Isnin, 9 Ogos 2010

Akhirnya..........

Hari ni,degup jantung sy seakan bhenti. Badan sy jadi lemah gemalai. Bukan kerana keletihan fizikal, tetapi keletihan mental yg tidak henti-henti mendengar masalah anak2 didik bangsa Melayu yg semakin hari semakin ramai terlibat dgn kes  mengandung sebelum bernikah. Ya Allah....dengarkah orang2 di luar sana betapa luluhnya hati kami, guru2 yg ada keinginan untuk mendidik sahsiah anak bangsa terpelihara tetapi sering disalah ertikan oleh ibu bapa palajar itu sendiri? Hari ini, sy seperti dipanah halilintar tatkala mendengar seorang lagi anak didik yg pernah sy nasihati,dekati, berkongsi rasa dan masalah......... mengandung hasil kerakusan nafsu yg yg tidak boleh disekat lagi.Sy tidak pasti kesahihan cerita ini kerana sy hanya mendengarnya drp seorang guru yg dimaklumkan oleh rakan2 pelajar yg terlibat. Tapi, apa yg pasti cerita tentang pelajar ini memang sy ketahui sejak dia berada dlm tingkatan dua lagi. Dan sekarang, pelajar ini berada dlm tingkatan 5.

Pelajar ini, telah berkali2 melakukan hubungan intim ini sejak di tingkatan 2 dengan pelajar lelaki di sekolah yg sama dan sebaya dengannya. Itu pengakuan drp mulut pelajar perempuan itu sendiri.Sy pernah memanggil kedua2 penjaga pelajar ini tapi apa yg sy harapkan tidak sy sama dengan apa yg terjadi. Sy nampak kedua2 orang tua mereka tenang saja apabila mengetahui yg anak mereka telah melakukan hubungan yg tidak sewajarnya dilakukan oleh remaja wanita dan lelaki sebelum disahkan menjadi suami isteri. Sy tidak mengharapkan mereka meraung-raung apabila mengetahui anak2 mereka terlibat dgn perbuatan yg tidak diredhai ini, tetapi sekurang2nya, sy boleh nampak rasa kesal itu berada di wajah mereka sebagai ibu bapa. Kalau difikirkan sekali, buat apa sy harus bersusah payah memisahkan mereka setelah ibu bapa mereka telah diberitahu dengan  apa yg berlaku? Kenapa sy yg berlebih2 menangani masalah ini dan bukannya mereka??????

Sy kecewa sebenarnya. Sukar unt sy mengungkaikan di sini dengan apa yg sy rasa. Di hadapan ibu bapa mereka, sy bertanya di manakah mereka melakukan kerja terkutuk itu. Mereka melakukannya di rumah mereka . Ada kalanya di rumah perempuan pada waktu malam,selepas ibu bapanya tidur. Dan adakalanya di rumah lelaki pada waktu petang, ketika ibu si lelaki menidurkan anak yg dipeliharanya. Dalam fikiran sy. bagaimana perkara ini boleh berlaku di rumah sendiri??? Sudahlah perkara ini berlaku sejak mereka tingkatan 2 lagi, dan skarang sudah 3 tahun perkara yg sama berulang kali dilakukan tanpa ada sebarang pencegahan dan tindakan kawalan yg drastik drp ibu bapa mereka terhadap anak2 mereka yg boleh dikatakan 'ketagih' melakukan perkara yg sama. Allah hu Akbar.....Tak tahu apa lagi yg sy harus lakukan. Akhirnya, sy pujuk diri sy supaya tidak memikirkan sangat perkara ini kerana tugas sy sudah pun selesai kerana kedua2 orang tua mereka telah pun dimaklumkan.

Dan....................hari ini, sy mendengar pelajar ini mengandung dalam beberapa bulan sahaja lagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.


Maksudnya : “Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”
( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)

Tubuh adalah amanah anugerah Allah. Justeru, anggota seks juga adalah amanah.. Ia diberikan oleh Allah kepada kita. Jika kita lakukan sesuka hati tanpa mengikut panduan agama, kita pasti  dihukum sebagai seorang yang tidak jujur.
Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata: “Amanah adalah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini, Allah akan memelihara diri dan keturunannya!”

Sila baca juga........

 






 






Hai, anak...beruntungkah ibu bapamu???


Tiada ulasan:

Catat Ulasan