Rabu, 4 Ogos 2010

Sahabat Pertama Saya

 Mukadimah

Ini gambar zaman jahiliah sy....maaf kerana sy tidak berjilbab ketika itu. Tapi, sy boleh memberi jaminan bahawa ketika itu, sy masih meletakkan maruah diri di tempat yg paling atas. Sy tahu menjaga batas2 sosial  agar siapa sahaja jejaka yg memiliki sy tidak akan meragui kesucian maruah sy. Biarpun, sy tidak menarik tetapi sy memiliki harga diri yg  cantik.Bukan sy mcari alasan utk membela diri, cuma pada era ini, ramai ibu-ibu tidak mengambil berat tentang menutup aurat. Sy tidak menyalahkan ibu dan bapa pd masa itu,krn mungkin mereka terlupa bahawa menutup aurat itu adalah asas dlm pembentukan maruah diri.Dan mungkin juga mereka terlupa bahawa tdapat dalil yg  mewajib kaum wanita memakai jilbab adalah berdasarkan firman Allah,
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Alhamdulillah.....dan sy berharap sangat, agar anak2 juga pandai meletakkan maruah mereka di tempat yg paling atas.Untuk melengkapkan nilai maruah itu, sy tidak mahu anak perempuan sy seperti sy. Dari awal lg sy memberi penekanan bahawa berjilbab itu sebenarnya mengajar kita erti malu. Malu melakukan sesuatu kerana
segala perbuatan itu, harus diselaraskan dgn penampilan diri yg bertudung lebih2 lg yg melibatkan sosial lelaki dan wanita. 

Tarikh 21 Julai
Sy sayang dengan gambar di atas.....malah lebih sayang dgn persahabatan yg terjalin antara sy dgn Lin,sahabat pertama yg hadir dalam hidup sy. Tarikh 21 Julai 1986, kekal dalam ingatan sy sampai bila2. Yang lucunya, sy lebih mengingati tarikh itu daripada tarikh pertama sy bertemu dgn suami sy. Malah, tidak ada satu tarikh pertemuan pun yg sy ingat melainkan tarikh hari pertama sy berjumpa dgn Lin. Sy sentiasa bsyukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan sy dgnnya hingga melahirkan pelbagai kenangan bersamanya. Tentu semua akan tertanya2, apa istimewanya dia di mata saya. Ah...terlalu byk utk diungkaikan dan sy tidak mungkin menghuraikan secara terperinci kerana ia melibatkan keluarga sy sendiri. Yg tidak sepatutnya diungkaikan....biarlah ia menjadi rahsia smpai bila2.

Mengenali insan yg bernama Miszalin (yg sy panggil Lin), baru sy mengetahui kegembiraan dlm khidupan. Sy melihat dunia seolah-olah dari kaca mata seekor burung yg terbang tinggi di angkasa. Sy baru sedar bahawa dunia ini sgt luas dan tidaklah sesempit sperti dari pandangan seekor katak di bawah tempurung.Dunia sepi sy terisi dgn warna warni . Sebelum ini, sy hanya mengenali warna hitam. Dan hampir terlupa kehadiran warna2 lain shinggalah sy mengenalinya.

Mendekati keluarga Lin, sy dapat merasakan sentuhan drp seorang ibu. Sy baru tahu bahawa kehadiran seorang ibu itu rupanya sgt mendamaikan. Mengenali ayahnya, baru sy rasakan tanggungjawab seorang ayah itu berat apabila setiap pagi sy dan lin akan dimarahi kerana tidak mengerjakan rukun Islam yg kedua itu. Lucu kerana kami sering tidak mengambil berat tentang solat. 

Berkongsi Rasa
Bersama Lin, sy mengenali erti kasih dan sayang. Sy dapat berkongsi apa saja rasa. Gembira, sedih, duka,lucu dan sebagainya. Sebelum ini, sy tidak pandai meluahkan rasa mahupun pada keluarga sendiri. Sy terdidik untuk tidak berkongsi rasa dgn ibu bapa,jauh sekali dgn adik beradik yg lain.Bersama Lin, baru sy tahu bahawa segala rasa amat indah apabila berkongsi bersama. Yg lucu, kami akan berkongsi ketawa, dan yg sedih kami akan bkongsi menangis.

Terima kasih kepadaMu, Tuhan kerana meminjamkan masa 2 1/2 tahun untuk sy belajar erti segala-galanya. Dan dalam tempoh itu juga, sy belajar mjadi manusia yg ada keyakinan diri. Sy jadikan apa saja pengalaman yg diperoleh dlm tempoh 2 1/2 tahun itu utk melengkapkan diri sbagai seorang kawan, kekasih, isteri dan skarang seorang ibu. Segala-galanya telah Allah aturkan dengan begitu baik sekali. Stelah berpisah dgn Lin, sy membawa haluan sendiri. Walaupun kami masih berhubung, tapi kami jarang berjumpa kerana jarak dan ksibukan masa. Dan lama-kelamaan, hubungan kami terhenti pada zahirnya walaupun sy tidak  pernah memadamkan kenangan bersamanya. Namanya sentiasa terpahat di hati sy kerana dia orang pertama yg mengenalkan sy erti kebahagian ketika zaman remaja.Sy cuba mencari seseorang yg sama atau setidak2nya yg hampir2 dgn Lin namun sy terpaksa akur manusia yg bernama Lin ini tidak ada duanya. Dia tetap satu.....satu sampai bila2. Dan sehingga ke hari ini, sy tidak ada sahabat yg sebaya dgn umur sy seperti sy dan Lin.

Matang Dengan Pengalaman
Sy tidak mengharapkan dia membaca entri sy....cuma sy ingin menulisnya di satu ruang peribadi sbagai tanda kehadirannya merupakan satu rahmat yg pernah Allah berikan pada sy walaupun hanya sementara. Sy sgt menyanyanginya sampai bila2.....kerana, hanya sy dan dia saja yg tahu betapa byknya pengalaman yg kami kongsi bersama dan kami mjadi matang dengan pngalaman itu sendiri. Dan dia juga tahu, cerita lampau sy yang tidak pernah sy kongsikan dgn mana2 manusia sbelum kehadirannya.

Bukan semua kawan2 di luar sana hadir memberi inspirasi dlm khidupan sy. Sy yakin, tentu ada sebab2nya kenapa DIA menemukan sy dengan Lin. Bersyukur kehadratNya kerana sgala percaturan Allah tentu ada hikmah disebaliknya. Terima Kasih kerena meminjamkan sy pengalaman dari pertemuan yg singkat ini.......

Seperkara yg perlu dia tahu, sehingga kini sy tidak ada sahabat baik drp kalangan rakan2 sebaya kerana yg hadir dlm hidup sy selepas Lin, hanyalah rakan2 yg lebih tua drp sy atau yg lebih muda drp sy. Sesungguhnya, hidup ini semuanya dalam perancangan Allah. Allah itu tidak kejam....kerana apa yg hilang itu, ada diganti dgn sesuatu yang kita tidak tahu dalam bentuk apa yg akan Allah  berikan.

(sy masih ingat lagu "Aku dan Kenangan" merupakan lagu kegemarannya.
ps: Masih sukakah lagi lagu itu?)












2 ulasan:

  1. Owhh.....sungguh syahdu.....kenyataan ini merupakan satu penghargaan yang sangat3 mengharukan........moga terus kekal dulu, kini dan selamanya........
    ....tawa n tangis....suka dan duka..pahit dan manis..bertemu dan berpisah mmg lumrah dalam persahabatan......moga bertemu lagi.....dan "bercinta" lagi.....hahahahahaha bye...bye...moga Allah menemukan.......

    BalasPadam
  2. wah sungguh bertuah yg bernama miszalin krn terus bertahta di hati insan yg bernama nora...

    BalasPadam