerana insyallah doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)
Harap2, sy dapat menjalankan ibadah ini sebaik yang mungkin bersama suami dan anak2 tersayang. Sy juga berharap agar tahun ini, kesihatan sy dipelihara oleh Allah agar sy dapat meneruskan amalan berpuasa sepanjang Ramadhan. Teringat sy pd tahun lepas, di mana sy tidak dpt menyempurnakan ibadah puasa dengan sempurna kerana diserang H1N1. Aduh, terasa siksanya serangan penyakit ini hingga sy tidak menyangka sy boleh pulih kembali. Syukur ke hadrat Allah kerana sy pulih setelah 10 hari mengalami kesakitan akibat serangan ini.
Semoga, Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kami sekeluarga.Sesungguhnya, kami mengharapkan 'NurNya' untuk membimbing kami ke jalan yg diredhai. Amin
Seperkara yang perlu sy kongsikan di sini:
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa :
"Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya"
( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)
Salam Ramadhan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan