Isnin, 2 Ogos 2010

Perjuangan Ini Masih Panjang

Kita yg bergelar manusia, tentu tidak terlepas drp melakukan kekhilafan. Sy faham itu,malah sy akur tentang kita yg bergelar manusia. Dosa sy sendiri jg tidak terhitung  byknya yg telah sy lakukan.Dan sy bersyukur,krn stiap kali kaki sy tersilap langkah, ada insan2 yg berani menegur sy. Memang pada awal teguran, sy akan terasa hati tp bila diberi peluang bersendirian, sy mengerti bahawa insan yg menegur kesilapan sy,ialah org2 yg menyanyangi sy. Mereka mahu sy menjadi yg lebih baik. Sy bersyukur kerana teguran drp mereka merupakan bentuk pertolongan  drp Allah kepada sy untuk membaiki kelemahan diri.

Sayang
Entah kenapa, sy tidak mahu pelajar ini terlibat dgn perkara2 yg mengheretnya ke lembah maksiat. Betapa uniknya rasa sayang anugerah Tuhan ini. Kenapa pelajar ini yg sy pilih unt disayangi???? Sukar utk menjawab persoalan itu tp yg pasti sy benar2 sayang kepadanya....sayang sperti anak sendiri.Mesti ada sebab kenapa Allah memilih dia untuk berada di hati sy. Dia memang pelajar yg baik, berhemah, dan mempunyai asas agama yg agak baik.

Mengongkong
Bukan sy tidak memahami perasaan remajanya. Memang boleh dikatakan 90% pelajar di sekolah menengah mempunyai hubungan istimewa dgn pasangan masing2. Sy tidak menafikan tuntutan fitrah itu tapi sy tetap menolak hubungan yg tidak wajar dijalinkan dalam usia yg tidak sewajarnya mencari cinta. Kenapa tidak percaya dgn jodoh yg telah ditetapkan olehNya sejak azali lagi??Atau, hubungan yang dibina sekarang hanya sekadar suka2 sahaja. Disebabkan sy tidak mahu dia kecundang dlm perasaan, maka sy menolak hubungan yg dijalinkan. Sy seperti mengongkong kebebasan sosialnya. Sy tahu dia mungkin tertekan kerana tidak sebebas remaja lain yang sedang hangat bercinta.Sebenarnya, sy takut dia khilangan hala tuju dlm hidup. Pelajaran terbengkalai di tengah jalan kerana sibuk melengkapkan rasa hati yg enak dibuai mimpi indah bersama gadis pilihannya.

Kecundang
 Sy menjadi ngeri apabila mengenang kembali beberapa org pelajar sy yg kecewa dlm percintaan di saat2 peperiksaan hampir tiba. Pelajaran mereka terganggu. Hebat penangan gagal dlm percintaan rupanya. Hala tuju masa depan hancur akibat hilang fokus dlm pelajaran. Mereka kecundang di tengah jalan. Harapan untuk menjejakkan kaki ke Universiti hancur berkecai.Sy tidak mahu perkara yg sama berlaku pada pljar ini. Dia bijak dlm akademik dan sy yakin,jika dia tidak dikuasai cinta,prestasi akademiknya pasti akan lebih baik.Malah sahsiahnya juga akan terpelihara.

Berjanji
Ramai remaja yg berjanji tidak membelakangkan agama. Cinta mereka hanya sekadar suka-suka....mengisi kekosongan jiwa remaja. Siapa yg berani berkata, mereka tidak melakukan perkara2 yg ditegah jika setiap hari cinta dibaja? Siapa yg berani memberi jaminan, cinta mereka bahagia hingga ke akhirnya? Cinta remaja, selalunya tidak jujur. Remaja tidak matang dalam mengukur kehebatan dan kemurnian anugerah rasa pemberian yang Maha Berkuasa. Cinta remaja selalunya dipengaruhi nafsu. Hakikat sebenar cinta itu, sangat suci dan ikhlas. Pengetahuan yg mendalam dalam ilmu Allah,mereka akan akur bahawa cinta tidak boleh diberi kepada yang bukan hak. Allah memberi rasa itu sebagai anugerah teristimewa kepada hambaNya. Mengapa ada yg sewenang2nya memberi dan menerima cinta itu?

 Bijaknya Syaitan Mengatur Strategi
Kadang-kala sy tergelak jg dengan perangai sy. Selalu sgt sy nak bertanding dgn syaitan. Macamllah sy dh byk ilmu utk mengatasi kekreatifan syaitan. Sy akur syaitan memang kreatif utk menyesatkan anak2 Adam. Syaitan juga sgt bijak mempromosi dan provokasi kejahatan agar lebih ramai org2 yg baik ini sperti pelajar ini akan akur juga dgn permainan mereka.Syaitan tidak pernah kalah dlm mengatur strategi. Dan malangnya, sy yang daif ilmu agama ini tidak sekreatif syaitan utk menarik orang2 di luar sana yg sy sayangi. Akhirnya, sy mengaku kalah kerana ketumpulan daya kreativiti dan akhirnya membiarkan saja apa yg sy lihat begitu saja. Demi Allah, sy tidak mampu menarik pelajar ini kembali. Biarkanlah.....biarkanlah dia berfikir sendiri. Dan, doa sy pohonkan agar perkara2 yg melibatkan hati dan perasaan dgn yg bukan muhrim ini tidak terjadi kepada anak sy dlm usia remaja yang harus di isi dgn ilmu2 yg sepatutnya. Ya Allah.....perkenankan doaku....

Entahlah.....
Memang banyak benar keluhan dalam jiwa sy.Keluhan yg entah bila ada penyudahnya. Sy tahu, tidak ramai yg suka dengan apa yg sy rasa,sbb bagi mereka, apa yg sy rasa sekadar isu yg remeh-temeh tp sy harus luahkan juga. Sy harus puaskan hati sendiri dengan menulisnya di blog peribadi. Apa yg ingin sy katakan di sini, sy ingin memegang pesan Rasulullah : berkatalah benar walaupun pahit.


 Era Transisi
 "Nora, kita kena hormati perasaan mereka. Sekarang kan era transisi. Remaja sekarang bukan remaja seperti zaman kita dahulu. Kita kena ikut peredaran masa",kata teman sy ketika isu remaja sekolah berpacaran mjadi topik hari itu.
"Transisi? Apa yg dimaksudkan transisi? Adakah agama Islam dahulu dah berubah ajarannya pada hari ini? Perkara apa yg dulunya ditegah dan sekarang dibolehkan?" Tanya sy kembali. Agak terkejut juga dengan cara teman sy memberi pandangan.Sy tidak menerima jika pandangan teman sy ini dianggap 'open minded'. Ini satu galakan pd remaja.
"Maaf, sy bukan berlagak bijak dalam menganalisa isu ini. Sy hanya berkata melalui pengalaman mengatasi masalah remaja yg pernah terlibat dalam hal ini. Tidak ada seorang remaja (pelajar) pun yg mampu mempertahankan kesucian cinta itu hingga Islam menghalalkannya.Dan sy minta maaf sekali lagi kerana bagi sy tiada hubungan yg suci jika melibatkan pasangan yg bukan muhrim."
Sy tidak kisah jika pandangan sy dianggap tidak mengikut era transisi.

Teman sy tidak menjawab persoalan yg sy ajukan. Dan itu bukan bererti sy menang dalam perbicaraan. Sy tidak bertanding dgn sesiapa cuma sy rasa terkilan kerana teman sy boleh berfikiran begitu. Dalam erti kata lain, agama boleh berubah-ubah mengikut masa.

Buat pljr yg sy sayangi itu, carilah masa untuk memikirkannya....kerana perjuangan ini masih panjang bagi yg masih bergelar pelajar.

Waulahualam......



“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. “[ali Imran ayat 8]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan